ASSALAMUALAIKUM ..........

Selasa, 28 Januari 2014

ULaNG TaHuN PeRkAhWinAN KaMi Ke -8-

Assalamualaikum wbt.....
Kelmarin 28 Januari 2014 maka genaplah 8 tahun usia perkahwinan kami.Tarikh yang selalu kami tak lupa tapi ntah macam mane kemarin kami sama sama luper.....Sedangkan seminggu dua sebelum tiba tarikh sepesel ni kami duk menghitung ari,duk merancang nak raikan cara camner.Tup..tup bila tiba masanya bangun pagi jalani rutin macam biasa.Macam takde ape2....

Mungkin kami tak sedar dengan angka2 tarikh yang cepat berlalu.Petang tu baru ku perasan bila check tarikh dan barulah teringat pada nvessary kami...sadisss betul!!!Somi istri da makin nyanyukkkk....Sama sama lupa jadi tak boley nak salahkan sesaper.

Tapi bagi aku kini....... .cukuplah sekadar kami masih menghargai,setia dan menyayangi antara satu sama lain.Tu dah cukup sweet.Memang takde hadiah pun dari suami untuk aku @ dari aku tuk suami......aku tak kesah dah tentang hadiah ni,yang penting kebahagian yang dinikmati bersama selama ini dah cukup berbaloi-baloi..

Sesungguhnya aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Allah SWT kerana masih pelihara jodoh kami.Masih adanya anak-anak menyerikan hidup kami.Alhamdulillah.....

Jika dikenang diperingkat awal perkahwinan kami segalanya bermula dengan tanpa ada ape-ape.Maklumlah usia masa tu pun masih muda,aku masa tu baru dalam 20 tahun dan suami 21 tahun.Belum cukup matang,namun atas rahmat Allah SWT masih kekal hingga kini.Biarpun penuh liku-liku dan onak duri terpaksa ditempuhi namun kami redah keperitan itu bersama.

Masih ku ingat lepas kawen suami terus bawa aku ke negeri ni,dengan tinggal di rumah sewa berdindingkan papan di sebuah kampung.Kata suami itu je mampu disediakan buat kami.Aku akur....dan masa tu tv takde pun sekadar radio buruk jadi hiburan kami.Sebiji motor ex5 pengangkutan kami.Toto hadiah kawen dari seorang kawan je jadi alas tidur kami.Bayangkan rumitnya kehidupan yang terpaksa kami jalani.

Tapi kini alhamdullillah ada fasa perubahannya.Sedikit demi sedikit rezeki datang dalam kesederhanaan.Rezeki anak-anak.Dari benda yang takde dah jadi ada.Cuma apa yang perlu diteruskan adalah perjuangan kami agar lebih bertambah baik...Insha Allah.

Itulah serba ringkas kisah cinta kami.Dan serius aku nak kata kat sini harap-harap anak aku pun esok2 kawen muda cam aku.Sebabnya,aku dah rasa dan peroleh banyak kelebihan dari semua tu.Tak bermakna kawen awal tak berilmu.Sudah kawen pun masih boley tingkatkan mutu diri kan?

  
                                        suami tersayang.....

Untuk mereka yang terbaca n3 ni,tolong sama-sama doakan agar jodoh kami berkekalan,berbahagia dalam melayari bahtera perkahwinan ni.To my husben,saya nak buat kenyataan kat sini.....ku mencintaimu dan teramat menyayangimu...noktah!!!!!!!!!!!



         dan tak luper gak kat uols pun.....I LAP U

Tiada ulasan:

Catat Ulasan