Sambungan dari part 2......suami aku kuar kerja ari ni.Tinggal aku ngan anak-anak kat umah mak aku.Time tak kuar gini aku tolong-tolong mak masak untuk makan tengahari.
ni yang kami masak menunya ikan bawal masam manis,ayam goreng kunyit,sayur air tembikai kecik(ia berbentuk kecik,cam tembikai gak aku fisrt time gak tengok),ulam-ulaman,yang wajibnya budu.
bukan air sirap tu yer,ni air roselle buatan sendiri.Spesel tuk suami yang aku buat,waktu panas-panas gini dapat minum air ni aaahhhh....nikmatnya.Pokoknya abah aku tanam kat belakang umah,geram gak aku tengok bunga-bunga dia,terus aku kutip buat jus.
atuknya melayan cucu,buat wau untuk Abe Am.Skang kan musim orang main wau.Dah aku belinya sebelum ni satu kat Ganu(gambar angry bird lagi),tapi aku sorok sebab ritu gaduh ngan Safiya.Kira ugut la,selagi perangai tak elok aku tak kasi.Now atuknya layan permintaan cucu,tu gambar kecik kat bawah tu susu getah tau.Atuknya tak guna gam pun......amacam kreatif tak?
Safiya tekun menunggu,mulut pot pet pot pet bercakap ngan atuk tak berenti-renti
sambil tengok atuk derang buat wau aku terpandang motor abah aku ni.Sayu tengok,dah uzur.Dalam hati aku terdetik,moga makin murahlah rezeki kami anak beranak,nanti dapatlah aku beli motor baru kat atuk mereka ni.Kalau boleh nak beli yang start ngan tangan jer,macam motor Ego S aku,tak perlu la abah aku guna kudrat sangat masa nak hidupkan enjin.Motor ni selalu meragam tau kata abah aku.Tengoklah nanti abah,ada rezeki lebih....Insha Allah jadi.Doakan anakmu sob sob sob......
sambil buat wau sambil nasihat cucu,menunduk je Abe Am dengar...tuk seketika jer tu atuk oooiiii budak tu insaf,pahni.....
gigih anak jantan aku ni main,orang duk tengok atuk buat wau dia duk main kereta antik kepunyaan Abe Am dulu-dulu.Tengok la pelapik punggung kete pun dah takde,Pak Cu layan jee....Pakai pampers saje masa ni,panas sangat.Ayuh Pak Cu tolak lagi,lagi..lagi..dan lagiii....hahaaaaa
wau atuk buat tadi dah siap Abe Am main sorang-sorang je.Safiya boring masuk rumah main kucing.Anak-anak aku semua suka kucing.Kucing ni ada 3 ekor anak,dan anak-anak aku plak dah bahagi sorang satu,buat anak angkat kononnya.Yang hitam ni anak kucing Safiya punya,Negro namanya sebab dia hitam hahaaaa...garang cam tuan dia gak si Negro ni.
Lebih kurang kul 2.00 ptg baru abahnya balik kerja.Makan hidangan tengah ari sama-sama ramai-ramai best ngat.Pastu rehatkan diri jap.Lepas Asar kuar gunting rambut Abe Am dan Ammar.
Malamnya selepas Maghrib bertolak la kami semula ke Terengganu.Tempoh cuti yang singkat tapi bermakna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan