Dalam duk sibuk menjaga family kcilku ni,dalam bergelak tawa bersama keluarga,dalam melayan kerenah mereka,terkadang ada gak satu perasaan rindu yang datang.Yang menyingkap masuk ke lubuk hati.Datang rasa rindu dalam diam....rindu pada siapa?
Yang aku rindu itu adalah kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidupku.Terkadang muncul kembali memori-memori bersama mereka.Sungguh akrab hubungan kami di tika itu.Tapi itu dulu,yang kini hanya tinggal kenangan sahaja.Untuk bersama-sama seperti dulu itu tidak mungkin....maklumlah masing-masing ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri terutamanya setelah masing-masing dah berkeluarga dan merantau jauh.
Ada yang hilang terus tanpa kabar berita,ada yang masih boleh kelihatan di fb,ada yang cam chipsmore kejap ada dan tiada....macam-macam.Entahlah sejak aku dok baca blog kak filla,blog meletop tu la the kasihs tu best sangat.Hubungan dia ngan kawan-kawannya seronok sangat.Sama dengan hubungan yang aku impi-impikan dari seorang kawan.Walau dah masing-masing kawen tetap boley kuar,jejalan dan buat aktiviti bersama tanpa melupakan rumahtangga.Aku like sangat2 kak filla tu,sempoi orangnya.
Berbalik ngan kawan-kawan aku tadi,sesungguhnya aku sentiasa ingat mereka.Namun ingatkah lagi derang pada aku...aku tak salahkan derang walau kadang aku rasa bagai dilupakan.Yang kawan rapat ada gak dalam fb,tapi yang aku tengok kawan yang gitu-gitu plak elok menegor dalam maya.Yang pernah rapat dulu-dulu,seolah macam tak nampak aku.Takpe aku faham....sapelah aku.
Macam ngan blog ni pun aku tak pernah bagitau kewujudannya pada sesaper yang dikenali.Kalo yang kenal dan tahu pun...bermakna orang tu ADA di sudut dihatiku.Betul....tak tipu.Okey ni plak aku nak kongsi tentang salah seorang dari kawan-kawan aku tu.Kawan yang aku kenal dalam setahun kot,masa duk perantauan tika bujang.Kawan yang ini adalah yang palingggg aku rindu sangat.Rindu sampai tahap boleh nangis.
Ciri-ciri orangnya...dia muda setahun dari aku.Dan dia kawan yang paling cantik dalam kategori kawan-kawan aku.Memang dia ni cantik sesangat,namanya Aziah orang panggil Angah je.Orangnya berambut lurus panjang,hitam,mengurai sampai pinggang,tinggi lampai macam model,putih dan muka ada ala-ala kacukan gitu.Orang Jeli,Kelantan.Kenangan dulu-dulu kalu aku jalan ngan dia memang boleh tengok la mata-mata jantan yang tak berkelip pandang dia.Yang mengorat pun ramai.Kelakar gak aku kadang tengok ragam dia mengelak dari romeo-romeo tu semua.
Aku bila bersama ngan dia aku boleh jadi diri aku sendiri.Kami satu kepala.Dia tak palsu.Ingat lagi satu kisah ngan dia pergi kedai makan,order kami lambat sampai.Masa tu Angah ni dahaga sangat,kebetulan masa tu ada separuh milo ais atas meja saki baki customer lelaki sebelum ni yang tak habis minum.Ngan selamba dia capai gelas berisi milo ais tu dan minum...kahhhkahhh...giler tu.Kalau aku tak sanggup nak minum air bekas orang yang tak kenal plak tu.Tapi engko bayangkan pompuan cantik macam dia buat macam tu.
Dia ni suka sangat pinjam dan melaram pakaian aku.Dia selalu cakap pakaian aku elok-elok je pada pandangan dia.Aku tak kesah semua tu sebab kami memang rapat.Gaya rambut aku yang pendek masa tu pun dia nak tiru,tapi aku tegah.Sebab bagi aku rambut panjang dia lagi cantik.Ok gak dia dengar kata.
Satu lagi kenangan dengan dia aku tak lupa,yang aku geli hati tentang dia.Ada satu cerita tu dia pergi kerja,lupa jalan balik rumah.Dia call aku suruh cakap ngan drebar syarikat tuk explain lokasi rumah coz dia tak ingat jalan balik.Sebenarnya sebelum call aku dah dua tiga tempat dia tuju tapi salah.....kahkakahhh.....adoii..senak perut dengan dia.Sebenarnya dah hampir 2 bulan kami duk kat rumah sewa tu,still dia leka coz selalunya dia balik ngan aku,jadi dia tau follow je.
Tapi itu kenangan yang dah berlalu antara aku dan dia.Kami berpisah pun dalam hubungan berada dalam kesuraman kerana orang yang mencemburui keakraban kami.Aku pergi tanpa sempat baiki segalanya.Dan bila di hati terdetik untuk menjejaknya aku tak tau nak bermula di mana.Kerana saat bersamanya dulu aku tak menjangka kami akan berpisah,aku hanya tau dia asal dari Jeli.Lain-lain maklumat cam contoh sekolah&kampung dia yang pernah dia gitau pun aku tak ingat,mungkin kerana aku tak begitu cakna masa tu.Kerana aku tak menjangkakan kami akan berpisah jauh.
Sesiapa yang terbaca entry ni,kot-kot kenal ngan orang seperti ciri-ciri yang aku bagitau kat atas,sila bagitau aku ekkk.Aku nak sangat jumpa dia.Dalam diam aku harap sangat antara kami masih ada jodoh untuk bertemu semula dan baik serta rapat seperti dulu.Kat mana la dia sekarang,dah kawin kah?Harap dia juga tak lupakan aku dan mengingati aku sepertimana aku mengingati dia.
Kadang terlintas juga dalam kepala aku,bila rindukan dia...aku seolah nak kembali ke tempat kenangan kami bersama.Mengimbas segalanya.....Tapi keadaan belum mengizinkan.Ya Allah pertemukanlah kami........Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan