ASSALAMUALAIKUM ..........

Rabu, 26 Februari 2014

YaHooo...DaH TeRcApAi

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana salah satu azam dan cita-citaku dan suami tercapai lebih awal dari yang dijangkakan.Aku memang teramat bersyukur ngan pemberian ni,bagiku ia cukup istimewa.

Setelah bergelut sekian lama ngan masalah kereta comel kami yang meragam tak tentu masa.Yang banyak menuntut kesabaran dan mengikis duit kami bagai pompuan pisau cukur hihiiiii...(sowi comel).Kalu kumpul duit repair tu memang sampai tahap ribu dah...

Aku pasrah diuji sebegitu kerana aku tau disebalik kesenangan pasti ada kesulitan.Nah tengok kini,kalo bukan kerana kereta comel tu meragam sampai skang kot kami tak sebegitu bersungguh nak dapatkan kereta baru.Ooooppps dah tercakap plak,kereta baruu.....yup akhirnya loan untuk dapat kereta dah lulus,cuma kereta je belum sampai-sampai agi(lambatnyer tak sabar dah ni).

Hanya kereta jenis biasa-biasa jer tapi berbaloi la dapat gak merasa kete dalam plastik..yeeaahhh.Mulanya tak mimpi pun nak cuba try beli yang baru,just rancang ngan hubby nak beli yang terpakai je.Tapi takde rezeki kami coz orang lain sambar dulu.Tuan asal kete cakap pembeli tu bayar cash...huuhuu.

Frust gak aku masa tuh.Tapi rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik...Alhamdulillah.Kereta comel?ingat nak jual je...tapi suami aku kata sayang plak nak lepaskan,aku pun sayang gak.Tapi takkan nak pakai keduanya kot,makin tinggi plak kos kewangan sara hidup kami.

Takpelah,terpaksa jua dilepaskan kereta comel tu.Kenangan bersamanya dan jasanya takkan kami lupakan.Abadi dalam hati dan minda kami.

Now aku cukup teruja sampai la sekarang,macam budak-budak kan.Biasala aku ni asal orang susah bila dapat sesuatu memang aku hargai sangat-sangat.Benda susah nak dapat,lagipun kami berdua memang bertungkus lumus dalam mengharungi semua ni.

Bagiku aku ia bukan sekadar KERETA,ia lebih dari itu.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan