ASSALAMUALAIKUM ..........

Sabtu, 22 Februari 2014

BeRkELaH kAt AiR TeRjuN sEkAyU

Ini kisah semalam punyer.Aku yang memang asalnya merancang nak balik kampung ari Jumaat kemarin terpaksa menunda hasrat hati,akibat masalah kereta yang tak berape nak besh tuk buat perjalanan jauh.

Oleh kerana tu,kebetulan plak my member ajak gi Air Terjun Sekayu maka kami pun setuju.Ala sekali sekala bawak anak-anak main air,seronok gak.Dah tadi kata kereta tak berape sedap nak buat berjalan maka pergi sana pun menumpang kereta besar my member ni.

Lebih kurang pukul 8 pagi lebih dieorang mai kutip heheh.....Sampai sana suasana kelihatan agak mendung.Air sejuk giler,tapi anak-anak kiterorang plak releks je berendam lam air.Seronok tak hengat ape.Aku dapat gak tumpang main air jap2.Tu pun tak lama kalut layan kerenah Ammar yang asyik buat perangai.Menangis je kerje dia,mungkin sebab tak cukup tidur dan jugak tak biasa ngan  tempat lam hutan begini.Maklumla ini kali pertama bawak dia mari tempat sebegini.Suasana ni agak asing tuk dia....kotttt


Ni la salah satu menu santapan kiterorang,ayam bakar yang di bawa oleh memberku...sedap giles makan panas-panas cicah sos cilis dalam kesejukan dan hujan merenyai-renyai.Menu lain cam bihun goreng(yang dia gak buat),bebola,sosej n etc aku tak smpat snap.


Safiya yang dah mengecut tapi tak mau naik agi.

 
 muka sejuk belakew tu......

Tapi balik dari berkelah tu ntah naper aku rasa macam ngantuk dan penat yang amat.Tapi tak jugak dapat berehat,duk layan si Ammar ni.Abahnyer jugak dapat tidur,takpelah aku bagi cang.Tapi mujurlah Ammar dan abangnyer malam tadi tidur awal(penat sangat kot) maka dapatlah jugak aku zzzzz sekali.Tu pun selepas basuh kain baju yang basah wat berenang tadi.

Tapi tengah duk tidur semalam tu sempat jugak aku mimpi Amsyar anak sulungku hampir lemas dalam air.Haaa ni penangan kat Sekayu la ni.Masa kat air terjun kemarin dia agak tak mendengar kata,main air kat tempat batu-batu dan air deras.Dua tiga kali gak aku sound panggil dia,risau kang jatuh bahaya.....risau aku nih sampai terbawak-bawak dalam tidur....

Tapi tu lah anak-anak ni bukan nak paham tentang kerisauan aku.Dia buat dek jer biler kiter tegur.Kalu jadi ape-ape aku gak yang meroyan...hiiiihh..Aku kalo anak tak dengar kata mula la bikin panas.Kontrol je tu depan orang...hihihii.Geram rasa nak bagi `hadiah saguhati' tp kang bermelodi plak kan kat situ.

Tapi apepun aku puashati sangat tengok kehepian anak-anak aku dapat berseronok ngan anak my member yang bernama Arissa tu.Derang gumbira aku pun gumbira.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan