ASSALAMUALAIKUM ..........

Ahad, 30 Mac 2014

NaK MaSak ApEW?

Pepagi lagi dah duk terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari kami sefamili ni.Sebenarnya aku dah habis idea kat dalam kepala untuk masak menu apa.Yer la main ari-ari duk masak sampai tak tahu nak masak per untuk......tak nak bagi menunya sama je selalu.Yang pasti apa yang aku masak kalu boleh semua orang dalam rumah boleh makan.

Dalam rumah aku ni setiap orang ada taste dia sendiri,ada yang alergi pada sesetengah makan.Macam suami aku tak boleh makan seafood,telur yang boleh sebabkan dia kena excema,gatai habih la makan tak pantang.Safiya semua boleh makan kecuali yang pedas.Amsyar plak tak makan sayur dan lauk yang dia mahu hanya ayam.Kalau takde ayam sanggup dia makan nasi ngan kuah je.Lauk lain dia xberape nak layan.Dan aku semua boley layan,makan tak memilih.Yang pasti kalu makan tu nak ada sayur @ ulam,wajib ada tau.

Macam Amsyar yang cerewet sangat aku terfikir gak,camne la kalu dia kena berada cam zaman susah aku time kecik2 dulu.Makan nasi berlaukkan ikan kering bakar dan sambal je.Ikan kering bakar,bukan ikan bakar tau.Bukan sambal yang best cam sambal belacan tu,cuma sambal yang ramuannya cili api tumbuk ngan garam kasar je.Tahan kau.Masa tu kesempitan yang amat.Mak aku tak boleh menoreh,musim hujan.Bapa aku plak kerja jadi pak guard kat kl.Gaji lambat masuk agi.Nak menunggu dia ngantor duit tu la seksa ngat.

Tu kisah aku dulu,yang boleh hidup ikut rentak kesusahan mak bapak.Anak aku kini......?bolehkah secekal aku?Insha Allah boleh kan.Cam Safiya senang aku tengok apa aku masak layan jer.

Okey ni dia menu yang selalu aku masak yang semua boleh santap.Sup ayam,ayam masak kurma,ayam goreng kunyit,ayam goreng kicap,sup sayur,tom yam,daging singgang,daging goreng kunyit,yang tentunya tak boleh pedas.

Untuk arini menu apa plak ekk?ikan kering bakarkah?




TeNTanG KaMi BuAT MasA Ni

hahaaa...kebetulan plak ada secotek masa untuk aku bertitih kat dalam diari erkk blog aku nih.Kalu ikutkan aku ni memang sentiasa sibut dan kalut sepanjang masa.Walau ku sedar xde sape sudi pun nak follow blog aku ni,tapi aku rajin kan jugak menaip dalam nih tuk kepuasan sendiri.Sibuk sangat sejak beranak 3 ni.Sungguh aku memang seteres gila2 woooo kadang dengan rutin mengurus family yang yang yang tak pernah habis2(choki choki tak habis2,iklan la plak).

No,aku tak mengeluh,tak nyesal pun jaga family walau penat camne pun....aku just nak luah je.Sebab aku manusia biasa,ada time normal ada time tak normal....maksud aku dari segi kestabilan emosi bukan akal ekkk.Kalau dah ari-ari buat rutin yang sama ada jugak rasa malas,bosan,jemu,hot n tiba2 bertukar jadi angry mum.....

Sabar....yer,jadi mak orang ni memang kena ada sifat tu.Kalau tak,tak yah sudi jadi bini orang yang gerenti menambah pangkat tuk jadi mak orang.Banyak benda dalam zon rumah kiter jer dah boleh teruji dengan macam2 hal.

Okey,musim cuti sekolah berakhir,anak jantan pun dah mula sekolah balik.Huhhh...lega plak bila dia start sekolah,bukan apa ada dia kat umah memang bising.Asyik nak cari pasal ngan Safiya.Pastu duk ngadap tv...kartun jer la kerja dia,buku dah xsentuh langsung.Ngadap tv plak mak oiii ...dekat sangat ngan skrin tv.Jenuh aku tegur kejap je dengar.Rosak mata tu kan baru tau!...

Okey bab pelajaran anak jantan aku Amsyar kini alhamdulillah semakin baik.Dulu aku risau sangat maklumlah darjah satu masa tu belum boleh membaca pun.Tapi kini membaca pun boleh malah selalu plak dapat hadiah dari cikgu sebab selalu boleh jawab soalan2 yang cikgu kemukan dalam kelas.Good boy.Syukur..... menjadi jugak produk homopati INTELIGENT IQ yang aku bagi kat dia.Lama jugak tau nak bagi betul2 berkesan,yang pasti jangan putus harapan tuk terus amalkan.

Safiya plak dah makin besar dan cerdik.Suka bergaya dah sekarang,pantang beli baju baru balik terus sarung kat badan.Baju plak nak sentiasa diseterika.Alat make up aku pantang letak,mesti dia sambar.Nama plak dah dia tukar sendiri2,kalu orang tanya namanya dia akan cakap nama Muhammad Afiya.Keliru ke haper nih,memandai nak bagi sama nama cam abang dan adiknya.Muhammad Afi Amsyar dan Muhammad Afi Ammar.Suka2 dia je kan,sedangkan nama yang maa dia bagi ni dah cantik pun.Numa Safiya,yang bermaksud cantik,lembut.

Anak bongsu aku plak dah masuk umur 10 bulan dah.Dah pandai panggil ma dan abah,tapi yang selalu disebutnya abah je.Maa nyer dipanggil time urgent nak nyusu je.Dah berani menjelajah ke segenap ruang dalam umah,walau sekadar merangkak je.Tapi tengok gaya tak lama lagi nak boley jalan dah ni.Yang tak tahannyer pantang ada benda kat lantai akan dikutip dan masuk mulut.Bab ni aku kena selalu beringat ler.

Sekarang pun dah jarang nak tidur lama2.Asyik nak main kerjanya,tengok sekali teringat kat abangnya masa kecil.Suka sangat main.Ni pun kalau kuar pantang nampak playground,meronta la nak main.

Bab bisnes kecil kami ni plak,alhamdullilah makin ramai yang datang.Aku ingat bulan Feb dah pecah rekod tertinggi paling ramai customer,tapi rupanya bulan ni lagi paling ramai.Macam tak cayer jer,syukur sangat2 atas rezeki ni.Memang aku akui kadang tak menang tangan nak handle.Orang datang silih berganti,sedangkan peralatan begitu terhad.Nampak gaya kami perlu lakukan perubahan dengan menambah aset.

Bertambahnya customer mungkin berkat susah payah en hubby aku mengedar risalah sebagai salah satu cara tuk orang kenal kedai kami.Pantang nampak kereta parking banyak2,walau mana tempat pun dia singgah selit kat keta2 orang.Kadang tengah cuaca panas terik mentari atas kepala plak tu.Aku dalam diam memang respect giler arr kat dia.Aku ni mana sanggup nak tebalkan muka wak macam tu.

Salah satu pengalaman suami aku citer kadang dia hulur risalah tu kat orang,orang tolak mentah2 je.Bagi aku apa salah ambik,belakang kami nak buang ke,keronyok ker lantak la.Tu orang yang negatif,yang positif plak, orang ni punya keta besar nampak gaya cam orang kaya bila laki aku bagi risalah dia siap puji kata bagus cara suami aku buat ni.Terus naik semangat tau.

Apapun segala usaha edar risalah ke kereta.ke rumah2,buat blog semuanya berbaloi2.Okey,jangan mudah berpuas hati.....kami masih perlu lebih gigih.kan....

Dan kini aku jugak duk merancang nak beli sauna.Lagi gedik aku nak beli bila customer tanya 'kat sini ada sauna tak'?huuuuuhuu,belum ada budget gi dik.Aku cakap camtu ha kat dalam hati..Harap pasni ni ada la duit khas tuk aku beli.Yer aku akui duit selalu masuk tapi aku guna untuk yang lebih penting dulu.Cam contoh balik kampung tengok almari kain mak aku rosak,tikar getah rosak.....jadi aku dahulukan tuk dia.Untuk dapatkan sauna juger aku dah tau nak dapatkan kat mana.Aku nak beli secara direct dari kedai baru puas hati dari beli online.Harap2 aku mampu capailah hasrat yang satu ni.



Selasa, 25 Mac 2014

PaBiLa Aku SeNdiRIan

Aduhhhhh......nape la malam ni susah sangat nak lelapkan mata.Masih jua mataku ini terkebil-kebil keseorangan,sedangkan en hubby dan anak-anak lena selena-lenanya.Tak tau nak buat camne daa nak bagi lelap,tak jugak datang mood ngantuk.Siang ari tadi aku tak tidur pun,sedangkan kalau tidur di siang ari memang la kebiasaannya mata aku masih segar bugar pada malamnya.Ini tidak......

Aku.....kalau mata tak lelap waktu malam mula la fikiran diterjah dengan pelbagai persoalan.Persoalan tentang apa?Tentang KEMATIAN.......selalu sangat datang benda2 ni dalam fikiran aku saat bersendirian terutama lewat malam(time xboley tido cenggini la) atau ketika aku tiba2 terjaga di malam ari.
 
Kadang datang perasaan rindu pada sanak saudara,jiran tetangga,rakan2 yang telah mengadap Ilahi.Macam mana mereka disana?Apa yang sedang mereka lalui kini?

Kenapa semua ni selalu bermain difikiranku?adakah usia aku semakin menghampiri penghujung.....entahhhh hanya Dia yang tahu.Masa perasaan itu datang aku jadi takut,takut dengan diri sendiri yang masih belum sempurna.Rasa belum bersedia yang amat.

Dan saat itu aku melayan-layan perasaan,terfikir bilakah ajalku?mati kerana apa?umur masa tu berapa?macam mana rasanya di alam kubur?Macam mana keadaan anak-anak dan suamiku nanti?ahhhh....macam-macam persoalan yang datang.Yang pasti semua tu buat aku takutttt. 

Kenapa aku takut?sebab utama kerana aku tahu setiap apa yang dilakukan di muka bumi ini pasti ada pembalasannya.Juga setiap yang hidup pasti mati.Dan aku tak meletakkan jaminan bahawa aku adalah insan yang solehah.Aku insan yang masih jahil,masih cetek amalannya.........Hati dan jasadku masih berperang untuk melawan segala kehendak yang melebihkan ke arah duniawi semata.

Ya Allah aku pohon padaMu bukalah pintu hatiku untuk jadi wanita yang solehah,wanita yang apabila matinya jaminan adalah syurga.Aku tak sanggup menempuh neraka jahanam.

Bimbinglah hatiku supaya,sentiasa dekat denganMu.Aku tak mau berterusan ingkar segala perintahMu,aku mahu tunduk sebagai hambaMu.....Insha Allah.......