Sabtu, 12 Julai 2014
PuaSA dAn BEsdAY SeRtA AbAh
Assalamualaikum......salam ramadhan buat semua.Walaupun dalam keadaan lapar dan letih lemau jangan lupa untuk senyum yer.Sebab rugi tak senyum,kerana senyum tu kan sedekah,kan....kan?Tu salah satu cara paling mudah untuk dapat pahala dan di samping awet muda gitew.Saya cakap macam tu pun bukan sekadar untuk berkongsi ngan korang2 je tapi lebih kepada peringatan tuk diri sendiri yang tak berape nak manis nih.
Nak cerita pasal ramadhan la jugak ni.Pertama sekali nak cerita tentang puasa anak lelaki sulung aku.Untuk tahun ni tahap kesabaran berpuasa dia tu ok dari tahun lepas.Bangun sahur pun tak beragam,mudah je bangun bila aku kejutkan.Malah yang aku syukur sangat puasa dia kali ni disertakan dengan solat sekali.Walau adakala sesetengah waktu solatnya yang tertinggal.
Tahun ni plak ari lahir Angah dan Opahnya jatuh dalam bulan puasa.Kebetulan pada ari lahir mereka aku berpeluang gak balik kampung,padahal perancangan awal tak nak balik lagi.Tapi oleh kerana tetiba dapat berita yang ayah kepada tuan rumah kami yang kat Jerteh meninggal,so berniat nak pergi melawat katakan.So pikir -pikir balik,alang dah dekat ngan negeri sendiri baik balik terus kat kampung.
Jadi baliklah kami.dan sempatlah untuk ari Jumaat tu berbuka ngan family aku dan untuk ari Sabtu berbuka plak ngan mertua.Malam tu bertolak balik ke Ganu nih.Malam keesokkannya dalam jam 3 pagi aku dapat panggilan dari abangku kat kampung suruh balik.Katanya abah aku demam,muntah dan cirit birit tak berhenti.Dalam hati masa tu berdebar sangat.Macam-macam datang dalam kepala.Dari apa yang disampaikan macam abah aku sakit sangat.
Lepas kemas apa yang patut,selesai sahur terus kami bertolak balik kampung.Bila sampai umah,yer aku lihat Abah lain,uzur sangat.Dia merintih-rintih tak tahan sakit.Terus kami bawa ke Hospital Tanah Merah.Masa ni Abah dah tak larat berjalan dah.Terpaksa dibantu kerusi roda.Doktor bagi suntikan kat punggungnya,dan beberapa jenis ubat demam dan yang aku tak pasti kenapa ubat untuk gastrik pun ada sekali.Sakit apa menimpa abah aku,tak ku tau kerana doktor tak cakap apa-apa.Lagipun adik aku yang temankan Abah masa dalam bilik rawatan,dia jenis tak bertanya.Abah dibenarkan pulang selepas tu.Balik umah pun sakit Abah masih berlarutan .3 ari aku menjaga dia kat kampung,alhamdullilah semakin beransur sihat.
Abah aku tak pernah sakit sampai macam tu sekali.Dia kata habis lenguh lumpuh dan sakit urat di seluruh badan.Malam sebelum call aku tu mak aku kata Abah sakit sampai berguling-guling tak tahan menanggung peritnya.Aku ingat aku dah nak kehilangannya,dalam hati berdoa janganlah lagi....coz aku belum bersedia.Hanya Allah je tau perasaanku saat itu.
Namun kini syukur sangat aku masih dapat melihatnya lagi,call kat kampung adik aku cakap dia dah okey dan boleh kuar berjalan macam biasa dah.Alhamdullah.....Balik sini Abe Am plak demam,arini dah masuk 5 ari dia demam.Masa kat kampung lagi aku tengok dia mula kuyu dan panas je badan.Tak dapat ke sekolah lagi la tuh.Lama gak dia cuti,sejak kami balik kampung tu.Tak sedap plak bila lama-lama cuti nih.Takut nanti cikgu kata apa plak kan.Sedangkam mc demam dapat sehari jer.Tapi demam masih tak okey lagi.Macam-macam dugaan,apapun dari semua peristiwa ni satu kesimpulan aku dapat sediakan payung sebelum hujan.Kenapa?eermmm......
Langgan:
Catatan (Atom)