Selasa, 5 Ogos 2014
ReSePi KeBaB dAgInG
Kebab daging memang dah biasa pun buat tapi kali ni nak tempek gak resepinya kot-kot ada yang nak try buat.Meh sini tengok resepinya yang simple dan senang sangat nak bikin.Hasilnya plak memang best dari yang dijual kat luar tu.Kalau beli kat luar tu dah berape hengget dah,baik buat sendiri jimat dan boleh makan puas-puas.Ni resepinya.....
bahan-bahannya
daging cincang 100g
lobak merah (dihiris halus) 1 batang
timun batang (potong dadu) 1 batang
telur (goreng cincang) 2 biji
bawang besar (potong dadu) 1 biji
bawang putih(potong dadu) 2 ulas
lada hitam(tumbuk halus) 1 sudu kecil
Roti pita
sos cili dan sos tomato
mayonis
sedikit garam
cara bikin
-Memula tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik bau.Kemudian masukkan daging kisar,goreng hingga masak.
-masukkan lada hitam,telur cincang.lobak serta timun batang.
- apabila dah rata masukkan pula sos cili,sos tomato dan sedikit garam.
-belah roti pita (roti sy bakar dalam ketuhar seketika) dan masukkan inti daging yang dimasak tadi ke dalm roti tersebut.Selepas itu letakkan sedikit mayonis di atas kebab tadi untuk menambahkan kelazatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan