ASSALAMUALAIKUM ..........

Ahad, 30 Mac 2014

NaK MaSak ApEW?

Pepagi lagi dah duk terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari kami sefamili ni.Sebenarnya aku dah habis idea kat dalam kepala untuk masak menu apa.Yer la main ari-ari duk masak sampai tak tahu nak masak per untuk......tak nak bagi menunya sama je selalu.Yang pasti apa yang aku masak kalu boleh semua orang dalam rumah boleh makan.

Dalam rumah aku ni setiap orang ada taste dia sendiri,ada yang alergi pada sesetengah makan.Macam suami aku tak boleh makan seafood,telur yang boleh sebabkan dia kena excema,gatai habih la makan tak pantang.Safiya semua boleh makan kecuali yang pedas.Amsyar plak tak makan sayur dan lauk yang dia mahu hanya ayam.Kalau takde ayam sanggup dia makan nasi ngan kuah je.Lauk lain dia xberape nak layan.Dan aku semua boley layan,makan tak memilih.Yang pasti kalu makan tu nak ada sayur @ ulam,wajib ada tau.

Macam Amsyar yang cerewet sangat aku terfikir gak,camne la kalu dia kena berada cam zaman susah aku time kecik2 dulu.Makan nasi berlaukkan ikan kering bakar dan sambal je.Ikan kering bakar,bukan ikan bakar tau.Bukan sambal yang best cam sambal belacan tu,cuma sambal yang ramuannya cili api tumbuk ngan garam kasar je.Tahan kau.Masa tu kesempitan yang amat.Mak aku tak boleh menoreh,musim hujan.Bapa aku plak kerja jadi pak guard kat kl.Gaji lambat masuk agi.Nak menunggu dia ngantor duit tu la seksa ngat.

Tu kisah aku dulu,yang boleh hidup ikut rentak kesusahan mak bapak.Anak aku kini......?bolehkah secekal aku?Insha Allah boleh kan.Cam Safiya senang aku tengok apa aku masak layan jer.

Okey ni dia menu yang selalu aku masak yang semua boleh santap.Sup ayam,ayam masak kurma,ayam goreng kunyit,ayam goreng kicap,sup sayur,tom yam,daging singgang,daging goreng kunyit,yang tentunya tak boleh pedas.

Untuk arini menu apa plak ekk?ikan kering bakarkah?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan