Kebelakangan ni aku memang takde mood pun nak bukak laptop.Campur ngan busy gak.Facebook pun tak rasa hingin nak on.Kadang ada masa aku bukak gak fb walau sekadar bukak untuk tengok perkembangan terkini kengkawan.Arini jer baru ringan tangan bukak laptop.Entah kadang dengan masalah yang macam-macam buat pe benda pun hati tetap tawar.
Sebenarnya baru jer habes baca blog kawan kiter.......terkejut gaks.Kawan......nape pergi senyap-senyap,pindah tak bagitau awal-awal pun kat kiter.Awat buat saya sedih tau....uhukss.Naseb awk pindah balik Klate jer,kalau awak pindah UK senyap-senyap camni sentap tau kiter!
Ok kiter hormat keputusan awak untuk balik sana.Kalau tau awal-awal awak nak pindah saya akan serbu rumah awak walau kiter sibuk pun.Nak sekat awak pergi tak mungkin....tapi sekurang-kurangnya boleh tolong awak kemas apa yang patut.Tolong-tolong awak pindah.
Apepun harapnya tindakan berani awak memulakan langkah baru di tempat sendiri akan lebih meningkatkan kualiti hidup awak sekeluarga.Semoga cita-cita awak tercapai.Haaa..haaa...skang kami jer yang still sangkut kat Ganu nih.Biler ntah boleh balik jugaks.
Teringat malam minggu yang lepas,lewat malam tu bawak anak-anak gi KFC.Masa duk sana Acik tanya `ina aner,ina aner?merujuk kepada Afina mana..Tak sangka dia boleh ingat kat Afina.Sebab selalunya tu la tempat kami 2 family biasa lepak-lepak.Sebelum tu pun masa baca blog Moms Capital A,Acik datang duduk atas riba aku.Pastu dia tertengok gambar Afina,terus dia cakap ``Eh, ina ina'' sambil senyum-senyum kambing.Ingat sangat dia kat Afina tu.
Namun skang semuanya dah jadi memori.Tapi tak kisahlah jauh di mata pun.Asalkan talian persahabatan masih terjalin walau jarak sempadan memisahkan...ceeewaaahhh ayat tu skema sangat.Hope awaks tak lupakan kiter orang,sepertimana kiter orang yang tak kan pernah lupakan uolls 1 family.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan