Aduhhhhh......nape la malam ni susah sangat nak lelapkan mata.Masih jua mataku ini terkebil-kebil keseorangan,sedangkan en hubby dan anak-anak lena selena-lenanya.Tak tau nak buat camne daa nak bagi lelap,tak jugak datang mood ngantuk.Siang ari tadi aku tak tidur pun,sedangkan kalau tidur di siang ari memang la kebiasaannya mata aku masih segar bugar pada malamnya.Ini tidak......
Aku.....kalau mata tak lelap waktu malam mula la fikiran diterjah dengan pelbagai persoalan.Persoalan tentang apa?Tentang KEMATIAN.......selalu sangat datang benda2 ni dalam fikiran aku saat bersendirian terutama lewat malam(time xboley tido cenggini la) atau ketika aku tiba2 terjaga di malam ari.
Kadang datang perasaan rindu pada sanak saudara,jiran tetangga,rakan2 yang telah mengadap Ilahi.Macam mana mereka disana?Apa yang sedang mereka lalui kini?
Kenapa semua ni selalu bermain difikiranku?adakah usia aku semakin menghampiri penghujung.....entahhhh hanya Dia yang tahu.Masa perasaan itu datang aku jadi takut,takut dengan diri sendiri yang masih belum sempurna.Rasa belum bersedia yang amat.
Dan saat itu aku melayan-layan perasaan,terfikir bilakah ajalku?mati kerana apa?umur masa tu berapa?macam mana rasanya di alam kubur?Macam mana keadaan anak-anak dan suamiku nanti?ahhhh....macam-macam persoalan yang datang.Yang pasti semua tu buat aku takutttt.
Kenapa aku takut?sebab utama kerana aku tahu setiap apa yang dilakukan di muka bumi ini pasti ada pembalasannya.Juga setiap yang hidup pasti mati.Dan aku tak meletakkan jaminan bahawa aku adalah insan yang solehah.Aku insan yang masih jahil,masih cetek amalannya.........Hati dan jasadku masih berperang untuk melawan segala kehendak yang melebihkan ke arah duniawi semata.
Ya Allah aku pohon padaMu bukalah pintu hatiku untuk jadi wanita yang solehah,wanita yang apabila matinya jaminan adalah syurga.Aku tak sanggup menempuh neraka jahanam.
Bimbinglah hatiku supaya,sentiasa dekat denganMu.Aku tak mau berterusan ingkar segala perintahMu,aku mahu tunduk sebagai hambaMu.....Insha Allah.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan