ASSALAMUALAIKUM ..........

Rabu, 26 Februari 2014

YaHooo...DaH TeRcApAi

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana salah satu azam dan cita-citaku dan suami tercapai lebih awal dari yang dijangkakan.Aku memang teramat bersyukur ngan pemberian ni,bagiku ia cukup istimewa.

Setelah bergelut sekian lama ngan masalah kereta comel kami yang meragam tak tentu masa.Yang banyak menuntut kesabaran dan mengikis duit kami bagai pompuan pisau cukur hihiiiii...(sowi comel).Kalu kumpul duit repair tu memang sampai tahap ribu dah...

Aku pasrah diuji sebegitu kerana aku tau disebalik kesenangan pasti ada kesulitan.Nah tengok kini,kalo bukan kerana kereta comel tu meragam sampai skang kot kami tak sebegitu bersungguh nak dapatkan kereta baru.Ooooppps dah tercakap plak,kereta baruu.....yup akhirnya loan untuk dapat kereta dah lulus,cuma kereta je belum sampai-sampai agi(lambatnyer tak sabar dah ni).

Hanya kereta jenis biasa-biasa jer tapi berbaloi la dapat gak merasa kete dalam plastik..yeeaahhh.Mulanya tak mimpi pun nak cuba try beli yang baru,just rancang ngan hubby nak beli yang terpakai je.Tapi takde rezeki kami coz orang lain sambar dulu.Tuan asal kete cakap pembeli tu bayar cash...huuhuu.

Frust gak aku masa tuh.Tapi rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik...Alhamdulillah.Kereta comel?ingat nak jual je...tapi suami aku kata sayang plak nak lepaskan,aku pun sayang gak.Tapi takkan nak pakai keduanya kot,makin tinggi plak kos kewangan sara hidup kami.

Takpelah,terpaksa jua dilepaskan kereta comel tu.Kenangan bersamanya dan jasanya takkan kami lupakan.Abadi dalam hati dan minda kami.

Now aku cukup teruja sampai la sekarang,macam budak-budak kan.Biasala aku ni asal orang susah bila dapat sesuatu memang aku hargai sangat-sangat.Benda susah nak dapat,lagipun kami berdua memang bertungkus lumus dalam mengharungi semua ni.

Bagiku aku ia bukan sekadar KERETA,ia lebih dari itu.........



HaBiH RaMbUt SaFiYa



tengok arr.... habih bertempek kat rambut kerinting Safiya.Benda apakah tuuuu...?cer teka,cer teka...........bukan shampu tau....ia adalah.....adalah.....jeng..jeng.....MUNTAH si Ammar(acik).

Nangis tak hengat akaknya kena camni.Siap uwekk-uwekk lagi.Haaahaaahaaa...nak tergelak gak aku tengok gelagat Safiya kena muntah adiknya.Camne leh kena?Uurrmmm....tengahari tu bagi makan Ammar bubur.Sebelum ni tak berselera pun nak makan ,ntah aritu nganga je dia biler aku suap.Masa tuh lega dalam ati aku nengok Ammar daa berselera semuler tuk makan.

Selesai suma bab makan aku cuba dodoikan dia sambil baring-baring gitu.Safiya plak nih feeling-feeling manja konon duk bertenggek sekali.Baring sambil kepala duk sandar kat peyut aku.Tiba-tiba....uwekkkk,Ammar muntah,memang dekat ngat ngan kepala akaknya.Tak sempat pun nak selamatkan diri,dengan aku dan Ammar empunya diri bersalutkan muntah itu.

Panik gak aku masa tuh,camne nak bersihkan ni?Aku kena sikit je.Safiya dah mula nak nangis dan cam nak termuntah gak.Tup dengan tak pikir panjang aku bukak baju keduanya.Campak lam baldi kat bilik air baju2 tu dan teruskan bersih derang.Pastu tarik je cadar hati-hati masukkan mesin basuh.Huhh...kalut gak kena camni.

Dari isi kandungan muntah Ammar tu aku tengok ialah sisa-sisa bubur nasi yang aku suapkan tadi dan jugak kahak berlendir putih jernih.Memang sebelum ni pun kalo Ammar tak berapa sihat akan muntah camni.Tapi bagi aku okla sekurang-kurangnya kuar gak kahak dia,selesa sikit dia nak menelan dan menyusu pasni.


Akaknya plak balik abah dia dari kerja terus mengadu kata adik nak buat jahat kat dia,padahal aku dah 2,3 kali explain kat dia adik tak sengaja buat camtu....hihiii macam-macam....

Sabtu, 22 Februari 2014

BeRkELaH kAt AiR TeRjuN sEkAyU

Ini kisah semalam punyer.Aku yang memang asalnya merancang nak balik kampung ari Jumaat kemarin terpaksa menunda hasrat hati,akibat masalah kereta yang tak berape nak besh tuk buat perjalanan jauh.

Oleh kerana tu,kebetulan plak my member ajak gi Air Terjun Sekayu maka kami pun setuju.Ala sekali sekala bawak anak-anak main air,seronok gak.Dah tadi kata kereta tak berape sedap nak buat berjalan maka pergi sana pun menumpang kereta besar my member ni.

Lebih kurang pukul 8 pagi lebih dieorang mai kutip heheh.....Sampai sana suasana kelihatan agak mendung.Air sejuk giler,tapi anak-anak kiterorang plak releks je berendam lam air.Seronok tak hengat ape.Aku dapat gak tumpang main air jap2.Tu pun tak lama kalut layan kerenah Ammar yang asyik buat perangai.Menangis je kerje dia,mungkin sebab tak cukup tidur dan jugak tak biasa ngan  tempat lam hutan begini.Maklumla ini kali pertama bawak dia mari tempat sebegini.Suasana ni agak asing tuk dia....kotttt


Ni la salah satu menu santapan kiterorang,ayam bakar yang di bawa oleh memberku...sedap giles makan panas-panas cicah sos cilis dalam kesejukan dan hujan merenyai-renyai.Menu lain cam bihun goreng(yang dia gak buat),bebola,sosej n etc aku tak smpat snap.


Safiya yang dah mengecut tapi tak mau naik agi.

 
 muka sejuk belakew tu......

Tapi balik dari berkelah tu ntah naper aku rasa macam ngantuk dan penat yang amat.Tapi tak jugak dapat berehat,duk layan si Ammar ni.Abahnyer jugak dapat tidur,takpelah aku bagi cang.Tapi mujurlah Ammar dan abangnyer malam tadi tidur awal(penat sangat kot) maka dapatlah jugak aku zzzzz sekali.Tu pun selepas basuh kain baju yang basah wat berenang tadi.

Tapi tengah duk tidur semalam tu sempat jugak aku mimpi Amsyar anak sulungku hampir lemas dalam air.Haaa ni penangan kat Sekayu la ni.Masa kat air terjun kemarin dia agak tak mendengar kata,main air kat tempat batu-batu dan air deras.Dua tiga kali gak aku sound panggil dia,risau kang jatuh bahaya.....risau aku nih sampai terbawak-bawak dalam tidur....

Tapi tu lah anak-anak ni bukan nak paham tentang kerisauan aku.Dia buat dek jer biler kiter tegur.Kalu jadi ape-ape aku gak yang meroyan...hiiiihh..Aku kalo anak tak dengar kata mula la bikin panas.Kontrol je tu depan orang...hihihii.Geram rasa nak bagi `hadiah saguhati' tp kang bermelodi plak kan kat situ.

Tapi apepun aku puashati sangat tengok kehepian anak-anak aku dapat berseronok ngan anak my member yang bernama Arissa tu.Derang gumbira aku pun gumbira.





Jumaat, 21 Februari 2014

I LiKe Duit BRIM

salam ceria.........
Dengar-dengar la kan kat tv war-warkan besok masukla duit BRIM.Tp tuk orang bujang @ solo arini dah pun mashuk.Alhamdullillah kan...,tu semua rezeki.Bersyukurlah dengan tu semua.My husband merangkap ketua keluarga yang berpendapatan rm3k ke bawah pun dapat gak....Alhamdullilah sekali lagi.

Korang kalo dapat duit BRIM nanti nak guna untuk ape ek?
Aku duk plan,kalo dah dapat duit BRIM tu la kan....nak guna tuk makan2 sikit dan selebihnya tuk beli barang2 kegunaan perniagaan kami,tu jee.

Bagi orang berduit mungkin duit BRIM tu apalah sangat.Tapi bagi aku ia amatlah bermakna dan benar-benar membantu.Teringat kali pertama dapat duit BRIM,masa tuh kami memang dalam kesempitan sangat.Tapi ia membantu saat kami benar2 terkepit.

Terima kasih daun keladi buat kerajaan kiter yang sudi menghulurkan bantuan tersebut.Aku amat-amat menghargai tu semua.Semoga semua tuh akan terus dikekalkan di masa2 akan datang.Wassalam......


Rabu, 19 Februari 2014

CaMnE BOleH tErSiLAp?

ASSALAMUALAIKUM......
Salam penuh kasih sayang buat semua.
Tadi gi klinik timbang Ammar yang arini ngam-ngam 9 bulan.Berat masih sama ngan bulan lepas iaitu 9kg.Tak naik pun....mungkin atas faktor dia sendiri yang aku lihat tak berapa nak makan pun menu yang ku buat ari-ari.Takde selera kot,lagipun dia ada masalah selsema sikit-sikit.

Sepatutnye kannnn....klinik Ammar bukan jatuh pada arini 19 februari tapi 19 mac.Kiranya arini aku memang silap la.Ting tong tul kepala,camne boleh tak perasan  pada kad temujanji tu tertera bulan 3.

Tapi nasib baik nurse kata ok jew datang pun,tapi aku ni ler rasa malu gak mukanyer.Hihhh....bukan sekali ni je aku wak silap cenggini.Masa timbang sebelum ni pun aku silap tarikh,gi awal sehari dari tarikh temujanji.Aku mati mati ingat tarikh yang aku pergi tu adalah jatuh pada aritu huhuhuuuu...tertukar tarikh la ni.

Nasib baik nurse kat situ elok je layan.hi.hi..hiii Boleh plak berunding,check dan timbang Ammar cam biasa.Soalnyer...kenaper kepala aku ni ting tong sangat.Tak suka la aku yang macam ni...tak peka...

ok,yang lepas tu biarkan....lain kali jadi peringatan.Jangan diulangi kesilapan yang SAMA.