ASSALAMUALAIKUM ..........

Isnin, 30 Disember 2013

WELCOME TO 2014

Alhamdulillah.......syukur masih diberi peluang,dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumiMu Ya Allah.Semoga dengan kehidupan yang diberi ini akan memberi peluang untuk aku perbaiki diri sebelum mengadapMu saat dipanggil nanti.(Tahun ni ada beberapa insan yang pernah muncul dalam hidupku telah pergi....Al-fatihah).Sungguh...aku takut,teramatttt takut seandainya tiba saat nyawa ditarik,amalku masih lagi tipis.Ya Allah lindungi aku dari api neraka....

Masa berlalu dengan cukup pantas kan?Tengoklah,tinggal beberapa jam lagi kita akan berada pada hitungan tahun 2014.Maka tertutuplah tirai 2013.Bagi aku yang lepas biarlah berlalu,yang elok jadikan panduan yang tak elok tak usah walau sekali untuk dikenang.Buang masa je....,kan kalo dikenang kenang makin down plak semangat diri.

Untuk tahun 2014 ni aku harap diri aku lebih positif dan bersemangat untuk maju.Maju dan terus maju!Nak cari duit banyak banyak untuk keluarga kecilku,untuk ibu bapa kami dan untuk manfaat orang sekeliling kami.....Ya Allah permurahkanlah rezeki kami.Berkatilah segala apa yang kami usahakan.Semoga tahun 2014 menjadikan kami insan yang lebih baik dan jauh dari sifat-sifat mazmumah.

Seperti yang aku tulis kat atas,azam 2014 ni aku lebih kepada nak tambahkan ekonomi atau senang cakap duit poketku,nak kasi sentiasa penuh...hi...hii.Pikir duit je kan.....almaklumlah sekarang semua benda berkaitan duit je.Asal gerak je,duit pun gerak sekali.Tu...minyak kete contohnye.Barang-barang kegunaan harian plak makin mahal.Hadoiiiii....takkkkan nak berjimat selalu.Jalan terbaik lebihkan mencari duit.Memanglah duit bukanlah segala-galanya tapi...segala-galanya memerlukan duit....RM,RM,RM,RM dimana kau....

Untuk penghujung tahun ni aku happy jugak rasa.Apa yang kami usahakan telah mula menampakkan hasil.Makin ramai customer....dan untuk bulan Disember ia melepasi target sasaran kami,alhamdullilah.Moga ia akan lebih baik pada tahun 2014.Aku harap kami akan sama-sama bersatu lakukan yang lebih baik.Harap-harap mereka yang pernah dapatkan rawatan dari kami akan berpuas hati dan sihat walafiat Insha Allah.

Mana yang tak elok aku kan cuba perbaiki diri,Maklumlah kami masih baru dalam bidang ni,banyak lagi kekurangan.Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang datang dan menaruh kepercayaan terhadap kami.Siap promote plak kat kenalan-kenalan mereka.Syukur diatas rezeki ini YaAllah...

Yang penting aku kena kuat semangat.Kehidupanku bukan je untuk diri sendiri tapi untuk orang di sekelilingku jua,yang memerlukanku.Apepun yang diusahakan jangan sampai melekakan,hidup ini bukan saja untuk duniawi tapi untuk akhirat jua.Pesanan untuk diri sendiri hi..hi....HOKEHH..2014 welcome.SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU semuaaaa.....smile ok.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan