ASSALAMUALAIKUM ..........

Isnin, 5 Mei 2014

DiEt La Ni KoNoN

Alhamdulillah....arini baru ada sedikit mood untuk jari jemariku menari menaip sepatah dua kata.Walau aku tau blog ni tak gemilang pun dan aku just dapat menaip bagi kepuasan sendiri pun dah cukup.Macam aku kata tadi takde mood kebelakangan ni,dah kenape?Huhukhuks....aku sebenarnya moody campur stres berat badan belum nak turun-turun.Ala 4kg je lagi nak sampai berat asal,tapi yang 4kg tu gak yang sukar aku lupuskan....uaargghhh,nyampahnyer!

Memang.....aku ada amalkan satu produk tu.Ada gak perubahan,tapi yang masalahnya bila aku punya selera makan berganda-ganda takde maknanya gak semua tu.Aku tak salahkan produk tu,yang salahnya aku.Aku ni haa,sedap ati sangat,harap produk tu dapat hapuskan lemak-lemak degil aku sedangkan dalam waktu yang sama aku, top up lemak lain berganda-ganda dari yang sepatutnya....haru cenggini.

Aku pun tak pasti kenapa selera makan aku skang mak ooiii nak jee....Ada-ada jer menu-menu best yang terbit kat kepala seolah memberi inspirasi untuk aku melantak.Yang lebih teruk,aku sekarang dah mula minum minuman berais,berkarbonat,berkafein seolah dah jadi tabiat.Sedangkan dulu aku tak minum minuman kategori sebegini.Nah skang walau aku cuba kawal pun tetap jugak kalah.

Cara makan aku kini memang tak terkawal,takde disiplin.Semua ni bermula seingat aku masa start ngandungkan si bongsu tu sampai la sekarang still begini.Sekarang aku payah nak baiki balik,jaga cara makan.Akibatnya badan gelebeh sana sini,perut moncit ke depan.Azam nak kurus dah ke laut.Azam aku cenggini je aku letak,kaya,berjaya dan bergaya...lalalaa..

Tapikan...tapikan bila tengok orang lain slim baru aku nak insap...hehehhh,hati siapa yang meruntun masa tu bila tengok body orang cam kerengga?haku gak kan...padan muka,makan lagi,makan lagi dan lagi..huwaaa tak nak dah.Aku nak jugak cuba untuk KURUS dan kembali ke berat asal 47kg.Mampu kau?Errkk...konpius jap,nak angguk ke geleng.

Okey buat permulaan skang ni aku cuba mengtiadakan stok-stok makanan  kat dafur.Yang ada hanya buah-buahan je.Dan aku kini tak lagi gigih buat kuih muih yang lemak bersantan,manih-mahih tu.Kek dan miskut pun tak buat dah,sebab kalo aku buat semua tu gerenti-gerenti aku jugak yang kuat mencekik.Lagi sedap lagi banyak aku hadap.Bab masakan berkaitan ngan nasi plak aku masak lauk pauk sesimple yang boleh tapi berkhasiat tuk semua orang dalam umah ni.Juga kurangkan penggunaan minyak.Dan masak dalam kuantiti cukup-cukup makan.Takut ada lebihan aku sayang,dan aku gak yang mencekik.Alasan takut membazir,baik tak aku?

Okey tu je sedikit sebanyak titik permulaan diet aku untuk slim balik.Nak kaya,berjaya(azam ni untuk poket) dan bergaya(azam ni tuk penampilan) kena berani berkorban.Tapi ayat ni takde kaitan ngan peribahasa biar papa asal bergaya.Biarkan makanan-makanan sedap itu berlalu bak angin lalu..cehhh.Aku boleh!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan