Dah jadi kebiasaan bagi Amsyar,balik dari kelas mengaji pada waktu petang dia akan bermain beskal birunya(hadiah ms besday ) kat kawasan keliling rumah ni.Aku yang agak busy petang-petang cenggini biarkan je la,coz tak sempat jugak nak melayan dia bila customer datang.Tambah-tambah dengan adanya si kecil Ammar ni.
Namun petang kemarin anak lelakiku Amsyar mintak izin nak ke pasar malam sendiri sendiri ngan beskal dia.....dan aku tak kasi atau lebih tepat lagi tak beri kebenaran.Pahtu nampak riak wajah kecewa pada muka dia....aku mula kesian....dan berpikir sejenak.Dengan sedikit berat hati hati aku mengalah dan kata boleh kalau dia mahu ke pasar malam dengan basikal dengan syarat maa akan follow ngan kereta bersama abah dan adik-adik.Dan dia terus buat muka hepi...yeaaaaa.
Bila kami semua masuk kereta nak bertolak ke pasar malam yang jaraknya lebih kurang 400 meter dari rumah Amsyar dah gerak dulu.Tak sabar sungguh dia.Sampai tempat parking dalam kawasan masjid (sebelah pasar malam),dia dah tersengih menunggu kami.Sampai dia dulu,cepat betul kayuh beskal.Dan pastu kami sama-sama berjalan meronda cari makanan dari satu gerai satu gerai.Siap membeli serba sedikit makanan kami ke tempat parking tadi untuk pulang.
Amsyar ambik beskal dia dan pergi dulu macam tadi meninggalkan kami di situ.Dah tak pegang dah janji dia ngan aku tadi,yang aku kata nak follow tu.Amsyar...Amsyar.... ingat dia tu dah besar sangat ke!
Sampai je rumah dia takde pun kat muka pintu.Sedang ari dah makin gelap.Kenapa ni tak smpai2 lagi ke?Ngomel aku dalam hati.Abah dia pun duk sebut-sebut dah.Mana anak jantan nih?Ari makin gelap.Dah kedengaran azan Maghrib dari masjid.Tak muncul-muncul.Pastu abah dia pun cakap nak kuar cari sementara aku tuggu kat umah je.
Kejap tu kedengaran enjin kereta,dan aku kuar jengok.Belum apa ape abh dia tanya Amsyar dah balik?Belum lagi kataku.Hati makin tak sedap.Abah dia kata cari tapi tak jumpa,dan sekali lagi abah dia kuar mencari.Malam makin kelam.Ya Allah mana anak aku ni.Risau sangat dah dalam hati ni.Tak sedap menunggu je kat muka pintu rumah,aku dukung Ammar dan bawak Safiya sekali kuar ke jalan besar depan umah kami untuk nengok2 si abang.Pintu rumah ku tinggal tak berkunci.
Dalam kepala macam-macam dah pikir ni.Dengan time Maghrib camni,dengan keadaan yang gelap aku takut dia tersesat ke atau kena culik dek manusia @ han#*%#......ke kan...mana tau...dekat 5 minit aku berdiri kat tepi jalan tu.....alhamdulillah dia muncul.Nampak kelibat dia dalam gelap mengayuh beskal.Leganya hati.....Masuk je rumah lekas-lekas call abah dia kata anak dah balik.Dalam hati takde dah rasa nak marah ke ape kat dia.Yang penting dia selamat.
Bila tanya kemana dia menghilang tadi dan kenapa tak balik rumah terus lepas gi pasar malam,jawabnya dah sampai rumah tapi kami tak sampai agi.Looorrr,kot yer pun tunggu la,kata aku.Dah tu pergi mana plak pastu?jwabnya gi solat kat masjid.SUBHANALLAH...tersentak aku dengar anak cakap macam tu.Ya Allah dia pergi solat rupanya,sejuk hati aku mendengar.Dia pergi sorang-sorang.Macam tak percaya anak aku macam ni.
Yer.....memang dia biasa ke masjid dan surau.Selalunya bersama abah dia,tu pun sebab kami pujuk suruh pergi.Tapi sekarang dia pergi ngan sendiri.Macam tak percaya plak kami.Aku kelu tak tau nak berkata ape ape lagi.Yang berbaur di jiwa adalah rasa terharu.
Cuma lepas tu kitaorang mak bapak dia ni hanya mampu menasihati je supaya benda ni tak berlaku lagi.Untuk keselamatan dia jugak,supaya tak ke mana-mana atau memandai bawa hala tuju sendiri.Apepun semoga anak-anak maa jadi anak yang soleh dan solehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan