ASSALAMUALAIKUM ..........

Ahad, 15 Disember 2013

RESEPI GULAI AYAM SIMPLE

        Haloooouuuu......apew kabar uollssss.Arini Mak Bawang Putih nak selitkan sedikit resepi dalam nih.Resepi yang biasa-biasa tapi sedap(bg sy ler).....amat sesuai ler untuk cik2,abang2,kakak2,puan2,tuan2 sekali...erkkk sekalian kat muka bumi ni.Bagi yang baru nak jejak kaki ke dapur@baru nak berjinak-jinak pegang sudip(slalu reti pegang pingang je kan...heh..hehh)amat di galakkan mencuba resepi ni(teringat first time belajar masak dulu) senangggg sangat....wokeh...kat bawah ni resepi dia.jgn komplen xsedap sebelum mencuba


bahan-bahan
ayam sebelah je
santan 1cawan
1paket rempah kari brand apepn bole
bawang merah 3ulas(dikisar)
bawang putih 2 ulas( dikisar)
halia 2hiris
lengkuas 2hiris
minyak masak 4sudu besar
asam keping
cili merah 2biji
air 4cawan
garam ikut rasa

cara penyediaan 
  • mula-mula sekali ambil rempah kari lalu dicampur dengan 3sudu besar air.Bancuh sebati,jadikan cam pes.Pahtu ketepikan dulu.
  • seterusnya tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Lalu barulah dimasukkan pes kari tadi dan halia.Kacau hingga pecah minyak.
  • pastu masukkan ayam,air,asam keping dan lengkuas.Biarkan diatas dapur hingga hampir empuk.
  • dan seterusnya masukkan santan,garam dan cili merah.Kacau dan biarkan masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan