ASSALAMUALAIKUM ..........

Selasa, 15 April 2014

AkTiViTi tIMe BaLeK KapUnG (part 2)

Sambungan dari part 1 hiiii....balik dari Rantau Panjang,masa sampai umah dah kul 3 petang.Sampai umah mak aku terus pakat tidur,aku je yang tidak.Lebih kurang lepas solat Asar bersiap la plak kami balik umah mak mertua aku.

Sampai sana sembang-sembang jap ngan kak ipar,pastu aku ajak mak mertua dan anak-anak sedara sekali gi taman permainan kat Tanah Merah.Sekali sekala anak-anak aku jupe cousin derang ni,kalau dapat bermain sama- sama seronak la mereka.


sepupunya ni nama Ezad dah darjah 5,Amsyar darjah 2 tapi nampak sama besar je.Cam sebaya jer.


pernah tengok tak citer bawang putih bawang merah  filem dulu2 jaman hitam putih tu.Bawang putih suka sangat main buai kan,sama arr ngan bawang putih versi moden ni pun.


Safiya tido masa pose.....bawang putih dan bawang merah.Mereka ni sebaya  tau tapi bezanya Ika 2 bulan lebih tua dari Safiya.Tapi perbezaan saiz badan mereka...ya ampunnn.Macam Ika tu pangkat adik Safiya la plak.


                  main tak hengat

   
 Ika plak yang rajin layan Ammar main,akaknya nye sendiri lesap

Dekat nak Maghrib aku kerah semua naik kete balik.Budak-budak ni kalo dibiarkan bermain sampai Subuh esok pun tak habes,budak-budak kan.Lepas hantar diaorang,balik plak umah mak aku (jarak ngan umah mertua selang 5 butir kg je).Bersiap-siap plak untuk aktiviti dinner ngan family aku cehhhh.Ala sekali sekala ada rezeki lebih bawak derang makan-makan sikit.Berkongsi itu lebih nikmat tau.

   
taraaaa...bawak mak makan  pizza.Agak frust gak la abah aku tak nak join sekali,dah agah daaa.Memang abah aku kalo ajak kuar sekali memang selalu tolak.Tengok ar aku ajak datang umah aku at Ganu pun tak pernah nak ikut.Dia sorang je belum sampai umah aku kat sana.Memang pesen dia camtu,tak suka sangat berjalan.


            cedap tak mak spageti tu?


sebelah kanan tu adik aku yang anak-anak aku panggil Pak Cu.Kaki usik anak sedara.

 

yang baju biru abang aku yang sulung,sampai agak lewat sikit coz datang ngan motor sendiri


                                urmm.......so yummy


ini budak duk sibuk kutip dan buang sayur dari seketui pizza...haaiiih.Cerewet dan teliti bebenor ko yer.


              
             jemput menjamu selera eh.....ehhh menjamu mata     
                                 
               
          amik-amik,silakan silakan jangan malu-malu


suamiku duk hujung sana agak jau dari aku gara-gara anak nak duk tempat pilihan memasing.Tempat duduk pun berebut budak-budak ni.Opah senyum jer tengok gelagat cucu dia



makan sambil pangku anak.Ammar punya perangai ngengada datang.Tak mau duk atas kerusi kecik sorang2,tak nak jugak abah dia pegang,nak berkepit ngan haku je....grrrrr.Okey alhamdulillah semua dah kenyang.Kuar dari Pizza Hut gi beli barang sikit.Pastu balik rumah.Safiya punya penat atas kete dah zzzzzz....Sampai rumah angkut dia masuk dalam bilik....aduhhhh sakit pinggang.

AkTIviTI tiME BaLek KaPUNg (part 1)

Aku....... memang selalu balik kampung,walau sesebuk mana pun.Paling-paling kurang lah kan,sekali sebulan kew.Memanggg... kalau agak lama tak balik kapung ati rasa tak senang jer,mulala rasa bersalah kat ibu bapa kat kapung nuh!Lagipun rindu gak kat diaorang.Anak-anak aku sendiri pun,kalau lama tak balik memang duk sebut-sebut nama sal Opah ngan Atuk derang.

Jadi macam biasa,minggu lepas kami satu family balik la kampung.Balik bercuti sambil bekerja gitu.Yer suami aku hanya cuti bekerja pada ari Jumaat sahaja.Jadi untuk panjangkan tempoh cuti tu suami aku mintak izin bos buat kerja luar pada ari Sabtu,jadi balik kapung 2 ari la kiranyerrrr.Iyer la sambil balik boley gak folow up barang2 yang prnah ditinggalkan sebelum ni kat pengedar2 disana kot dah laku ker,tau ada nak menambah barang agi ker.....takpun cari pengedar baru......

Malam nak balik kampung tu kami bertolak agak lewat sikit sebab ada customer datang.Jadi lepas customer balik kira-kira pukul 11.00 mlm lebih gitu,baru kami bertolak.Tu pun sampai kampung dah pukul 2.00 pg sebab berenti makan tengah jalan tadi.Tapi best balik malam tak panas.Anak-anak pun dah tido,tak riuh arr dalam kete.Kalau tak....bagai nak pecah kepala aku!!!

Hokeh,pagi Jumaat tu seperti yang aku bagitau kat suami sebelum-sebelum ni nak ajak pi shoping sikit...sikiiit ekkk,kat Rantau Panjang.Lagipun dah bincang sebelum ni ngan dia balik nak beli pakaian tuk kami semua.Penat lelah cari duit takkan nak perap kat bank aje,kuar la sikit buat berbelanja kannnn...bukan selalu, kadang-kadang,jarang-jarang gitu.Jom layan gambar yang tak seberape nih.




                     menghala ke laluan masuk



                                  belok kiri



arah masuk takde kastam jaga,tapi untuk laluan kuar dieorang memang jaga-jaga kot-kot ada penyeludup beras ke hape ntah.Tak berape pasti...tetapi kadang kalo perlu derang akan suruh bukak bonet kete dan check barang2 kiter.Tapi tu masa aku gi dulu2 skang tak pun.Masa aku lalu ni ada pegawai-pegawai kastam  pompuan yang jaga,masih muda-muda belaka.



posing tengah panas..hahaaaa,Safiya bergambor lagaknya cam pengantin baru duk sanding atas pelamin



nampak benda ni terus Safiya lari tinggalkan kitaorang kat belakang.Terkocoh-kocoh aku kejar...mengah nak oiii...

haa....yang besar pun tumpang sekaki main.Tak malu ke Abe Am?


yang buat aku rasa nak berlari pecut cam Safiya tadi.Rambang mata nengok,cam nak beli semua......



tiba-tiba ada yang mengadu dahaga singgah beli air kat akak ni jap.Abe Am mintak air milo,Safiya nak air kelapa.Aku ngan abahnya kongsi anak punya je lah.Bukan habies pun budak2 ni minum.Kalu beli sorang satu pun terjingkit2 nak bawak air lagi,nak belek2 barang agi.Sambil tunggu budak2 ni selesai minum sambil sembang ngan akak ni,duk ralit dengar dia criter pasal air sungai golok belakang rumah dia dah makin surut.Anak-anak dia petang2 duk berendam dalam tu jer.....panas sangat katanya....senang akak ni tak yah buat swiming pool kan?



                           dahaga sangat ler tu



ingat nak beli satu tuk Safiya,tapi sayang takde langsung size dia.Sedih dia masa ni,abang dan adik dah dapat dah sepasang sorang.Takpe nanti kite cari tempat lain.

            pakat duk tilik rimau ni,belinya idak



                   mangga murah,mangga murah......berbaloi-baloi



               pilih-pilih jangan tak pilih.Wak pulut mangga pun sedappp




murah sesangat mangga-mangga kat sini.Boleh makan sampai muntah.Rm 10.00 untuk 4 kg,wowww.Aku sendiri beli sampai 12kg.Bagi kat family mak aku,my mil,kak ipar dan sambil melawat mak sedara kasi kat dia gak.



   ini budak sulah tensi.Ayuh balik....mungkin itu yang dia nak cakap.



Sambil drive nak balik suami bawak pusing kat bahagian belakang yang baru siap dibina.Kelihatan dah mula ada yang dah beroperasi.Tapi suasana nampak tak berapa meriah lagi la.


salah satu bazar baru yang ada.Ermmm...ok dah habis criter kat Rantau Panjang.Puas hati and next time nak datang lagi.Ada benda yang sangkut lagi nak beli tapi tak boleh nak berlama-lama sangat kat sini tak tahan jugak,cuaca panas membahang.Sian kat Ammar.Yang pasti aku enjoy sangat masa datang kat sini,puas hati shoping.Yes,shoping itu terapi.....

Isnin, 7 April 2014

BeKpeS NGan AiR KoPi + RoTi BaKaR


kat atas tu.....haaa tu la menu bekpes kami di pagi nan indah ni,air kopi with roti bakar.Amacam layan tak?Haku ni tetibe je mai mood nak minum air kopi ala ala kopitiam gitu,coz lama dah tak pekena.En hubby tak berape gemar,sekali sekala boleh kot.Selalunya kat umah aku susu jer pepagi ni.Ini ari i mau tukar taste.Ni pun aku buat bodo je,tak tanya en hubby nak ke tak henak .Aku buat dan letak je depan dia,habis gak secawan...alhamdulillah.....

Aku ni gemar kopi tapi en hubby keberatan  bagi we olls minum katanya tak baik tuk kesihatan.Urmmm...sekali kata kami ni dengar la kata....Dia taktau dulu2 pagi2 mak aku sediakan kopi je tuk aku adik beradik santap.Lebih mengancam....makan ngan ubi kayu rebus cicah nyior+gula...terbaekk.

Untuk roti bakar yang nak kaler brown tu aku punyer,tu bukan hangit tapi kegaringan gitu.Yang sebelah en hubby punya.Roti ni aku bakar dalam ketuhar je sebab,kat umah aku takde pembakar roti.Tapikan cepat je kan bakar dalam ketuhar,boleh bakar banyak2 dalam sekali gus.Susun leklok,5 minit...ketinggg..dah bleh ngap.Nak best lagi tempek jem stowberi,habis licin.

Untuk sarapan pagi aku ni takla fening sangat nak pikir nak sediakan apew coz orang dalam umah ni tak berape makan pagi.Anak laki aku tu langsung gi sekolah tak sentuh ape makanan pun.Jenuh duk ceramah suh makan sarapan,siap hurai lagi kebaikan dan keburukan bila tak sarapan.Huhuuiii buat perabih air liur dan menambahkankan bengang aku jer,ada dia kesahhhhh....lantak la kau nak ooooiiiii..

Untuk menu pagi aku tak pernah nak klukang klekung kat dapur tuk masak.Macam biasa kami just makan biskut,roti sandwich,roti bun,cornflakes,cocokrunch(betul tak aku ngeja ni?,)kekadang sekali sekala beli roti canai,tu je la.Nak beli cam kuih,nasi lemak ke,nasi kerabu,nasi minyak,nasi berhimpit-himpit,pulut nyior,aku takla terhingin sahngat coz tak berbaloi aku rasa.Diaorang masak tak sedap...hiiihiii  betui tak sedap.Amboi...amboi...besh punya komplen cam ler diri sendiri masak tu sedap gred A.Untuk tekak aku la,tak berape nak masuk.Dah la mahal,makanan kuantiti ciput je,kualiti siput....hahaaa.

Kalau kat kelantan makanan semua best...betul tak boleh tanding.Tak caya gak....meh ikut aku balik klate......


Jumaat, 4 April 2014

FiKiRkAn BoLeH

Assalamualaikum.....
Salam ceria buat semua insan-insan yang dikasihi.n3 kali ni saya nak share lirik lagu Fikirkan Boleh,yang mana saya yakin semua owang pun tau.Tapi kat sini saya sesaje nak imbaskan setiap bait kata dalam lagu ni yang boleh kitew semua nyanyikan sama-sama,riangkan hati sambil tuk naikkan semangat diri.

Wokey jom kitew sama-sama majukan diri.Saya boleh,awak boleh,kite semua boleh....Jom layannnnn....

FIKIRKAN BOLEH

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
 
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh..........

 



Ahad, 30 Mac 2014

NaK MaSak ApEW?

Pepagi lagi dah duk terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari kami sefamili ni.Sebenarnya aku dah habis idea kat dalam kepala untuk masak menu apa.Yer la main ari-ari duk masak sampai tak tahu nak masak per untuk......tak nak bagi menunya sama je selalu.Yang pasti apa yang aku masak kalu boleh semua orang dalam rumah boleh makan.

Dalam rumah aku ni setiap orang ada taste dia sendiri,ada yang alergi pada sesetengah makan.Macam suami aku tak boleh makan seafood,telur yang boleh sebabkan dia kena excema,gatai habih la makan tak pantang.Safiya semua boleh makan kecuali yang pedas.Amsyar plak tak makan sayur dan lauk yang dia mahu hanya ayam.Kalau takde ayam sanggup dia makan nasi ngan kuah je.Lauk lain dia xberape nak layan.Dan aku semua boley layan,makan tak memilih.Yang pasti kalu makan tu nak ada sayur @ ulam,wajib ada tau.

Macam Amsyar yang cerewet sangat aku terfikir gak,camne la kalu dia kena berada cam zaman susah aku time kecik2 dulu.Makan nasi berlaukkan ikan kering bakar dan sambal je.Ikan kering bakar,bukan ikan bakar tau.Bukan sambal yang best cam sambal belacan tu,cuma sambal yang ramuannya cili api tumbuk ngan garam kasar je.Tahan kau.Masa tu kesempitan yang amat.Mak aku tak boleh menoreh,musim hujan.Bapa aku plak kerja jadi pak guard kat kl.Gaji lambat masuk agi.Nak menunggu dia ngantor duit tu la seksa ngat.

Tu kisah aku dulu,yang boleh hidup ikut rentak kesusahan mak bapak.Anak aku kini......?bolehkah secekal aku?Insha Allah boleh kan.Cam Safiya senang aku tengok apa aku masak layan jer.

Okey ni dia menu yang selalu aku masak yang semua boleh santap.Sup ayam,ayam masak kurma,ayam goreng kunyit,ayam goreng kicap,sup sayur,tom yam,daging singgang,daging goreng kunyit,yang tentunya tak boleh pedas.

Untuk arini menu apa plak ekk?ikan kering bakarkah?




TeNTanG KaMi BuAT MasA Ni

hahaaa...kebetulan plak ada secotek masa untuk aku bertitih kat dalam diari erkk blog aku nih.Kalu ikutkan aku ni memang sentiasa sibut dan kalut sepanjang masa.Walau ku sedar xde sape sudi pun nak follow blog aku ni,tapi aku rajin kan jugak menaip dalam nih tuk kepuasan sendiri.Sibuk sangat sejak beranak 3 ni.Sungguh aku memang seteres gila2 woooo kadang dengan rutin mengurus family yang yang yang tak pernah habis2(choki choki tak habis2,iklan la plak).

No,aku tak mengeluh,tak nyesal pun jaga family walau penat camne pun....aku just nak luah je.Sebab aku manusia biasa,ada time normal ada time tak normal....maksud aku dari segi kestabilan emosi bukan akal ekkk.Kalau dah ari-ari buat rutin yang sama ada jugak rasa malas,bosan,jemu,hot n tiba2 bertukar jadi angry mum.....

Sabar....yer,jadi mak orang ni memang kena ada sifat tu.Kalau tak,tak yah sudi jadi bini orang yang gerenti menambah pangkat tuk jadi mak orang.Banyak benda dalam zon rumah kiter jer dah boleh teruji dengan macam2 hal.

Okey,musim cuti sekolah berakhir,anak jantan pun dah mula sekolah balik.Huhhh...lega plak bila dia start sekolah,bukan apa ada dia kat umah memang bising.Asyik nak cari pasal ngan Safiya.Pastu duk ngadap tv...kartun jer la kerja dia,buku dah xsentuh langsung.Ngadap tv plak mak oiii ...dekat sangat ngan skrin tv.Jenuh aku tegur kejap je dengar.Rosak mata tu kan baru tau!...

Okey bab pelajaran anak jantan aku Amsyar kini alhamdulillah semakin baik.Dulu aku risau sangat maklumlah darjah satu masa tu belum boleh membaca pun.Tapi kini membaca pun boleh malah selalu plak dapat hadiah dari cikgu sebab selalu boleh jawab soalan2 yang cikgu kemukan dalam kelas.Good boy.Syukur..... menjadi jugak produk homopati INTELIGENT IQ yang aku bagi kat dia.Lama jugak tau nak bagi betul2 berkesan,yang pasti jangan putus harapan tuk terus amalkan.

Safiya plak dah makin besar dan cerdik.Suka bergaya dah sekarang,pantang beli baju baru balik terus sarung kat badan.Baju plak nak sentiasa diseterika.Alat make up aku pantang letak,mesti dia sambar.Nama plak dah dia tukar sendiri2,kalu orang tanya namanya dia akan cakap nama Muhammad Afiya.Keliru ke haper nih,memandai nak bagi sama nama cam abang dan adiknya.Muhammad Afi Amsyar dan Muhammad Afi Ammar.Suka2 dia je kan,sedangkan nama yang maa dia bagi ni dah cantik pun.Numa Safiya,yang bermaksud cantik,lembut.

Anak bongsu aku plak dah masuk umur 10 bulan dah.Dah pandai panggil ma dan abah,tapi yang selalu disebutnya abah je.Maa nyer dipanggil time urgent nak nyusu je.Dah berani menjelajah ke segenap ruang dalam umah,walau sekadar merangkak je.Tapi tengok gaya tak lama lagi nak boley jalan dah ni.Yang tak tahannyer pantang ada benda kat lantai akan dikutip dan masuk mulut.Bab ni aku kena selalu beringat ler.

Sekarang pun dah jarang nak tidur lama2.Asyik nak main kerjanya,tengok sekali teringat kat abangnya masa kecil.Suka sangat main.Ni pun kalau kuar pantang nampak playground,meronta la nak main.

Bab bisnes kecil kami ni plak,alhamdullilah makin ramai yang datang.Aku ingat bulan Feb dah pecah rekod tertinggi paling ramai customer,tapi rupanya bulan ni lagi paling ramai.Macam tak cayer jer,syukur sangat2 atas rezeki ni.Memang aku akui kadang tak menang tangan nak handle.Orang datang silih berganti,sedangkan peralatan begitu terhad.Nampak gaya kami perlu lakukan perubahan dengan menambah aset.

Bertambahnya customer mungkin berkat susah payah en hubby aku mengedar risalah sebagai salah satu cara tuk orang kenal kedai kami.Pantang nampak kereta parking banyak2,walau mana tempat pun dia singgah selit kat keta2 orang.Kadang tengah cuaca panas terik mentari atas kepala plak tu.Aku dalam diam memang respect giler arr kat dia.Aku ni mana sanggup nak tebalkan muka wak macam tu.

