salam sejahtera dan selamat hari raya.....mohon ampun maaf pada semua jika ada kekhilafan yang tak disedari.Kosong-kosong yer!
Alhamdulillah tahun ni masih lagi diberi anugerah dan nikmat untuk menikmati Syawal bersama insan-insan tersayang.
ermmm.....kitew raya sakan sampai skang baru aku ada masa tuk blog nih.Ahh,takde la sakan sangat sebenarnya,saje ayat nak bagi gempak huuuu.....Tapi cuma nak kata cuti raya seminggu tu cam tak cukup je.Suke raya,meriah tau.Kerana kemeriahan tu la aku tetiba rasa sugul dan sayu bila balik Ganu semula.Sepi je biler berada di sini.Ah...rindu dengan kenangan bersama mereka.Aauwww acaner tuh.
Sebelum balik kampung tu bincang ngan suami ingat nak balik 4 ari je selebihnya jaga kedai.Maklumlah target nak tarik customer yang perantauan.Kiranya masa tu hati dah nekad la tu,tapi bila dah ada kat kampung berat hati la plak nak balik.Alih-alih 6 ari beraya kat kampung baru balik Ganu.Sampai sini memang seperti yang dijangka,rezeki bertalu-talu masuk.Alhamdulillah...syukur walau penat.
Okeylah rata riti orang cerita pasal raya,kita pun nak story gak.Aci lagi kan walau cerita dah lapuk sikit...alaaa kannn ke masih dalam bulan Syawal lagi.Ok la kan kalau masih cerita bab raya agi kan?Raya pertama kali ni giliran rumah aku dulu.Tapi kali ni kami tak terikat ngan giliran masing-masing.Kali ni bergerak ikut keadaan.Kampung kami dekat je,so senang nak ulang alik.Ari pertama raya di pagi Syawal tu kami bersama keluarga belah aku.Siap semayang raya,pergi jengok rumah pak saudara.Pahtu balik umah suami,raya sama-sama ipar duai aku.Dalam 6 buah rumah kami pergi,pahtu balik rehat umah aku.Sambung beraya plak kerumah keluarga belah mak pak aku.Kiranya separuh ari giliran alik suami,separuh ari giliran belah aku.Raya ke 2,ke 3 pun dan seterusnya macam tu la.
nilah tema biru pilihan kami taung ni.Ni gambar dipagi raya,Acik muka taknak senyum,ngantuk agi.Bergambar lepas pulang dari solat sunat Aidilfitri.
bergambar ngan atok plak.
haa ni masa beraya bersama k.ipar aku(baju pink) dan bersama biras.Bergeraklah kami serombongan dari rumah ke rumah.
ni time menjengah ke rumah kakak suami aku,sama bapak lain mak.Kat sini kami dihidangan ngan nasi minyak.Apsal taun ni ramai sangat yang buat nasi minyak?Safiya dan Abe Am bersama sepupu sepapat.Walau jarang jumpa tapi mereka mesra sangat sesama mereka.Bagus ler camtu.
yang baju putih tu abang kepada suami aku yang no 2 dan sebelah kanan tu wife dia.
tiga teruna
Safiya ngan Bella,orang Pahang dak Bella ni.Masa ni pagi raya ke 2 melawat kubur arwah Hj Hamad iaitu ayah suamiku.Seperti kebiasaan,orang kat sini selalu buat makan-makan untuk orang ramai pada raya ke 2.Memang ramai sangat la masa ni.Jalan masuk ke tanah perkuburan ni sampai jem.Kereta sampai kena parking luar.
kitaorang bertiga menantu yang tulus...kah..kah....
bergambar ngan mertua siket..
masa ni plak seisi bergambar ngan mak i,gi raya rumah adik abah aku.Bergambar skit masa tuan umah ke dapur mihmihmih...
ralit Safiya tengok burung puyuh kat sini,tangan tengah menggaru kena gigit nyamuk masa tolong atuk ambik manggis kat belakang rumah ni.Suka sangat dia bila Pok cik Kodir suruh ambik manggis sebab tu buah kegemaran dia.
raya ke 3 sempat ke rumah terbuka untuk Dun Tanah Merah.Sedap tul kambing bbq kat sini walau ciput je dapat.Ramai giler orang,tu la tujuan datang sini saje nak tengok kemeriahan warga Tanah Merah.Tul tak Dato Ikhmal?
okeh,seterusnya pekena gulai kambing kat umah mak saudara suami dia buat kenduri kesyukuran.Oooooo,bertambah-tambah la lemak saya....bab makan-makan ni memang tak boleh tolak.
abang suami yang no 3 makan disamping wife dia.
sedap mengunyah tetiba gigiku....urghhhh...sakittt...aku punya masalah gigi sensitif skang.Kacau...
ringkaskan cerita,cukup 6 ari beraya kat kampung kami terpaksa pulang semula ke sarang kami di Terengganu.Bertolak lepas solat Subuh nak elak jem.Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan