bahan-bahannya:
beras pulut 5 cawan
santan 3cawan
sedikit garam
pewarna kuning
cara penyediaanya
memula sekali basuh beras pulut sehingga bersih.Pastu rendam ia ke dalam air bersama sedikit pewarna kuning dan jangan lupa masukkan sekali asam keping.Tujuan asam keping ditaruk dalam ni setengah orang kata nak elak dari beras tu berbau dan setengah pula cakap nak bagi pulut berkilat.Aku letak je.....hanya ikut je petua orang.Biarkan semalaman......pahtu tak yah tunggu,masuk tido dulu.....kwang...kwanggg
pastu readyla periuk pengukus beralaskan daun pisang supaya beras pulut tadi tak bolos.Kat rumah aku ni susah sikit nak dapatkan daun pisang.Dah macam duk KL la plak kan,nak jumpa daun pisang pun payah.So ni ihsan dari member aku yang rumahnya di kawasan kampung
kukus selama lebih kurang 20 minit dulu.Uolls....nak cakap jugak walau takde pun yang sudi nak tau.Pengukus kat gambar atas tu adalah pemberian mak aku yang asalnya milik nenek mak aku.Bayangkan berapa usia periuk ni?ha..haa..aku sendiri pun tak tau.Tapi still elok tuk aku guna.
selepas 2o minit dikukus,korang angkat pulut,untuk lakukan proses menyebatikan ia ngan santan.Orang Kelantan panggil arun.Opss,jangan lupa masukkan sekali ngan sedikit garam.Gaul sebati,lalu masukkan balik dalam pengukus.Kukus atas dapur sampai betul-betul masak.Masa ni semerbak bau wangi pulut kat dapur aku.
taraaa...setelah lama menunggu dah masak
aku pun start la membentukkan ia macam kek gitu,pahtu hias....
pastu siap rebus telur 2 spesis nak buat sebagai hiasan kek pulut kuning aku ni.......tapi ape jadi....hancur beb....hancurrr, ruper kek pulut ni .Maklum tengah duk rias ada tangan kecil duk sibuk sekali.Dia cuit situ cuit sini,aku tepis dia cuit lagi......maka....Tak comel cam Nora Danish pun.Malas aku nak tunjuk wak malu jer.Tapi rasa tetap mantap ,makan plak ngan gulai ayam....fuhhhh alhamdulillah.