Salah satu pengalaman suami aku citer kadang dia hulur risalah tu kat orang,orang tolak mentah2 je.Bagi aku apa salah ambik,belakang kami nak buang ke,keronyok ker lantak la.Tu orang yang negatif,yang positif plak, orang ni punya keta besar nampak gaya cam orang kaya bila laki aku bagi risalah dia siap puji kata bagus cara suami aku buat ni.Terus naik semangat tau.

Apapun segala usaha edar risalah ke kereta.ke rumah2,buat blog semuanya berbaloi2.Okey,jangan mudah berpuas hati.....kami masih perlu lebih gigih.kan....

Dan kini aku jugak duk merancang nak beli sauna.Lagi gedik aku nak beli bila customer tanya 'kat sini ada sauna tak'?huuuuuhuu,belum ada budget gi dik.Aku cakap camtu ha kat dalam hati..Harap pasni ni ada la duit khas tuk aku beli.Yer aku akui duit selalu masuk tapi aku guna untuk yang lebih penting dulu.Cam contoh balik kampung tengok almari kain mak aku rosak,tikar getah rosak.....jadi aku dahulukan tuk dia.Untuk dapatkan sauna juger aku dah tau nak dapatkan kat mana.Aku nak beli secara direct dari kedai baru puas hati dari beli online.Harap2 aku mampu capailah hasrat yang satu ni.



Selasa, 25 Mac 2014

PaBiLa Aku SeNdiRIan

Aduhhhhh......nape la malam ni susah sangat nak lelapkan mata.Masih jua mataku ini terkebil-kebil keseorangan,sedangkan en hubby dan anak-anak lena selena-lenanya.Tak tau nak buat camne daa nak bagi lelap,tak jugak datang mood ngantuk.Siang ari tadi aku tak tidur pun,sedangkan kalau tidur di siang ari memang la kebiasaannya mata aku masih segar bugar pada malamnya.Ini tidak......

Aku.....kalau mata tak lelap waktu malam mula la fikiran diterjah dengan pelbagai persoalan.Persoalan tentang apa?Tentang KEMATIAN.......selalu sangat datang benda2 ni dalam fikiran aku saat bersendirian terutama lewat malam(time xboley tido cenggini la) atau ketika aku tiba2 terjaga di malam ari.
 
Kadang datang perasaan rindu pada sanak saudara,jiran tetangga,rakan2 yang telah mengadap Ilahi.Macam mana mereka disana?Apa yang sedang mereka lalui kini?

Kenapa semua ni selalu bermain difikiranku?adakah usia aku semakin menghampiri penghujung.....entahhhh hanya Dia yang tahu.Masa perasaan itu datang aku jadi takut,takut dengan diri sendiri yang masih belum sempurna.Rasa belum bersedia yang amat.

Dan saat itu aku melayan-layan perasaan,terfikir bilakah ajalku?mati kerana apa?umur masa tu berapa?macam mana rasanya di alam kubur?Macam mana keadaan anak-anak dan suamiku nanti?ahhhh....macam-macam persoalan yang datang.Yang pasti semua tu buat aku takutttt. 

Kenapa aku takut?sebab utama kerana aku tahu setiap apa yang dilakukan di muka bumi ini pasti ada pembalasannya.Juga setiap yang hidup pasti mati.Dan aku tak meletakkan jaminan bahawa aku adalah insan yang solehah.Aku insan yang masih jahil,masih cetek amalannya.........Hati dan jasadku masih berperang untuk melawan segala kehendak yang melebihkan ke arah duniawi semata.

Ya Allah aku pohon padaMu bukalah pintu hatiku untuk jadi wanita yang solehah,wanita yang apabila matinya jaminan adalah syurga.Aku tak sanggup menempuh neraka jahanam.

Bimbinglah hatiku supaya,sentiasa dekat denganMu.Aku tak mau berterusan ingkar segala perintahMu,aku mahu tunduk sebagai hambaMu.....Insha Allah.......