ASSALAMUALAIKUM ..........

Sabtu, 10 Mei 2014

HaRi Ini Ari Ibu

Hari ini adalah ari ibu.....so SELAMAT HARI IBU buat ibuku,ibu mertua dan juga buat insan-insan lain yang bergelar ibu kat seluruh semesta ni.Pagi-pagi aku dah call mak aku nak ucap2 sikit tapi dia xde kat umah.Abah aku yang angkat tefon masa tu.Eeermmm,tangguh jap katrang call balik.

Aku bukan apepun sekadar nak dia tau aku sentiasa ingat dan menghargainya sebagai ibu aku.Kalau aku ada kat kampung boleh gak nak sambut bagai,tapi nak buat caner aku di sini,di negeri orang cari rezeki.

Dah jadi bini orang,terpaksa la ikut suami.Macam nilah kehidupan,setiap orang ada perjalanan dan liku-liku yang perlu di tempuhi oleh diri masin-masing.Tak dapat dah nak berhimpit-himpit,bermanja-manjaan ngan ibu cam dulu.Kini kita plak yang jadi tempat sandaran anak-anak dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Yer,alhamdulilllah kerana Allah Taala memberiku rezeki untuk menjadi seorang ibu kepada 3 orang anaks.Sedangkan ramai lagi insan yang di uji tanpa dapat rasa nikmat jadi ibu.Semoga mereka tabah dengan ujian ini,harapnya mereka-mereka ni takkan berputus asa.

Kiranya aku ni insan yang patut bersyukur dapat rasa perit jerih mengandung,melahirkan,membesarkan anak-anak kurniaan Ilahi ni.Semoga akukan tabah dan kuat.Dalam usia semuda 20 tahun aku dah jadi ibu,aku belajar segalanya tuk jadi ibu yang baik dan anak yang baik.Semua proses tu mematangkan diriku,matang banyak ke sikit tak pastilah..hiii.Kalau bukan kerana menjadi ibu kepada zuriatku,aku takkan tahu betapa dalamnya hati seorang ibu.Betapa perit dan susahnya nak galas tanggungjawab sebagai ubi ibu.

Buat ibu I LOVE U SO MUCH,semoga dikau sentiasa sihat walafiat.Semoga aku masih ada kesempatan untuk berbakti pada dirimu.Banggalah kita semua dapat jadi seorang ubi  ibu dan syukurlah kiranya masih ada ibu.Jom kiter semua sama-sama jaga ibubapa kiter leklok yer.Kiter semua kan anak yang baik....tul tak?


dia ibuku......speselnyer mereka berdua ni berkongsi tarikh lahir yang sama.


susahnya nak jaga korang but.... maa hepi ngan korang


ini budak buat saya rasa tak puas cium....okey kiter cium sampai lebam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan