ASSALAMUALAIKUM ..........

Rabu, 5 Ogos 2015

PERANCANGAN PERCUTIAN

Dalam kepala sekarang duk pikir nak makan angin jer.Nak buat ubat merawat stres atas alasan penat fokus kerja memanjang.Kalau dapat cuti dari pikir sal kerja sehari dua pn dh ok.Nak berlama-lama tak boleh,kena ambik pusing gak sal custemer.Dah tau da,asal tutup je ada yg mencari.Sampai aku balik kg 2 ari pun telefon kejap-kejap bunyi.Takde yang lain dah,dari custemer tersayang ler tu.Tu semua rezeki,aku meluah bukan bermaksud aku merungut.Cuma aku manusia biasa mood ada pasang surutnya.Kalau time jiwa penuh bersemangat,memang aku tak mau duk diam pun.Nah,bila mood kuncup,nak duk depan kedai pun malas...haahaa...

Berbalik bab plan konon-konon nak bercuti tu,anak-anak duk mintak nak gi Pulau Redang lagik...Aku tau diaorang tak puas masa pergi ritu.Anak-anak aku suka Pulau Redang.Tempat cantik wooo,mana boleh tak suka.Ya Allah betapa indahnya panorama kat situ.Subhanallah tempatnya amat cantik.....Nak update cerita masa percutian singkat aritu smpai skang xsempat.

Aku tengok anak-anak memang hepi sesangat sepanjang kat sana.Diaorang enjoy sangat.Yang menjadi masalah skang aku ni ha,malas nak berjemur tengah panas.Tau tak balik aritu sampai skang kulit cam hitam,hangus.Pakai la sunblock pun,klu dah kat puala tu still kulit ko gerenti bertukar warna.Dan part yang aku paling tak suka,naik bot.Muahaha...aku takut,tak suka naik bot.Rasa cam tak selamat walau pakai jaket keselamatan.Anak rileks jer,ma dia plk over takutnya.Apepun bagi aku kenangan kat sana manis sangat buat kami.

So nak pergi lagi la ni?Melompat anak-anak kalau aku cakap macam ni.Tapi pikir balik Pulau Redang dah pernah pergi,kenapa tidak try teroka tempat lain plak.Pulau Perhentian ke?Argh,perancangan je semua ni.Saje-saje plan untuk cuti sekolah bulan September nanti.Jadi ke tak,tak tau....Yang pasti aku bukan kaya cam Najib,so....kena menabung dulu.Kena rancang berape bajet nak pakai dan pastu masuk dalam tabung percutian sedikit demi sedikit.Insya Allah......

Selasa, 4 Ogos 2015

BUAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Alahaiiii......mencinyaaaa....makin naik la berat badan i ni,maklumla raya ritu suap itu ini sampai tak ingat body.Huwaa....sedar2 bila timbang berat dah berkilo2 naik.Ambekk kau berselera sangat.Aku pun tak paham,apsal aku macam ni.Suka makan dan makan....Pastu start berazam nak joging waktu petang kat tempat biasa tu.Kononnya nak kasi hapus lemak degil.Huhuuu...last-last sempat pergi sekali je.Hari seterusnya,memang dah tak sempat...ada jer benda nak kena buat,nak kena setlekan.Entah bla ntah nak ada masa free ni.

Kadang-kadang mari perasaan stres gak.Banyak benda lagi yang aku nak buat still bertangguh-tangguh.Termasuk plan nak ubah suai bilik rawatan kami.Aku nak upgred sikit,dah beli katil second hand dari member spa.Beli 2 katil,cukup untuk aku buat rawatan bekam dan rawatan muka sekali.Kebetulan owner spa ni nak pindah lokasi baru,dan dia pun xperlukan lg katil tu so rezeki akulah tu.Nak beli baru,barang tentu lagi mahal.Dapat beli yang second hand ni pun okey apa sebagai permulaan.Nak labur banyak aku tak mampu oiii,slow-slow dah la.Kalo ikutkan banyak lagi barang-barang untuk rawatan spa yang aku perlu beli.Tapi takdan nak sekali harung.Duit banyak perlu dicatu-catu untuk perkara itu dan ini.Insya Allah akan aku sempurnakan jugak.Supaya apa yang aku impikan jadi kenyataan.

Okey,aku enjoy dengan apa aku buat ni.Yes,aku dah jumpa jiwa sebenar aku,impian sebenar aku.Aku seronok sangat dengan apa yang aku terokai kini.Makin banyak aku belajar dalam bidang spa ni,makin aku rasa terbuka minda.Wowww...bidang ni luas sebenarnya.Bukan senang nak senang,tapi boleh jadi senang bila banyak ilmu di dada.Sekarang pun aku masih cuba mencari peluang mengikuti setiap kursus yang berkaitan.Aku takkan berhenti belajar,aku takkan mengalah.Kiranya macam jadi student balik dah aku ni.

Tentang bidang bekam plak,takkan sesekali aku lupakan.Ia still dihatiku.Sebab melalui bekamlah aku boleh melangkah dan bangkit sedikit demi sedikit.Insya Allah aku cuba seimbangkan.Fikirkan boleh....pasti boleh.

 

Ahad, 5 Julai 2015

DAH SEPARUH RAMADHAN

Lama betul tak menjengah blog sendiri.Tup tup separuh bulan Ramadhan dah berlalu,baru berpeluang tilik blog yang ni.Masalah utama di sini adalah kerana malas,kedua sebab memang busy(sebelum puasa).Masuk bulan puasa ni pepaham la,perut plak lapar nak menaip lagik la tak hader mood.Malam plak bila perut terisi,over kenyang terus mood malas datang hihiii....

Untuk bulan puasa ni aku lebih banyakkan sertai kursus-kursus kemahiran.Ni jer masa terluang yang aku ada.Almaklumlah,bulan puasa ni custemer memang kebiasaanya kureng dari ari biasa.So aku ambek peluang ni untuk mantapkan ilmu di dada.Nak realisasikan cita2 pun kena ada ilmu okey......Naseb baik anak2 pun baik2 jer perangai walau ari2 kena tinggal.

Bab persiapan baju raya alhamdulillah semua dah setle dari sebelum masuk bulan Ramadhan lagi.Lega plak rasa,maklumlah tengok jalan berderet ngan kereta,kalo camni mak aiii tak sanggup aku nak bersesak2.Tu baru atas jalan,tak tengok atas pasaraya lagi.Kawasan tempat aku tinggal ni dah makin sibuk,jalan plak da makin dibesarkan.Tempat ni dah jadi bandar baru.Sekarng nak beli ape barang pun tak perlu pergi jauh dah.Kat sini semua ada....Suasana dah nampak makin sibuk campur sesak.Macam tak percaya plak aku duk dalam suasana camni skang.Dulu-dulu zaman kecik2 selalu gak berangan nak duk kat bandar,nah skang dah jadi kenyataan hiii...

Ok malas dah menaip.Nanti rajin sambung semula....k bye

 

Jumaat, 22 Mei 2015

MAKIN SIBUK

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesihatan yang baik dalam menempuh kehidupan seharian.Setakat rasa penat-penat tu biasalah.Kerja tanpa henti katakan.Kata nak maju,hadap jelah.Ingatlah wahai diriku sendiri kesenangan tak datang bergolek-golek.Syukur yang amat dalam usaha yang keras tu hasilnya makin berbaloi.Bisnes kami dalam bidang ni makin bagus.Semakin ke arah peningkatan.Macam tak percaya plak,orang yang datang kedai kami makin ramai,makin dapat sambutan.Malah dah jadi iklan dari mulut ke mulut.

Kadang-kadang aku laki bini langsung tak sempat makan.Serius ni tau,pernah sekali tu kerna serbu dari pukul 8.30 pg lg,sedangkan sepatutnya kedai open 9.30 pg.Bayangkan masa tu belum sentuh sarapan lagi.Dah hadap kerja tu semua dengan sendiri tak rasa nak makan.Last-last tutup kedai jam 11 mlm baru rasa perut berkeroncong.Sehari suntuk perut kosong.Naseb stok makanan untuk anak-anak dah ready kat dapur.Nak makan mereka layan diri.

Anak-anak pun cam dah faham,kalu mak bapak dia sebuk masing-masing buat hal sendiri.Tapi dalam masa yang sama takla aku biarkan diaorang terbiar 100%.Aku still tengok-tengok.Pastu untuk elakkan anak-anak bosan aku akan pastikan setiap ari ada ruang masa khas untuk mereka contoh bawak dioarang jalan-jalan ke,makan-makan ke.Walau lewat malam pun kadang aku tetap bawak diaorang kuar.

Tapi memang serius la aku cakap skang memang dah mula rasa tak menang tangan dah untuk kami berdua handle.Kadang mari jugak perasaan nak ada pekerja,....ececehh....ecehhh.Tapi bila keadaan kembali terkawal fikir-fikir balik tak perlu la plak.Penat tu memang penat yang amat la.Hanya kami je yang tau macam mana kelam kabutnya kami.Yelah kita dah galakan buat appoinment tapi rata-rata ramai lebih suka terjah terus.Okey,tak kisah pun cuma kalau ramai orang terpaksa la custemer tersayang menunggu dengan hati yang sabar.

Target nak capai pendapatan angka ??k sebulan sikit jer lagi.Perlu gigih lagi la kami laki bini ni.Okey sambil-sambil tu aku makin giat menimba ilmu untuk realisasikan impian aku yang satu tu....Ala yang aku kata target nak capai dalam tempoh 2 tahun tu.Bermula dari sekarang aku dah cuba melangkah ke arah mengumpul sumber kewangan selain ilmu tuk cita-cita aku tu.Aku dah mula join kursus-kursus berkaitan bidang tu.Sesekali anak-anak terpaksa abahnya jaga.Oh...itu semua satu pengorbanan yang aku buat demi mengejar cita-cita.Yang pasti anak tetap no 1 dihati.Abahnya no 1 jugak ekk?hiiiii......

Semoga team family kecik kami still saling berkerjasama,untuk jadi orang-orang yang berjaya.....Terima kasih banyak-banyak anakku semua atas kerjasama uolls,muaahhh sikit......

Rabu, 22 April 2015

RAGAM JIRAN@ ORANG SEBELAH

Rasanya dah acapkali aku cakap,entah sampai bila akan aku tinggal kat rumah ni@ kedai kecik ni.Terbaru suami tertengok bil elektrik yang baru sampai,dah tukar kaler surat tu.Mana taknaya bila dah elektrik dah menjengah berlapis ratus-ratus.Hai...macam mana ni.Kami tak handle semua tu,tu tugas orang@ jiran sebelah.Kan aku dah citer sewa rumah kami dah di caj sekali ngan bil elektrik dan air.So tu dia settle lah kan.Ni ape hal tertunggak gitu sekali.Dah la meter syer nanti kena potong api air ngan kami sekali kena.Haru la camni.......

Dua hari lepas tak silap custemer dia berenti makan kedai dia.Sudah makan tu orang tu singgah buat refleksologi kedai kami.Ala setengah jam je pun.Kejap tu pekerja kedai makan ni datang suruh custemer tu alih kereta yang asalnya parking depan kedai dia.Padahal masa tu takde orang pun.Jadi orang ni yang tengah urut kaki tu bangunlah alih jap kereta dia ,parking semula  betul-betul depan kedai aku.

Alamak berkira nampak orang sebelah.Padahal selama ni custemer dia yang ramai-ramai parking depan kedai aku,takde aku kesah pun.Takder  plak aku nak letak notis parking just for my custemour jer.Nih  orang yang asalnya makan kedai dia gak tadi,pun  dia berkira.Dia tak tau orang tersebut tu pun bukan calang-calang orang tu.Naseb baik orangnya penyabar jer.

Nampak sangatorang sebelah problem......tak suke...tak suke...tak sukeee....acaner ni.Sampai bila.....nak dihantui perasaan tak selesa nak duduk ni.Ya Allah berilah jalan yang terbaik untu kami...Amin

ISU TERKINI KAMI

Kebelakangan ini aku macam tak bersemangat nak buat apepun,termasuk tuk fokus pada kerja.Tapi pelik kan setiap kali mood aku kelaut,semangat nak kerja pun takder.Hati tu lebih kepada nak duk bersahaja tanpa buat aper.And dengan sendirinya gak custemer pun tak berape nak ader.Cam tau-tau plak.

Tapi tula yang aku duk perati seolah mood kiter jugak mempengaruhi tarikan orang tuk masuk kedai kiter.Contoh masa mood aku tengah bersemangat memang custemer yang datang ramai.Dan bila aku tak bersemangat orang pun tak berape adoo...huuhuuuu.Ni yang aku perlu belajar,kena sentiasa dalam keadaan positif jika mahu mengungguli sesebuah kejayaan.Aku tak boleh layan perasaan yang ntah apa ape ntah.Bila fikiran positif aura dengan sendiri akan terserlah.

Arini jiwa dah okey sikit hiiihiii....sekarang tengah duk plan nak cari penginapan tuk kami satu keluarga.Nanti nak ke Dungun tuk teman suami buat kursus bekam lanjutan pad 25 april 2015.Sehari jer pun,tapi bila pikir kesian lak kat dia boring sesorang drive,baik semua ikut sekali.Anak-anak pun boleh jugak jalan-jalan sambil  makan angin.Lagipun kebetulan esok ari tu cuti sekolah sempena hari keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Lagipun aku kesian gak ngan budak-budak ni asyik terperap jer kat umah.Selalunya bawak jejalan dekat-dekat ni jer,bosan gak diarang pun hadap benda sama jer.Sesekali ni tukar suasana hope diaorang happy-happy la.Aku tau diarang pun boring gak,sama cam aku.

Baru ni kan aku bagitau la pasal family kawan kami yang dah pindah balik kg tu.Terkejut anak-anak aku.Berbagai soalan bertubi-tubi tanya apsal geng mereka Arissa dan Afina pindah.Jenuh aku nak explain,sedangkan aku sendiri terkejut dan sedikit kecewa bila mereka pergi tanpa sebarang pesan.Safiya especially nampak sedih sangat.Dia tanya aku macam-macam.Kenapa pindah?kenapa diaorang mesti pindah?pindah kemana? dan bla bla bla.....Last ayat masa bercakap tu dia kata,Angah rasa nak nangis la maa,jom kiter nanges sama-sama.Itulah Safiya,orangnyer jenis mudah tersentuh.Sebab tu biler tengok drama lam tv citer sedih2,dia boleh nanges-nanges tau.Terlalu menghayati.Dia orangnya jenis aku lihat cepat paham dan matang bila berkaitan perasaan.

Dan malamnya ada sebuah kereta Ezora putih berenti depan kedai.Safiya nampak,dan terus bersorak yeay,yeay Arissa mari...afina mari....Aku pun jengok la,eh tak pun.Rupanya custemer kami.Pastu Safiya diam jer...hampa kot,abangnya duk gelakkan dia sebab bersorak tak tentu fasal.Lewat malam tu tutup kedai cam biasa anak-anak ajak kuar cari sosej pulut kat Pulau Warisan.Kali ni Ammar plak yang excited.Sungguh aku tak sangka,dia nampak kelibat Ezora putih kat satu simpang tu.Terus dia cakap ina..inaaa...dengan muka riang sekali.Owhhh, tak sangka dia kenal jenis kereta Afina.Tapi menghampakan dia,tu bukan kereta Afina.Afina skang dah berada di kampung halamanya di sana.Sabarlah anak-anak.....

Balik kampung minggu lepas.Safiya ajak ke rumah Arissa.Hahaaa...aku terharu sangat la.Dia sentiasa ingat.Tapi tak la kan untuk ke tempat diaorang.Diaorang tak jemput pun,tak kan nak tunjuk muka plak kan...muahahaaa.Lagipun diaorang kan baru pindah,taknak mengganggu.Pasti banyak benda nak mereka uruskan lagi.

Kebetulan balik kampung ni pun sebab banyak benda nak dibuat.Sambil-sambil tu balik bekam orang.Bestnya kalau macam ni selalu,balik jer ada orang booking.Masyukk jugakkan,lepas duit minyak kereta hiiiiihiii...Alhamdulillah rezeki.Tapi still satu benda yang tertunggak kat kampung tu.Bila nak bermula ntah?Lagi cepat lagi elok,lega sikit hati ni.Masa balik ritu sempat melawat jiran tengah uzur,umur dah 98 tahun dah pun.Mujur sempat menjengok dia sebab 3 ari lepas kami balik Ganu dapat berita dia dah ke rahmatullah innalillahhirojiun.

Okey baru-baru ni plak kami dapat offer tuk bukak booth kat UNISZA Gong Badak.Ada satu petang tu sorang pompuan call ajak join untuk program kesihatan kalau tak silap.Entah dari mana dia dapat no fon kami pun tak tau.Untuk kami ni bahagian perubatan komplimenteri,so kami di suggest buat refleksologi kat sana.Program tu satu hari je pada 2 Mei 2015.Pikir punya pikir suami kata oklah,jom terima jer offer tu.Dapat ramai ke tak custemer kat sana tak penting,yang penting dapat edar risalah dan  promote kedai kami kaw2 punya.....oklah.Kena kuatkan hati sahut cabaran.Aku boleh!




Isnin, 13 April 2015

SEDIHNYA.....

Kebelakangan ni aku memang takde mood pun nak bukak laptop.Campur ngan busy gak.Facebook pun tak rasa hingin nak on.Kadang ada masa aku bukak gak fb walau sekadar bukak untuk tengok perkembangan terkini kengkawan.Arini jer baru ringan tangan bukak laptop.Entah kadang dengan masalah yang macam-macam buat pe benda pun hati tetap tawar.

Sebenarnya baru jer habes baca blog kawan kiter.......terkejut gaks.Kawan......nape pergi senyap-senyap,pindah tak bagitau awal-awal pun kat kiter.Awat buat saya sedih tau....uhukss.Naseb awk pindah balik Klate jer,kalau awak pindah UK senyap-senyap camni sentap tau kiter!

Ok kiter hormat keputusan awak untuk balik sana.Kalau tau awal-awal awak nak pindah saya akan serbu rumah awak walau kiter sibuk pun.Nak sekat awak pergi tak mungkin....tapi sekurang-kurangnya boleh tolong awak kemas apa yang patut.Tolong-tolong awak pindah.

Apepun harapnya tindakan berani awak memulakan  langkah baru di tempat sendiri akan lebih meningkatkan kualiti hidup awak sekeluarga.Semoga cita-cita awak tercapai.Haaa..haaa...skang kami jer yang still sangkut kat Ganu nih.Biler ntah boleh balik jugaks.

Teringat malam minggu yang lepas,lewat malam tu bawak anak-anak gi KFC.Masa duk sana Acik tanya `ina aner,ina aner?merujuk kepada Afina mana..Tak sangka dia boleh ingat kat Afina.Sebab selalunya tu la tempat kami 2 family biasa lepak-lepak.Sebelum tu pun masa baca blog Moms Capital A,Acik datang duduk atas riba aku.Pastu dia tertengok gambar Afina,terus dia cakap ``Eh, ina ina'' sambil senyum-senyum kambing.Ingat sangat dia kat Afina tu.

Namun skang semuanya dah jadi memori.Tapi tak kisahlah jauh di mata pun.Asalkan talian persahabatan masih terjalin walau jarak sempadan memisahkan...ceeewaaahhh ayat tu skema sangat.Hope awaks tak lupakan kiter orang,sepertimana kiter orang yang tak kan pernah lupakan uolls 1 family.


Selasa, 7 April 2015

MAHAL SANGAT LA

Episod bulan lepas dah berlalu,sekarang misi nak menyelesaikan hal-hal yang berkaitan ngan bulan ni plak.Antara yang perlu di settlekan adalah seperti road tax kancil,road tax motor Ego S dan perbaharui lesen perniagaan kami.Setiap bulan macam nilah kami,ada-ada aje misi yang hadir untuk dibereskan.So ari-ari kena berjuang untuk semua ni.Dan ada lagi beberapa penambahan lain yang memerlukan ongkos dalam waktu terdekat ni.Alahai.....banyak sangat nak guna duit ni,bila niat nak menyimpan jer....ada jer sesuatu yang perlu dibuat.Kalau macam ni bila tabung i nak penuh....hihiii...

Akhir bulan lepas dapat berita gembira dari abah aku kat kampung.Dia call,masa tu cam tak percaya jer dengan apa yang aku dengar.Tapi aku bersyukur sangat dengan rezeki ni.Namun kenapa ekk,walau aku suka sangat dengan berita tu tapi hati still dalam rawan.Mungkin bila dah terpacak betul-betul depan mata baru ada feeling melonjak kegembiraan kot.Ni adalah impian dan salah satu azam yang aku nak capai tahun ni.Tak sangka Allah beri melalui cara ni.

Untuk bisnes kecik kami bulan lepas memberi kemajuan yang bagus.Untuk kedepan ari tak tau camne,maklumlah dengan GST sekarang ni kot-kot orang pun fikir berlapis-lapis untuk bab kuar-kuar duit ni.Yer la sape tak terasa dengan kenaikan harga barang yang semakin melonjak naik ni.Hurrmmm....tu la kena makin rajin cari ikthiar tambah duit.Kalau tak bab kewangan boleh bocor.Dan lagi satu,aku sendiri pun kena belajar kawal perbelanjaan.Pandai-pandailah nak hidup.Sebab kalau kecoh-kecoh sal GST ni pun ia takkan merubah apa-apa.Terpaksa akur.

Okey ni satu story yang aku ralat sikit.Entah ada kaitan ngan GST ke haper.Aku ada hantar baju  kat tukang jahit yang berdekatan kawasan kami ni.Nampak kedai tu baru buka.Kebetulan aku memang tercari-cari orang untuk jahit kain ni.Selalu aku hantar kat kampung atau hantar kat sorang member aku tu.Tapi skang dia plak stop menjahit coz jaga mak yang uzur.Nak hantar jahit kat kampung selalu plak tak sempat.So kononnya nak mudah,antor jer la dekat-dekat ni..Dekat rumah kedai yang baru bukak tu la.Aku tinggal kat situ untuk jahit 2 pasang baju kurung moden untuk aku,sepasang baju kurung Safiya,2 pasang baju melayu Abe Am dan sepasang jubah Safiya untuk dipotong sebab labuh dan mintak potong baju aku yang jugak labuh.

Yang silap nyer masa  tinggalkan kain-kain tu,aku kira mudah tak tanya harga upah dia ambik.Sebab dalam kepala ingat harga upah dia sama cam orang lain.Lagipun tu kawasan dalam kampung lagi.2 ari kedian dia sms kata baju melayu da siap dulu.Harga rm.....Terkejut beruk aku.Baju jahit simple-simple cam tu punya mahal.Lebih mahal dari harga kain upahnya.Bahagian leher baju tu pun aku suh jahit macam leher baju kurung jer.Jahit simple-simple jer coz baju tu untuk Abe Am buat pakai ke kelas ngaji Quran .Tapi mahal giler.Rasa nyesal plak antor situ.Aku cuba gaks tanya-tanya kenalan kat situ okey tak harga camtu.Tapi semua terkejut.Mahal tu kata diaorang.Jait ngan benang emas ke aper.

Sekarang aku dah mula mooody....baju melayu tu dah ambek dah walau hati membeku.Masalah sekarang aku rasa cam kain-kain yang lain tu pun aku nak ambek balik la.Tapi masa nak ambek baju melayu tu segan nak mintak ambek yang lain-lain tu.Camner ekk...,nak buat alasan ape yer.Taknak la aku terkena lagi.Banyak pasang tu yang aku tinggal.Macam mana ni,silap perkiraan masa mintak tu kan sentap plak tukang jahit tu.Tapi bila pikir nak hadap upah dia yang mahal tu seriau gaks.Dilema jugak ni tau....camne ni dah jadi satu masalah plak dalam diri aku.

Teringat plak masa upah jahit kain kat kampung raya taun lepas.Masa nak upah jahit tu aku tinggalkan kain suh buat jubah selai tuk suami,baju melayu tuk Abe Am sepasang,baju kurung untuk Safiya sepasang,baju kurung untuk aku sepasang.Harga just rm75.00 jer.Punyalah murah,tapi kat sini aku dah terkena....wakenabebb......

Aku bukan nak kata berkira sangat tapi harga yang tukang jahit tu letak over sangat.Ke sebab aku orang luar,so mula la dia nak amek kesempatan.Mahal dari harga pasaran yang biasa orang letak.Sampai sekarang rasa nak jerit bila ingat balik.Tapi jerit dalam hati jer la,nak jerit depan-depan tak berani hiiihiii.



Sabtu, 28 Mac 2015

LAGI BAIK DARI BULAN LEPAS

Dah nak sampai penghujung bulan tiga dah kiter.Pasni masuk bulan 4 iaitu bulan April or dikenali sebagai bulan igaun GST.Mak oiii...seram dengar GST.Yer la belum sampai masa untuk sambut ketibaan GST pun harga barang dah mendadak naik.Pastu nak salahkan siapa?Okey bagi aku membuang masa nak salahkan situ sini.Takkan merubah apa-apa pun,so jalan penyelesaian di atas tangan kita sendiri.Cari duit lebih,duk kecoh-kecoh pun tarak untung.

Alhamdulillah mengikut rekod bulan ni,urusan bisnes kitaorang makin meningkat dari bulan lepas.Aku ingat susah gak nak sampai sasaran cam bulan lepas tapi tak sangka bulan ni lebih lagi.Ni kiraan aku yang bukan betul-betul penghujung bulan lagi tau.Tapi bila kira tu hasil kiraan tu dah lebih dari bulan lepas.Syabas buat diri sendiri!Syukur alhamdulillah sangat.Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan kami.Tak kira la dari jauh atau depan-depan.Thanks jugak pada feedback negatif yang diberi oleh sesetengah pihak,sebab tanpa mereka mana mungkin kami mampu baiki segala kekurangan yang mungkin kami sendiri terlepas pandang.

Syukur sangat walau kedai kami ni kecik,bisnes pun kecik tetap jadi pilihan custemor.Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Ni pun atas sokongan kalian yang sudi singgah,walau aku tau untuk mengharapkan perkhidmatan yang eksklusif dari kami mustahil buat masa ni.Di sini kami hanya sekadar berbisnes dengan modal kecil-kecilan.Insha Allah ke depan hari akan lebih baik.Dari segi perkhidmatan kami akan cuba buat yang terbaik demi kalian.

Kadang-kadang custemor la yang banyak memberi semangat buat kami.Selalu memuji semangat kami bekerja.Kagum tengok anak muda gigih berusaha katanya.Letih penat kerja reda seketika dapat kata-kata pujian macam tu.Kadang-kadang lucu pun ada dengan sesetengah mereka yang terkejut tengok tukang urut seperti aku.Terlampau muda sangat katanya.Sebelum datang katanya yang terbayang di mata adalah makcik-makcik hihiii....

Sekarang makin kerap yang datang buat urutan.Alhamdulillah yang datang selalunya tahu dari mulut ke mulut.Bila membernya kata best urut sini,maka member seterusnya plak datang.Syukur Ya Allah itu semua rezeki yang diterbitkan olehMu.Aku hanya berusaha......Penat tu memang penat,tapi cita-cita aku yang real belum jadi kenyataan lagi.Still aku kena gagahkan diri untuk jadikan ia satu kenyataan bukan satu angan-angan.

Okey dalam sibuk-sibuk ni pun alhamdulillah makan minum anak masih lagi mampu masak sendiri.Bila tak sempat sangat-sangat jer baru makan luar.Tu pun sekali sekali sekala.Aku sebenarnya cerewet sangat bab makan luar ni,sebab banyak kali terkena dapat makanan yang teruk sangat.Tu selagi boleh,aku elak sangat makan luar ni.Menyakitkan hati.

Busy sangat ni aku skang,banyak benda nak buat still tergendala.Tu gelang emas aku putus dah berbulan bulan,tak sempat nak hantar repair.Terperap camtu jer.Selalu lupa nak repair.Sebenarnya ni kali ke empat gelang tu putus.Niat tu nak trend in jer gelang tu,pastu tambah duit sikit lagi boleh dapat yang baru.Tapi sasaran duit yang nak tu belum cukup lagi.Okey biarlah dulu lengan ni kosong.Lagipun dah terbiasa la plak.

Sal gelang ni aku ada satu story la plak.Dah kata rosak kan,aku balut letak lam tisu pastu simpan elok-elok dalam handbeg aku tu.Ada sekali tu aku nak capai ambik barang dalam beg,rasa sangkut-sangkut macam banyak benda bersepah dalam beg,ngan resit lama bagai.Pastu selamba jer tangan kutip-kutip semua tu masukkkan dalam tong sampah kat pasaraya.Balik rumah tetiba haru teringat gelang dalam bungkusan tisu tu.Cuba selongkar balik handbeg aku tu,naseb baik tak terbuang.Mak oiii..mengurut dada sendiri.Nasib baik ada rezeki lagi aku ngan gelang ni.Kalu ikutkan banyak kali dah aku hampir kehilangan nya.Masa gelang tu putus yang berkali-kali tu nasib baik putus dalam rumah sendiri.Anak-anak jumpa atas lantai,kadang atas tilam..huhuuu...

Okey tu jer story kosong dari aku kali ni.Ada masa terluang sikit ni bole la menaip.Lagipun anak-anak duk buat aktiviti sendiri tu,hadap kartun.Ammar kuar jalan-jalan sekeling rumah ngan abahnya.Kat umah ni ada satu kedai jual haiwan ternakan.Selalu dia heret tangan abahnya ke kedai tu.Duk tengok-tengok burung dalam sangkar.Suka sangat....Nak beli tak pandai jaga oiiii...lagipun burung harga ribu riban.Sekali burung tu mati......rugi kau.So kalau nak beli tu tak la kan.Tengok jer la Ammar.


Ahad, 22 Mac 2015

UPGRADE ILMU

Syukur alhamdulillah segala perancangan untuk join kursus kat Dr Azimuth Kubang Kerian berjalan lancar.Terima kasih banyak-banyak pada suami tercinta kerana banyak membantu merealisasikan impian isterinya ni.Masa sepanjang mengikuti kursus tu,dia la jaga anak-anak kat hotel tempat kami menginap.Aku just ada masa untuk anak-anak waktu rehat jer.Anak-anak pun nasib baik okey jer perangai.Cuma Ammar jer la meragam sikit kata suami,tapi still boleh control.Terima kasi yer anak-anak kerana bagi kerjasama untuk Ma belajar.


Selama 2 ari kat kursus tu aku enjoy sangat.Peserta yang terdiri seramai 8 orang ni memang menghiburkan.Ada yang pangkat kakak dan adik-adik.Seronok berkenalan dengan mereka.Macam dah kenal lama,sepanjang belajar asyik gelak jer.Ada-ada ajer lawak diaorang.Menggelikan hati betul.Nasib baik cikgu pun sporting satu kepala.Rindu plak ngan diaorang bila balik sini.Boleh senyum sorang-sorang bila aku ingat kenangan kat kursus tu.InshaAllah next kursus dapat jumpa uolls lagik.

Peserta yang seramai 8 orang ni semuanya dah ada job sendiri tau.Cuma tu la sebab dah minat,tu yang join kursus ni.Asalnya ada yang kerja nurse,juru terapi dr Azimuth,pemilik spa,tukang jahit,pembantu andaman pengantin,tauke roti,tauke kedai telefon kat Kb Mall,tukang jahit dan jurubekam cam aku gak.Kerlass kan diaorang ni,tapi tak berlagak or menyombong pun.

Semoga segala ilmu yang aku dan kawan-kawan dapat kat sana akan dipraktikkan dalam membina kerjaya kami.Insya Allah kami boleh.Aku boleh.Bukan orang masuk universiti jer boleh berjaya.Bukan orang kerja kerajaan jer boleh boleh hidup senang.Aku pun boleh.Yesss....



Rabu, 18 Mac 2015

SECEBIS FOTO KEINDAHAN CAMERON HIGHLAND

Sesajer aku nak abadikan gambar keindahan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga yang sungguh cantik kat Cameron Highland.Untuk gambar family masa kat sana lain masa la aku letak.Tak sempat nak pilih yang elok-elok lagi untuk abadikan dalam blog nih.Tak kan nak letak suka ati je kan.Kena melalui proses penapisan dulu hiiihiii....Jom cuci mata dengan pic bawah ni,layannnn....



































































































































Selasa, 17 Mac 2015

DILEMA DUK UMAH SEWA

Tak nak atau nak aku tetap kena pikir.Bukan setakat pikir kalau boleh perlu bertindak.Sebab selagi ia bukan hak mutlak kita ia tetap bukan hak kita.Aku nak cakap pasal ape sebenarnya nih?.Aku just nak cakap-cakap pasal tempat yang kami duduk sekarang,iaitu rumah kami dan kedai kecik yg bersambung sekali ni.Dalam dilema jugakla.Seronok memang seronok still sini but sampai bila.Ni rumah orang,bukan rumah aku.Aku hanya penyewa,bukan pemilik.Dah namanya penyewa,wajib tiap-tiap bulan bayar kan?

Tapi sampai bila?Duit kuar bayar tiap bulan berlalu macam tu jer.Hanya nikmat untuk tinggal sementara sahaja bukan untuk duk selamanya atau jadi hak pun.Kalau ikutkan sayang,memang aku dah mula sayang nak kuar dari rumah ni.Kerana bisnes kecik kami dah mula memberi hasil,dah mula orang kenal.Sini tempat kami mencari sumber rezeki.Lokasinya yang strategik,kat tepi jalan di mana orang yang lalu lalang boleh nampak.

Buat masa ni,takde hal lagi.Tapi hati tak sedap dah sekarang.Jadi dilema sebab sewa pun mahal,elektrik dan air bil kongsi ngan penyewa kedai makan sebelah ni.Dulu asalnya tempat aku duduk ni satu rumah je,pastu tuan nyer dah tokok tambah jadi besar.So bila besar di bahagikan jadi dua.Satu aku sewa satu lagi tauke kedai makan sewa.Tapi meter elektrik dan air tetap satu,kongsi.Memula duduk tuan rumah dah buat syarat aku punya sewa rumah dah kira sekali ngan bil letrik dan air.Aku ingat okey la,dah lepas ngan orang sebelah.Takde masalah la bab tu.Pastu bab bil tu semua orang sebelah bayar.Tup tup tau orang sebelah selalu tertunggak bayar bil tu semua.Jadi jumlahnya nampak banyakla kan.

Dan oleh kerana itu,sejak taun lepas tuan rumah plak mintak kami bayar lebih untuk sewa rumah bagi setiap bulan untuk back up bil tu semua.Alahai macam tu plak.Kami akur dan bayar termasuk jugak sekali sewa kedai kecik ni.Tapi duit bayaran tu bila bayar kat dia,dia buat senyap dia jer.Bukan kata hulur ker orang sebelah tu untuk tolak bil-bil lektrik dan air.Acaner tu.

Aku ni jadi rasa bersalah la plak ngan orang sebelah.Muka orang tu pun cam gitu jer ngan kami.Tak puas hati kot,tapi dia tak tau kami lunaskan bil tu ngan tuan rumah.Yang aku takut kot-kot dia salahkan kami tak berjimat guna api air.Nak cakap-cakap pun payah sikit ngan orang sebelah ni,jenis tak mesra alam jer aku tengok.Nak tegur pun takut,daripada tegur dia baik tegur kucing dia.Lagi mesra kucing tu dari tuannya.

So aku dalam kepala sekarang pikir buntu gak.Nak pindah,tapi kemana?Tu semua perlu duit.Nak cari pun ,kalau boleh nak jenis kedai.Tapi skang semua sewa kedai lagi bapak mahal dari tempat aku duk skang.Tempat aku ni ok la harga mampu lagi bayar,walau kecik cenonet jer.Pastu satu lagi aku tak berkenan sal tuan rumah ni,contoh kalau ada apa-apa kerosakkan dalam umah tu susah nak claim balik.Cam siling rumah ni,sebelum aku masuk dah bocor.Dia suruh baiki tapi duit taknak kuar.Reti suruh jer.Tu yang aku perasan kat dia,kalau bab duit susah nak kuar.Banyakla cerita kalau aku nak bergosip.Baru ni plak dia ada bagitau nak ubah separuh rumah ni untuk buat kedai.Nak suruh aku jaga.Aku tak tau nak jelaskan macam mana.Untuk kedai sendiri pun kadang aku takdan kontrol time ramai.Dahla aku ni macam robot giler rasa,kerja lagi umahtangga lagi nak urus.Aku bukan tak tau,motifnya bila aku jaga kedai dia gaji boleh bayar gitu-gitu atau kosong terus.

Tu mari fikir kadang nak blah balik kampung.Nak mulakan semula bisnes dihalaman sendiri.Tapi...tu semua pun perlu duit huwaaa......Nampaknya aku perlu lagi bertahan disini.Berserah pada takdir.Biler la nak ada umah sendiri.Aku kepingin bangatttttt...



Isnin, 16 Mac 2015

MENUNTUT ILMU

Dua tiga arini semuanya masih terkawal,tak kelam kabut sangat.Reda dari stres jap.Cuti sekolah ni takla terkejar-kejar sangat.Ni tak,waktu pagi dah sibuk ngan pelanggan,pastu nak lekas-lekas masak tengahari untuk hero no.1.Hidangan tengahari barang tentu kena siap sebelum anak balik sekolah.Bila anak pulang sekolah dah boleh hidang.Lagipun anak aku tu memang kejar masa.Balik dari sekolah kul 2 dah kena masuk kelas KAFA.

Cuti-cuti sekolah ni okeyla,tak kejar masa.Kelas ngaji pun time cuti ni ditukar ke jam 6 petang habes kul 9 malam.Cuma tu la kalau lelama duk rumah ni asyik bertekak jer ngan adik-adik.Bingit telinga.Safiya plak pantang kena usik,mesti menjerit,pastu nangis.Skang dah pandai balas balik.Abang buat hal kat dia,dihempuknya.Abang lagilah taknak kalah,pun balas balik.Masing-masing nak tunjuk belang dah skang.Ala abang Am tu ngan adik-adik jer berani,kalu ngan orang lain....hhuuuhh..Safiya ni pun ngan Acik garang2 gak.Pntang adik sentu barang dia.Selalu cubit Acik,sian si comot comel tu.Bila tanya kenape buat adik camtu,tak dengar kata jawabnya...amboiii,garang macam teacher hiihiii...

But Safiya makin rajin skang.Suka mewarna,suka menulis.Bila dia buat semua tu memang tekun sekali.2,3 jam duk hadap buku latihan tu pun takpe.Alhamdulillah dia nampak berminat bab nak belajar ni.Sekarang pun suka beli buku.Aku turutkan aje sebab tau memang dia takkan sia-siakan buku tu.Cuma pensil warna tu,asyik hilang jer.Letak merata.Jenuh nak beli,dah tu kalau beli pun tak mau yang jenis kecil.Maunya yang jenis panjang tu.Ishhh...budak ni kang!ngada.

Tu duk bising-bising pakat tanya aku bila nak gi pulau.Mak aii,kelu lidah aku nak menjawab.Baru jer balik makan angin,ni nak ajak lagi.Ingat apak amak kau cop pitis ker!Sebenarnya sekarang aku tengah plan beberapa misi lagi yang nak dilaksanakn.Yang bagi aku jugak penting untuk masa depan.So bab nak gi pulau hold dulu anak-anak sayang.Lagipun skang musim tengah panas sangat.Tak sesuai untuk anak-anak kecil.Okey,itu alasan yang kukuh!

Untuk misi minggu ni aku nak gi menimba ilmu jap selama 2 ari kat klate.Hope semuanya berjalan ngan lancar.Family semua ikut sekali.Nanti Acik abahnya jaga sekejap.Ala sekejap jer,bukan Ma tinggal sehari suntuk pun.Waktu rehat boleh jer jumpa Acik,dah boleh manja-manja balik,kan.Semoga semua anak-anak boleh bagi kerjasama.Kat mana nak menginap sepanjang kat sana nanti kena tengok keadaan dulu.Ala kata balik klate pun,tak sempat nak lama-lama kat kampung sendiri.Aku just balik jengok mak abah aku seketika,tidur semalam kt sana baru gi menuntut ilmu kat KB.Semoga segala usaha aku ni diberkati.

Ni turn aku,bulan depan giliran abahnya pula.Takpelah asyik keluar duit pun,bagi aku ia sesuatu yang berbaloi apabila menambah baik ilmu demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kita.Besar sangat impian aku ni,so aku perlu ilmu demi merealisasikan impian aku tu.Aku target sebelum umur 32 tahun impian tu dah jadi realiti,InshaAllah.



Rabu, 11 Mac 2015

CERITA KAT CAMERON HIGHLAND

Alhamdulillah,niat nak bawak mak aku merasa hawa sejuk kat Cameron Highland dah tercapai.Cuma ada lagi yang still rasa tak lepas,sebab abah aku tak dapat ikut sekali.Banyak kerja katanya,aku paham.Alhamdulillah,syukur tengah rezeki dia la tu.Tapi dalam hati aku tetap tak best,pikirkan dia yang tentu-tentu penat kerah keringat nak hadap semua tu.Kerja kampung ni penat tau....

Takpela,kalau ada rezeki lebih nanti aku akan realisasikan semula niat untuk bawak mak abah aku makan angin sesama kat CH or tempat lain yang lagi best,Insha Allah.Terima kasih banyak-banyak kat suami kerana sudi jadikan hajat aku ni satu kenyataan.Mak aku pun hepi nampak masa jalan-jalan kat Cameron tuh.Gambar-gambar masa kat sana tak boleh tempek kat sini lagi.Aku belum sempat nak edit...heeheee....

Puashati la dengan percutian kali ni.Aku sewa apartmen kat Taman Royal Lily 3 ari 2 malam,.Lokasi apartmen tu menyenangkan aku  sebab banyak kemudahan seperti kedai makan,bank,kedai runcit,kedai 24jam,dobi dan macam-macam lah.Asal nak,engko turun je bawah.Apartment kami duduk ni pun bersih dan kemas sangat,segala kemudahan dapur,tv,selimut tebal cukup perfect.Kalu duk ramai-ramai ni lagi meriah kan.Padan la kalau kata harga mahal sikit berbanding lokasi tempat lain.

Kalau ikutkan kami yang 4,5,6 orang ni jer yang pergi so kalau duk menginap hotel pun okey jer.Boleh jimat di situ.Abah aku ni la cancel last minute.Duit dah bank in dah untuk deposit apartment masa tu.last teruskan jelah.Takpelah sekurang-kurangnya boleh gak aku merasa masak-masak kat situ tu.

Kat sana ada satu peristiwa yang mencemaskan berlaku.Ari pertama sampai ,sambil duk rehat-rehat tu anak-anak duk main-main tetiba Acik terkunci dalam bilik tidur sorang-sorang.Huru-hara jap.Panik mak bapak nyer.Si Opah dah mula bikin drama,nangis-nangis kenangkan cucu yang terperangkap kat dalam tu.Tapi dak Acik ni still gelak-gelak dalam tu bila orang panggil,tak sedar diri dalam masalah.

Aku dan suami cuba macam-macam cara.Bukak dengan kunci sedia ada tapi tak jalan.Acik dah start nanges masa ni.Telepon tuan rumah,jap tu sampai bawak segala atok,nenek,mak bapak dan jugak anak kunci.Masa ni Acik kat dalam melarat-larat dah tangisnya.Pastu berjaya bukak,tengok dia tergolek nengis sambil baring.Pampers yang banyak-banyak dalam bilik tu abes berterabur.Dia amuk kot stress dalam tu sesorang.Aku cepat-cepat ambek dia,kiss banyak-banyak dan peluk dia.

Cukup syahdu masa tu.Panik tahap gaban,tapi pas tu pakat gelak.Kelakar pun ada bila ingat balik.Ambek kau Acik ,rasakan nakal sangat.Dekat setengah jam anak aku duk sorang-sorang dalam bilik tu.Okey,itu semua satu cerita yang akan membuatkan kami semua ingat memori kat Cameron sampai bila-bila.Tapi aku duk syak ada orang lain yang pernah kena benda sama,sebab pintu bilik tu nampak bekas pernah kena kopek dah.

Pergi kali ni aku just shoping beli coklat koko jelly untuk anak-anak.Kegemaran diaorang tu.Pastu beli jem,teh,beli strawbery kering,beli strawbery fresh dalam 4 kotak nak beli banyak buahnya manja sangat,mudah rosak.Balik buat jus je campur susu,sedappp.Strawbery celup coklat dah makan puas-puas kat sana.Tak teringin dah.Tapi yang aku paling suka jagung kat sana,memang best bakar or rebus sama2 sedap.Makan panas-panas ummpphhhh...makan kat sana je sampai puas,balik sini takde masa nak rebus.Just beli yang mentah untuk bagi kat abah jer.Mak aku pun kemain borong strawbery.Pokok-pokok yang comel tu tak beli.Takut tak termampu nak jaga.And then beli sayur-sayuran,my peberet...kalau boleh semua sayur-sayur ni aku nak.Tapi berpada-pada la kan.Sayur ni bukan tahan lama.Yang tak tahan tu aku tergoda sangat ngan pucuk labu fresh CH.Balik celur jer cicah budu.Fuhhh...nikmatnya tak terkata.

But kami still enjoy kat dan puas holiday kat sana.Tapikan cuaca kat sana siang ari panas giler.Tak tahan aku.Waktu malam pulak sejuk tu sejuk la,tapi rasanya masa aku fisrt time sampai dulu tu lagi sejuk dari sekarang.Feel jalan-jalan tengah malam kat pasar malam Brinchang pun tak sama.Sejuk namun tak senyaman udara sebelum ni.Persaan aku jer ker.....

Masa kat sana bertalu-talu orang call,whatsapp,sms nak mari kedai.Alamak sory tutup,kami kat luar negeri ni.Erkkk...luar negeri Terengganu.Balik rumah esok arinya customer ramai yang datang.Penat tak ilang lagi,letih giler aritu.Dah rezeki jangan mengeluh,tak baik.Terima jer dengan senyuman.Bab tak tahan tu 2 orang yang mintak mengurut.Satu pagi,satu malam.Letih woo....tapi terubat sikit bila custemor kata best cara aku urut .Alhamdulillahhh.......

Rabu, 4 Mac 2015

PERMULAAN YANG BAIK

Dah masuk bulan 3 dah,cepatnya rasa.Bulan Februari pun berlalu,maka cukup sebulan lah kedai kami beroperasi sepenuhnya dari pagi sampai malam.Syukur alhamdulillah hasil memang diluar jangkaan.Ni rekod paling terbaik sepanjang perkhidmatan kami yang hampir 2 tahun.

Untuk percubaan bulan pertama hasilnya mencecah 2 kali ganda dari sebelum-sebelum ni.Gumbira tak terkata hati ni,letih mengerah keringat bekerja rasa berlalu macam tu jer.Berbaloi-baloi sangat dengan susah payah dan penat jerih bekerja dari pagi ke malam dengan nak handle anak-anak lagi,nak uruskan rumah tangga lagi.Namun syukur walau kelam kabut masih jua aku mampu buat.

Okey,dah kerja penat-penat ni aku nak rehat kejap.Dah plan dari dulu,dah sekian lama janji nak bawak anak-anak merasa holiday.Asyik bertangguh jer,asyik tak jadi jer.Dah berapa kali cuti sekolah dah,tapi tak berkesempatan gak.Tapi kali ni ok,kira jadi la.Rancang punya rancang,tilik-tilik tarikh,okey bolehla pergi untuk 5,6 dan 7 March ni.Niat asal nak gi musim cuti sekolah,tapi nan hado semua penginapan dah full booking.

Bolehla dari takde peluang pergi langsung....pergi time weekends ni sekurang-kurangnya kos penginapan tu rendah sikit dari musim cuti sekolah.Kalau ikutkan hati aku la kan,aku sebenarnya lebih suka pergi time orang ramai.Meriah gitu....jem pun tak kisah la sebab bukan aku yang drive huhuuuu......Pergi kali ni aku bawak mak aku jugak.Ingat nak ajak abah sekali tapi dia ada kerja.Dah lama pasang niat dalam hati nak mak abah jejak CH.Tapi yang dapat join hanya mak aku,pasrah walau sedikit kecewa hajat ati aku tak tercapai sepenuhnya.

Hope perjalanan kami selamat dan aku harap percutian ni dapat memberi kegembiraan dan memberi memori manis buat kami.

Rabu, 18 Februari 2015

BICARA KOSONG

Sejak berada dalam bidang Al Hijamah ni makin banyak pengalaman dan ilmu yang brermanfaat aku dapat.Selain tu dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama insan.Maklumlah kerja aku memang memerlukan aku berdepan dengan orang.So secara tak langsung dapat menambahkan kenalan secara tak langsung dengan custemer yang datang.Kadang kecut perut jugak aku,maklumlah kadang yang datang bukan sebarangan orang...hiiihiii.......

Malah paling best bila dapat pula bergaul sesama  jurubekam-jurubekam sunnah yang lain.Mula-mula tu rasa segan gakla,nak dekat dengan mereka yang lebih hebat dan berpengalaman ni.Yang dah taraf pendapatan 10k ke atas sebulan.Tapi bila bergaul dengan mereka semua ok jer.Lagi best dapat berkongsi cerita dan ilmu dari mereka yang boleh memberi manfaat untuk orang baru macam aku dan suami.Kagum sangat aku dengan mereka-mereka ni.Skang pun aku dah join persatuan bersama-sama jurubekam yang lain.Lagi banyak berkongsi perbincangan lagi banyak ilmu yang aku rasa masih perlu dicedok lagi.

sini nak selit ayat menarik dari salah seorang jurubekam berpengalaman berdepan kerenah mentaliti orang kita.


ada orang kate.....mudah jer bekam ni..cucuk-cucuk jer
sy jawab.....memang mudah,cucuk-cucuk jer tapi kena tahu point
macam cik tanak nasi....muda jer basuh beras,masuk air,masuk dalam rice cooker
tapi kena tahu sukat air,kalau terlebih air nasi jadi bubur
kalau terkurang air nasi jadi keras....

kesimpulannya nak buat ape2 kena ada ilmu....okey jangan pandang remeh kerja jurubekam tau......dari A hingga Z perlu teliti.Tambah-tambah bab kebersihan barang-barang yang digunakan.Kesempurnaan dan sikap bertanggungjawab itu wajib ada dalam bekerja.

Ni plak pasal story yang buat aku hot sama bila dengar tentang orang jenis anti bekam.Takut nak berbekam boleh diterima,masalahnya jenis kutuk perubatan bekam.Okey tak sudi bekam takpe,just cakap belum bersedia.Tapi jangan kutuk bekam.Bekam adalah sunnah Nabi,kalau kutuk bekam maknanya sama cam kita kutuk Rasullullah....buat masa ni aku takdelah lagi berdepan orang mentaliti cenggini,tapi ni sekadar kongsi cerita dari kawan-kawan jurubekam sengkatan.






DAH MULA KERJA SENDIRI

Baru sempat menjengah blog sendiri,sibuk memanjang kebelakangan ni.Maklumlah bermula awal bulan Februari kami suami isteri buat keputusan ubah jadual waktu operasi kedai lebih awal dari sebelum ni.Waktu operasi kedai sekarang beroperasi setiap ari bermula jam 9.30 pagi-11mlm.Memang takde cuti-cuti pun melainkan tutup kalau balik kampung jer.

Keputusan ni diambil setelah suami stop bekerja ngan orang atas beberapa perkara yang tak terduga.Namun kami redha,mungkin Allah SWT merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kami.Maka diberiNya ujian sebegitu.Aku sendiri pun tak rasa nak menyalahkan sesiapa,just anggap ia satu ''jalan'' atau petunjuk.Tapi perasaan takut tu ada gak sebelum suami ambik keputusan kerja sendiri.Maklumla  punca pendapatan tetap yang masuk tiap2 bulan macam sebelum ni dah takde.Terdetik mampu ke kami sara hidup dengan fokus sepenuhnya ngan bisnes kecil kami ni.

Tapi mau atau tidak aku kena jugak cari jalan penyelesaian.Berani berdepan dengan kenyataan.So sekarang kami suami isteri nekad dah nak fokus uruskan bisnes ni dengan jayanya.Insha Allah rezeki itu sentiasa ada.Yang penting kami tak boleh putus asa.Kena kuat semangat.Kali ni kena buat sehabis baik,sebab takde bergantung ngan sape-sape dah.

Alhamdulillah,buat masa ni semua berjalan dengan baik.Malah aku rasa lebih seronok bekerja begini.Terasa kepuasan dalam bekerja bila betul-betul fokus.Hasil penat lelah mengerah keringat berbalas ganjaran yang berbaloi-baloi.Syukur.

Jumaat, 16 Januari 2015

KE PULAU KE KITE?



Alhamdulillah duit BRIM dah masuk pun,tu semua rezeki.Orang bagi kita ambik je lah dan dah bila dah guna tu niatlah dengan berterima kasih pada pemberi.Jangan pulak duit ambek tapi mulut still kutuk-kutuk.Tak elok camtu yer....Cam suami aku ni dia taknak pun duit tu so dia past je kat aku.Tak cakap banyak daa.Yessss!!!!!

Sebenarnya dari awal lagi suami cakap duit BRIM tahun ni dia nak hadiahkan semua duit tu untuk aku.Ok thanks laki.Sebelum ni aku plan dapat duit BRIM ingat nak beli telefon.Pastu tambah la sikit lagi ngan duit sendiri baru cukup ngan target harga fon tu.Tapi sebelum dapat duit tu aku dah terlebih dulu beli fon.So duit BRIM ni aku hanya guna tuk beli beberapa barang dan belanja anak-anak makan.Wat enjoy kononnya hiihiii...Duit orang bagi jadi kalau kuar laju-laju pun tak la pilu sangat.

Tapi kan lepas berbelanja,lepas duit ghaib baru terfikir balik.Kenapa aku tak simpan je duit tu?Sebab sebelum ni kan aku sebenarnya duk merancang nak pergi cuti-cuti.Aku plan nak gi Pulau Perhentian.Masa plan aritu menggila sangat jiwa ni nak ke sana.Tapi duit still belum cukup masa tu.Dalam hati terus nekad nak simpan duit sikit-sikit pastu time cuti sekolah boleh pergi.Namun entah kenapa aku boleh lupa perancangan aku yang satu tu.Hampeh.

Anak-anak aku pun teruja nak gi pulau.Lagi bersemangat aku nak jejak kaki ke pulau bila tengok diaorang excited.Diaorang siap bising-bising suh beli baju renang.Haiiihhh...Tapi yang aku duk pikir skang,kalo budget lambat nak cukup ke Pulau Perhentian apakata aku gi pulau yang dekat dulu.Cam ke Pulau Kapas ke,untuk day trip contohnya.Dulu tahun lepas la kan aku ada tanya kat Mak cik Gemuk Resort,Marang price tuk day trip just rm 100 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak separuh harga.Tu untuk sekali ngan aktiviti snorkeling.Pergi naik speed boat dalam 15 minit perjalanan.Tapi atas faktor cuaca,ngan alunan ombak yang tak menentu diaorang tak gerak lagi bulan ni.Dalam bulan 3 baru operasi.Okey kena ngan time cuti sekolah tu.


Lagipun bila aku pikir balik cam elok aku try yang dekat dulu.Aku ni sebenarnya penakut nak naik bot meredah air luas terbentang.Kata orang perjalanan ke Pulau Perhentian lagi lama.Mampu ke aku bertahan.Nanti mabuk laut baru tau.So apa kata aku cuba yang dekat je iaitu Pulau Kapas,budget sikit janji sampai pulau.



cantik jugak kan Pulau Kapas ni.Tapi bila aku research dalam blog orang kalau waktu malam sunyi sikit kat sini.

Okey tu semua hanya perancangan jer okey.Nanti-nanti tengoklah camne.Biler kena ngan time cuti dan kelapangan masa,cukup duit,cuaca elok dan ditakdirkan Allah untuk mempermudahkan hajat maka terlaksanalah ia.Kunfayakun.Kita hanya merancang...

Kalau dapat pergi ramai-ramai tentu lagi seronok,ahaks.





Isnin, 12 Januari 2015

SEMOGA CITA-CITAKU JADI KENYATAAN

Dalam kepala ni selalu duk berangan-angan agar cita-cita aku yang satu ni tercapai,hope sebelum umur 40 tahun.Tapi mampukah angan-angan ni jadi kenyataan?Kalau ikutkan keadaan kewangan sekarang ni sukar jugak nak realisasikan.Maklumlah segala apa bisnes yang kita nak buat semua memerlukan modal.Itu masalah terbesar aku.DUIT.

Dengan bisnes kecik yang sedia ada sekarang ni pun belum boleh nak kata stabil lagi.Memang duit ada masuk dari sumber tu,tapi selalu kami guna untuk beli keperluan isi rumah dan jugak untuk rolling beli keperluan kedai.Tu pun boleh dikatakan banyak lagi aset yang perlu di tambah dan dibaikpulih.Dengan kekangan ekonomi sekarang boleh dikatakan nilai duit cam cukup-cukup makan.Nak buat simpanan khusus untuk perkara lain agar sukar.Barang sana sini mahal oiii...

Kalau ikutkan cam buat bekam ni pun kami takde buat pinjaman dari mana-mana bank.Just guna duit gaji suami yang sedia ada tu la.Beli barang-barang sikit demi sedikit.Bermula dengan hanya menggunakan 2 kotak set alat bekam jer.Pastu bila dah makin dapat sambutan kami rolling la duit yang masuk hasil bekam tu buat beli peralatan lain.

Alhamdulillah syukur dengan apa yang ada kini.Walaupun tak nampak perfect cam orang lain punya bisnes.Walupun dalam tempoh tu ada suara-suara sumbang kumbang betina datang mengkritik itu ini(padahal baru jer kenal).Kadang luluh jugak hati bila ada yang tau mengkritik dan membandingkan bisnes kami ngan bisnes orang lain yang jelas lebih berduit dan berduit.Siap kutuk dan ajar suh buat tempat nampak grand cam orang tu punya.Kalu ikutkan siapa tak mau nampak kedai kami tu grand,hebat,eklusif.Tapi idea saje tanpa modal tak berjalan beb.Cakap senang arr.Kalau nak bagi idea tu bagi la sekali ngan duit.Ada faham.Aku kalu ada duit tak payah tunggu buah idea dari kau,dalam kepala aku ni sendiri penuh dah ngan idea.SARAT!

Cuma tu lah risiko dalam berbisnes,ada pasang surutnya.Time surut la yang tak bestnya hiii...Tapi strategi kena banyak untuk kekalkan bisnes.Kalau tak tahan cabaran memang sekerat jalan ler jawabnya.
Hope aku mampu meneruskan apa yang telah di usahakan.Cam sekarang,angan-angan nak lebih hebatkan lagi bisnes kecik kami.Aku nak tebarkan luas-luas.Cuma masalah sekarang modal.Aku macam terbantut nak bermula tanpa uwang.

Untuk buat pinjaman rasanya takkan?Aku pernah baca beberapa artikel dari orang-orang bisnes yang berjaya.Kebanyakkan dari mereka tidak menggalakkan membuat pinjaman untuk buat bisnes.Yes aku setuju,lagipun pinjam je kan,so maknanya engko kena bayar balik.Kalau time pinjam best je dapat duit,dah tu kalau time bisnes tak jadi,duit tak masyuk mana mau cari duit bayar itu pinjaman.Aku tak nak tanggung risiko.Aku bukannya ada harta kot-kot nak buat cagaran.

So kalu gini keadaan nya aku rasa pergerakkan nak realisasikan apa yang aku cita-citakan very slow.Takpe, aku akan cuba gak.Cuba je dengan apa yang dah sedia ada.Nanti ada duit pulangan yang masuk sikit-sikit tu aku nak upgrade slow-slow.Kena sabar la wahai hati,jangan gelojoh.Insya Allah kalau ada rezeki untuk aku,maka cita-citaku bukan sekadar angan-angan.




Sabtu, 10 Januari 2015

SEKOLAH BERMULA

Arini anak yang sulung dah mula sekolah.Ini bermakna rutin harian aku pun juga bermula sebagai driver,gi ambik dan antar anak gi skul.Paginya takpela,abahnya belum masuk kerja so dia yang ngantor.Tak kisah la jadi driver pun janji anak jantan i tu rajin belajar.Ibunya nak tengok anak dia jadi pandai.Insya Allah....

Pagi ni bukan main bersemangat Abe Am nak ke sekolah,almaklumlah ari pertama ken hiiiii....Semalam dah belikan seutas jam tangan atas permintaan dia.Layan je la coz dah sebulan merayu nakkan jam tangan.Bingit dah telinga ni,asyik kuar soping je sebut nak jam,nak jam 2,3 ploh kali.Kalau ikutkn jemu da membeli,tak pandai jaga cepat jer rosak.Kali ni rosak lagi,tak tau nak ceramah apa dah aku ni.Ni pun beli sebab nak suh bersemangat sikit ke sekolah.Beli kat abang adik pun nak satu.Sambar jugakkkk...

Acik ngan Angah masih lena di buai mimpi indah.Acik tak berapa sihat tu,demam selesema banyak ari dah.Lambat sikit nak sembuh demamnya.Dah tau jenis payah makan ubat macam abangnya gak. Jadi aku sekadar ejas bagi ubat homopati yang jenis titik je ke dalam mulut tu.Ubat tu takdelah rasa pelik cam ubat spital so sesuai la untuk budak kecik camAcik ni.

Tengok je demam tapi tak reti duk diam udak nih.Aku plak yang terlebih menjiwai demam dia.Tubuh Acik dah makin kurus sejak demam ni,tapi main tak henti-henti.Ke hulu ke hilir,kadang-kadang ada jugak la meragamnyer.Mungkin tak selesa ngan kondisi badan sendiri.Dah tu selalu batuk berkahak plak.Hingus meleleh orang nak kesat asyik nak ngelak,tak bagi.Kang masuk mulut baru tau nikmatnya hiiii....

Tak padan ngan demam tau,abahnya balik jer kerja dikejar suh bawak naik motor.Merengek-rengek,menggelepar la selagi tak bawak.Setakat 2,3 round pusing taman tak puas,balik ngamuk lagi.Abahnya penat kerja pun tak hilang lagi.Tu yang abah dia ada cakap ini budak kena bawak naik motor dari rumah ni sampai Kelate baru reti puas naik motor kot huuuhuu.

Ngengada tul anak bungsu Maa ni.Manja plak tu,tidur pun asyik nak berkepit je.Tak nak tidur atas bantal,tidurnya tu memang dari zaman baby lagi beralaskan lengan aku ni.Lenguh.....camtu la sampai ke pagi.Best ke tidur atas lengan maknya ni.Best kot banyak lemak hiiiihii,tu yang sampai akaknya jeles so tumpang sekaki.Bayangkan adik tidur atas lengan kanan,kakaknya tidur lengan kiri.Everyday,everynight gitu gayanya....asal nak tidur cari lengan aku jadikan bantal.Macam si akak kalau time mood `matang" datang,tahan la sikit.Dengan sendiri je masuk tidur bilik sebelah sambil dokong patung bear tuh.Tak kacau owang dah.











Sabtu, 3 Januari 2015

BESDAY SUAMI

Hati udah kembali lega,walau tidak sepenuhnya.Balik tengok dan dengar sendiri keadaan kat kampung baru puas hati.Alhamdulillah keluarga aku kat kampung okey jer walau ada terkurang sana sini.Situasi mereka tak haderlah seteruk mangsa-mangsa kat Kuala Krai nun.Bantuan untuk family plak sentisa ada.Mak cakap ari-ari orang datang bawak mai bantuan makanan kat umah,syukur.Rezeki masih tak putus buat mereka.Bila dapat balik jumpa mereka,terubat rasa rindu di hati.Terima kasih buat suami tercinta kerana cukup memahami gundah gelana hatiku.Dia banyak membantu dalam meringankan beban kami sekeluarga.I lap u manyak-manyak.....

Ari Jumaat pada 2 Januari tu,besday suami i uols.Sempat buat kek red velvet cis jer tuk dia.Hadiah?hurmmmm......Apepun buat suami tersayang,aku doakan semoga dia sentiasa sihat walafiat.Harap semangat awak terus kental untuk berjaya.Insya Allah,impian awak akan jadi kenyataan.Dan lagi saya nak mintak tolong ngan awak ni,tolong jadi suami dan abah yang baik untuk kami yer!Boley tak?




SELAMAT HARI LAHIR ......