ASSALAMUALAIKUM ..........

Ahad, 15 Jun 2014

PeRsIaPaN AwAl

haiyaa,lama sudah aku tak bikin n3 baru.Sebuk sket,maklumlah cuti sekolah cenggini duk kalut ngan anak-anak kat umah.Ari ni Abe Am dah start sekolah cam biasa,kalau ikutkan rasa lega sikit....coz sepanjang cuti sekolah ni keje dia duk hadap tv jer.Tak suka i,leka sangat,ngan buku pun... bila tegur baru nak disentuh tu pun gitu-gitu jew.

Lagipun bila ada si abang kat umah kecoh jer selalu,suka ngacau adik-adik.Riuh rumah ni jadinya,kerja umah aku ni pun jadi berlambak plak dari kebiasaan.Cuti sekolah kali ni tak kemana pun,setakat balik kampung jengok opah ngan atuk mereka je kat kampung.Tu je...

Ada terdetik gak rasa kesian kat anak-anak cuti sekolah pun duk buat aktiviti sama je.Tak dapet bawak gi luar negeri,erk maksud aku luar dari negeri Ganu nih tapi tu la nak buat camner.Nak berholiday pun kena pakai duit.Sedangkan bulan ni duit agak banyak keluar untuk beberapa perkara yang agak penting.Ukur baju di badan sendiri katakan.Kang nanti berholiday punya sakan,balik pokai...acaner tu.

Untuk bulan ni masuk je duit terus salah satunya aku guna untuk beli pakaian tuk persiapan raya nanti.Tahun ni memang rancang beli awal,sebab takut bulan Ramadhan ni takde masa nak kuar sopings.Tema tahun ni untuk pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu telah sebulat suara warna yang kami pilih adalah biru.Ikut perancangan awal nak warna kelabu,ntah kenape dah sampai Kamdar tu tetiba tertukar selera huhuuu....sambil tu aku beli sekali gak kain pasang tuk mak dan mertua aku.Untuk abah aku tu nak beli yang dah siap jer.

Okeh,tu semua dah hantar tailor pun,nasib baik masih diterima.Mak cik tu cakap ni pun ikutkan tak nak ambik tempahan dah.Mungkin kesian kat kami kot tu yang terima gak hiiiii...alhamdulillah.Aku ingatkan memulanya aku ni kira terover awal ready baju raya rupanya owang lain lagi awal dari aku.Berlambak kain pasang kat umah mak cik tukang jahit tu aku nengok.Biarlah berlambak pun janji baju kami siap,kan mak cik kan?

Tapi kalau di ikutkan macam tak puas hati la plak dengan kain pasang bercorak biru untuk aku dan Safiya tu..Rasa tak cantik jer plak bila sampai umah.Ah lantaklah......dah tu kelemahan aku tak pandai nak pilih kain pasang tuk diri sendiri.Bila tengok orang lain punya,elok jer pilihan derang haihh.Lagipun aku rambang biji mata la tengok kain pasang kat Kamdar tu,suma cantik-cantik.Pening nak pilih.

Sekarang yang tinggal tak setel lagi baju tuk kasual.Yang ni nak beli slow-slow.Maksud aku time jejalan kat mana-mana pun ada berkenan sambar je.Beli sikit-sikit sebelum tiba Ramadhan.Nak beli bulan puasa memang tak larat lah.Lagipun anak aku ni susah nak di kawal kat orang ramai,Safiya terutamanya berani sangat bergerak ikut hala tuju dia jer kat celah-celah orang ramai ni.Berani sangat budak tu...aku takut,lebih baik beringat sebelum jadi apa-apa.

Ni kat bawah ni gambar masa bawak anak-anak gi makan-makan kat Burger King.Spesel nya tempat ni adalah kerana ia dekat ngan umah kami,dalam 10 minit perjalanan.Kalau tak silap dah hampir 3 bulan dah cawangan di buka kat sini tapi kali ni baru sempat menjengah.Tak dapat bawak anak-anak jalan jauh sini pun okla kan.ok layan.......

 

tukang gajor suh order memacam


 

hepi sangat la tu kalau dapat makan kat luar


antara yang di order.Selesa coz masa ni tak berape ada orang
 

Safiya masa ni tak mau bergambar pun,asyik pandang kat abang dan kakak(pekerja burger king) yang duk lambai-lambai kat dia.Dia orang puji anak-anak aku cumel.Bukan aku cakap wei,mereka yang cakap.Cumel tang mana aku tak tau,rasa cam biasa je bebudak nih.Pahtu dierang siap snap gambar bebudak ni lagi.Malu gak masa ni...Nak makan pun segan bila mereka ramai-ramai duk pandang dari jauh.I okey jer,tak marah malu jer.hikkss...sekian