ASSALAMUALAIKUM ..........

Rabu, 23 April 2014

TaHniaH SaFiYa!





Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan ku mengajar Safiya untuk FREE DIAPERS dalam umur tak sampai 3 tahun.Yes,dia dah free diapers....sesuatu yang aku fikir sukar namun Allah telah mempermudahkan.Tahniah sangat-sangat buat anak gadis maa coz tak menyusahkan  maa pun dalam proses nak membiasakan diri dengan situasi baru.

Maa bangga dengan cara Safiya,walaupun kalau nak dibandingkan anak-anak orang lain yang mungkin lebih awal lagi free diapers.Yer kalu ikutkan abang Am dulu-dulu umur 2 tahun dah free diapers dan hanya ambil masa 3 ari untuk betul2 free diapers.Sepanjang 3 ari 2 adala masalah terkucil n terberbuang lam suar.Tapi alhamdulillah dalam masa yang cukup singkat je dah boleh biasakan diri.

Tapi yang aku banggakan tentang Safiya stop je tak pakaikan pampers memang tak bikin masalah langsung pun pada aku .Takde masalah terkucil or melabur merata.Memam nak kencing ker,berak ker dia bagiatau awal-awal dan berkejaranlah kami berdua lari ke tandas......Aku mula-mula tu fikir sukar tapi sebenarnya ia jauh lebih senang dari apa yang aku fikir.

Sebenarnya dah lama aku nak ajar dia bab ni tapi aku masih kekurangan masa tuk fokus kat dia.Dah pernah cuba sebelum ni tapi ntah aku yang tak confident nak teruskan.Takut susahkan aku plk andai dalam proses dia free diapers nanti asyik mengemop lantai gara-gara terbabas lam suar.Lagipun masa tu adiknya sukar nak berenggang ngan aku.Nak bertempek kat aku je,jadi agak sukar la nak uruskan si kakak plak.

Kali ni entah dari mana datang nekad secara tiba-tiba dari dalam diri aku.Kebetulan Safiya pun selalu duk sebut nak sekolah dan nak masuk kelas mengaji.So aku gunakan ayat ni untuk pujuk dia,aku katakan kalo nak sekolah,nak ngaji dah tak boleh pakai pampers.Dia plak ngan muka hepi dan teruja nak sekolah tahun depan punya pasal,on kan je.Dan aku ajarlah cara-cara hidup dengan free diapers,nak kencing or berak kena kat tandas dan bla bla.......yes,dia mudah sangat terima ajaran.Cerdik sangat......,memuji jer kan bunyinya....untuk anak-anak baik lebihkan pujian dari kutukan.Baru dia ada keyakinan dan keberanian diri.Lagipun Safiya suka dipuji,dan dia mudah dengar kata bila setiap suruhan aku disulami pujian.

Sekarang boleh jimat dah duit tuk beli pampers.Hanya beli tuk Ammar je la pasni.Teringat lagi kata-kata yang mencuit hati dari Safiya....Angah cerdik sebab tak pakai pampers,acik je tak cerdik agi kencing dalam pampers!Uuuuu...sedap dia mengata adiknya,mentang-mentanglah kan dia dah lulus.Si adiknya dengar melopong sambil terkebil-kebil dengan muka tak paham haper...hiii





Tiada ulasan:

Catat Ulasan