Jadi macam biasa,minggu lepas kami satu family balik la kampung.Balik bercuti sambil bekerja gitu.Yer suami aku hanya cuti bekerja pada ari Jumaat sahaja.Jadi untuk panjangkan tempoh cuti tu suami aku mintak izin bos buat kerja luar pada ari Sabtu,jadi balik kapung 2 ari la kiranyerrrr.Iyer la sambil balik boley gak folow up barang2 yang prnah ditinggalkan sebelum ni kat pengedar2 disana kot dah laku ker,tau ada nak menambah barang agi ker.....takpun cari pengedar baru......
Malam nak balik kampung tu kami bertolak agak lewat sikit sebab ada customer datang.Jadi lepas customer balik kira-kira pukul 11.00 mlm lebih gitu,baru kami bertolak.Tu pun sampai kampung dah pukul 2.00 pg sebab berenti makan tengah jalan tadi.Tapi best balik malam tak panas.Anak-anak pun dah tido,tak riuh arr dalam kete.Kalau tak....bagai nak pecah kepala aku!!!
Hokeh,pagi Jumaat tu seperti yang aku bagitau kat suami sebelum-sebelum ni nak ajak pi shoping sikit...sikiiit ekkk,kat Rantau Panjang.Lagipun dah bincang sebelum ni ngan dia balik nak beli pakaian tuk kami semua.Penat lelah cari duit takkan nak perap kat bank aje,kuar la sikit buat berbelanja kannnn...bukan selalu, kadang-kadang,jarang-jarang gitu.Jom layan gambar yang tak seberape nih.
menghala ke laluan masuk
belok kiri
arah masuk takde kastam jaga,tapi untuk laluan kuar dieorang memang jaga-jaga kot-kot ada penyeludup beras ke hape ntah.Tak berape pasti...tetapi kadang kalo perlu derang akan suruh bukak bonet kete dan check barang2 kiter.Tapi tu masa aku gi dulu2 skang tak pun.Masa aku lalu ni ada pegawai-pegawai kastam pompuan yang jaga,masih muda-muda belaka.
posing tengah panas..hahaaaa,Safiya bergambor lagaknya cam pengantin baru duk sanding atas pelamin
nampak benda ni terus Safiya lari tinggalkan kitaorang kat belakang.Terkocoh-kocoh aku kejar...mengah nak oiii...
haa....yang besar pun tumpang sekaki main.Tak malu ke Abe Am?
yang buat aku rasa nak berlari pecut cam Safiya tadi.Rambang mata nengok,cam nak beli semua......
tiba-tiba ada yang mengadu dahaga singgah beli air kat akak ni jap.Abe Am mintak air milo,Safiya nak air kelapa.Aku ngan abahnya kongsi anak punya je lah.Bukan habies pun budak2 ni minum.Kalu beli sorang satu pun terjingkit2 nak bawak air lagi,nak belek2 barang agi.Sambil tunggu budak2 ni selesai minum sambil sembang ngan akak ni,duk ralit dengar dia criter pasal air sungai golok belakang rumah dia dah makin surut.Anak-anak dia petang2 duk berendam dalam tu jer.....panas sangat katanya....senang akak ni tak yah buat swiming pool kan?
dahaga sangat ler tu
ingat nak beli satu tuk Safiya,tapi sayang takde langsung size dia.Sedih dia masa ni,abang dan adik dah dapat dah sepasang sorang.Takpe nanti kite cari tempat lain.
pakat duk tilik rimau ni,belinya idak
mangga murah,mangga murah......berbaloi-baloi
pilih-pilih jangan tak pilih.Wak pulut mangga pun sedappp
murah sesangat mangga-mangga kat sini.Boleh makan sampai muntah.Rm 10.00 untuk 4 kg,wowww.Aku sendiri beli sampai 12kg.Bagi kat family mak aku,my mil,kak ipar dan sambil melawat mak sedara kasi kat dia gak.
ini budak sulah tensi.Ayuh balik....mungkin itu yang dia nak cakap.
Sambil drive nak balik suami bawak pusing kat bahagian belakang yang baru siap dibina.Kelihatan dah mula ada yang dah beroperasi.Tapi suasana nampak tak berapa meriah lagi la.
salah satu bazar baru yang ada.Ermmm...ok dah habis criter kat Rantau Panjang.Puas hati and next time nak datang lagi.Ada benda yang sangkut lagi nak beli tapi tak boleh nak berlama-lama sangat kat sini tak tahan jugak,cuaca panas membahang.Sian kat Ammar.Yang pasti aku enjoy sangat masa datang kat sini,puas hati shoping.Yes,shoping itu terapi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan