Alhamdulillah.....baru rasa lapang sikit dada bilew lihat Ammar beransur sihat dari demam selsema.Lama gak nak ambik masa tuk sembuh,lebih kurang 7 ari kalo tak silap aku.Yang menambah buruk keadaan lagi selsema di iringi ngan masalah kahak.Kadang boleh dengar kahak yang berbunyi dalam dada dia.Sian anak maa.....Seksa aku tengok,tak senang hati kalo anak macam tu.Stres plak haku!
Now dengan keadaan dia sekarang yang semakin okey baru tenang sikit jiwa aku ni.Jiwa seorang ibu.Sekarang dia dah boleh senyum senyum,dah boleh bergurau.Masa tak sihat tu ari asyik merengek je.Badan pun dah susut.Dugaan......
Tula punya banyak sangat layan stres,aku rasa cam dah naik kedut face aku ni.Tambah- tambah sejak jadi ibu beranak 3 ni,aku rasa cam lain macam je kat muka(bukans kat muka je bebenonyer).Kulit wajah suram,kasar,cam ada bintik2,tak soft,kering...di hebatkan plak ngan mata seiras mak panda.Akibat berjaga malam.Habeh gelap je bawah mata.
Dalam hati rasa macam nak tukar produk muka lain la plak.Produk muka yang aku pakai ni bukan kata tak elok,cuma cam still sama je.Takde beza pepun.Masa mula2 pakai dulu okey boleh rasa kelebihan dia kat wajah,tapi dah 3 tahun amalkan,tetap macam tu je....ibarat pakai ke tak sama aje daa...
Aku dah tinjau-tinjau beberapa produk ni.Tapi makin aku usha 2 tengok makin pening plak nak buat pilihan.Banyaknye produk2 muka yang gempak!huuu..hu.....ta taw nak pilih yang mana.Yang mahal ada yang murah pun ada,iklan plak gempark gilew.Tapi..tapi....tapiii sure ke jadi......?
Kan semata-mata nak melawa lain plak jadinya.Haku taknak muka jadi hodos!So kena pilih ngan hati-hati.Sebenarnya dalam manyak2 produk tu ada satu buat aku xsited ngat nak beli.Harga dalam 3 angka...boley tahan rakus gak,tapi pejam mata je klu dah tersuka.
Alahai uolls......habeh comey lote muka2 testimoni yang ditunjukkan.Kalo tengok pic sebelum dan selepas cantik giles.Menggelupur cam saat tu jugak nak pakai cam diaorang,cantik cam diaorang.Licin,putih gebu,takde cela langsung.Perfect!
Pahtu teliti punya teliti...hoo..hooo.....agar sukar aku nak cuba plak,sebab ia melibatkan penggelupasan kulit.Tak berani ku.......mungkin sesuai ngan kulit diaorang,tp belum tentu sesuai tuk aku.So aku delete keinginan nak cuba produk tu.Tak sanggup ku tanggung risiko.
Dan saat ni aku belom ada pilihan lagi nak bertukar pada produk penjagaan wajah ape?Pesan suami apepun pilihan kiter pastikan ia dari bahan yang halal.Insha Allah
Aku tahu semua orang nak cantik,dan sedaya upaya untuk kelihatan cantik.Bagi aku kecantikan tu perlu untuk menambahkan keyakinan diri.Takla kater perlu macam miss world,cam retis,cam model baru nak kata cantik.Semuanya terserah pada mata yang menilai.Macam aku pun jenis suka menilai gak nih,suka ngat tengok orang2 cantik ni(salah 1 hobi aku).Pandai kan diaorang melawa.
Hokehhh...ape-ape hal pun aku tak mau diselubungi masalah kulit wajah.Yela kalo jupe orang pun mesti orang pandang wajah dulu kan.Ke awak-awak semua pandang kaki dulu...hik..hikk....(gelak sorang).Tambah aku yang berstatus isteri orang ni kena jaga,walau dah jadi mak 3 orang anak pom.Takpe aku akan tinjau agi,tengok2 mana-mana produk yang elok untuk aku.Kena lebih teliti dan hati-hati.okey....take care
notaMBP:rsa nak makan ketupat sotong weh.nak beli kew nak buat sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan