Dalam duk sibuk menjaga family kcilku ni,dalam bergelak tawa bersama keluarga,dalam melayan kerenah mereka,terkadang ada gak satu perasaan rindu yang datang.Yang menyingkap masuk ke lubuk hati.Datang rasa rindu dalam diam....rindu pada siapa?
Yang aku rindu itu adalah kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidupku.Terkadang muncul kembali memori-memori bersama mereka.Sungguh akrab hubungan kami di tika itu.Tapi itu dulu,yang kini hanya tinggal kenangan sahaja.Untuk bersama-sama seperti dulu itu tidak mungkin....maklumlah masing-masing ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri terutamanya setelah masing-masing dah berkeluarga dan merantau jauh.
Ada yang hilang terus tanpa kabar berita,ada yang masih boleh kelihatan di fb,ada yang cam chipsmore kejap ada dan tiada....macam-macam.Entahlah sejak aku dok baca blog kak filla,blog meletop tu la the kasihs tu best sangat.Hubungan dia ngan kawan-kawannya seronok sangat.Sama dengan hubungan yang aku impi-impikan dari seorang kawan.Walau dah masing-masing kawen tetap boley kuar,jejalan dan buat aktiviti bersama tanpa melupakan rumahtangga.Aku like sangat2 kak filla tu,sempoi orangnya.
Berbalik ngan kawan-kawan aku tadi,sesungguhnya aku sentiasa ingat mereka.Namun ingatkah lagi derang pada aku...aku tak salahkan derang walau kadang aku rasa bagai dilupakan.Yang kawan rapat ada gak dalam fb,tapi yang aku tengok kawan yang gitu-gitu plak elok menegor dalam maya.Yang pernah rapat dulu-dulu,seolah macam tak nampak aku.Takpe aku faham....sapelah aku.
Macam ngan blog ni pun aku tak pernah bagitau kewujudannya pada sesaper yang dikenali.Kalo yang kenal dan tahu pun...bermakna orang tu ADA di sudut dihatiku.Betul....tak tipu.Okey ni plak aku nak kongsi tentang salah seorang dari kawan-kawan aku tu.Kawan yang aku kenal dalam setahun kot,masa duk perantauan tika bujang.Kawan yang ini adalah yang palingggg aku rindu sangat.Rindu sampai tahap boleh nangis.
Ciri-ciri orangnya...dia muda setahun dari aku.Dan dia kawan yang paling cantik dalam kategori kawan-kawan aku.Memang dia ni cantik sesangat,namanya Aziah orang panggil Angah je.Orangnya berambut lurus panjang,hitam,mengurai sampai pinggang,tinggi lampai macam model,putih dan muka ada ala-ala kacukan gitu.Orang Jeli,Kelantan.Kenangan dulu-dulu kalu aku jalan ngan dia memang boleh tengok la mata-mata jantan yang tak berkelip pandang dia.Yang mengorat pun ramai.Kelakar gak aku kadang tengok ragam dia mengelak dari romeo-romeo tu semua.
Aku bila bersama ngan dia aku boleh jadi diri aku sendiri.Kami satu kepala.Dia tak palsu.Ingat lagi satu kisah ngan dia pergi kedai makan,order kami lambat sampai.Masa tu Angah ni dahaga sangat,kebetulan masa tu ada separuh milo ais atas meja saki baki customer lelaki sebelum ni yang tak habis minum.Ngan selamba dia capai gelas berisi milo ais tu dan minum...kahhhkahhh...giler tu.Kalau aku tak sanggup nak minum air bekas orang yang tak kenal plak tu.Tapi engko bayangkan pompuan cantik macam dia buat macam tu.
Dia ni suka sangat pinjam dan melaram pakaian aku.Dia selalu cakap pakaian aku elok-elok je pada pandangan dia.Aku tak kesah semua tu sebab kami memang rapat.Gaya rambut aku yang pendek masa tu pun dia nak tiru,tapi aku tegah.Sebab bagi aku rambut panjang dia lagi cantik.Ok gak dia dengar kata.
Satu lagi kenangan dengan dia aku tak lupa,yang aku geli hati tentang dia.Ada satu cerita tu dia pergi kerja,lupa jalan balik rumah.Dia call aku suruh cakap ngan drebar syarikat tuk explain lokasi rumah coz dia tak ingat jalan balik.Sebenarnya sebelum call aku dah dua tiga tempat dia tuju tapi salah.....kahkakahhh.....adoii..senak perut dengan dia.Sebenarnya dah hampir 2 bulan kami duk kat rumah sewa tu,still dia leka coz selalunya dia balik ngan aku,jadi dia tau follow je.
Tapi itu kenangan yang dah berlalu antara aku dan dia.Kami berpisah pun dalam hubungan berada dalam kesuraman kerana orang yang mencemburui keakraban kami.Aku pergi tanpa sempat baiki segalanya.Dan bila di hati terdetik untuk menjejaknya aku tak tau nak bermula di mana.Kerana saat bersamanya dulu aku tak menjangka kami akan berpisah,aku hanya tau dia asal dari Jeli.Lain-lain maklumat cam contoh sekolah&kampung dia yang pernah dia gitau pun aku tak ingat,mungkin kerana aku tak begitu cakna masa tu.Kerana aku tak menjangkakan kami akan berpisah jauh.
Sesiapa yang terbaca entry ni,kot-kot kenal ngan orang seperti ciri-ciri yang aku bagitau kat atas,sila bagitau aku ekkk.Aku nak sangat jumpa dia.Dalam diam aku harap sangat antara kami masih ada jodoh untuk bertemu semula dan baik serta rapat seperti dulu.Kat mana la dia sekarang,dah kawin kah?Harap dia juga tak lupakan aku dan mengingati aku sepertimana aku mengingati dia.
Kadang terlintas juga dalam kepala aku,bila rindukan dia...aku seolah nak kembali ke tempat kenangan kami bersama.Mengimbas segalanya.....Tapi keadaan belum mengizinkan.Ya Allah pertemukanlah kami........Amin.
Rabu, 7 Mei 2014
Isnin, 5 Mei 2014
DiEt La Ni KoNoN
Alhamdulillah....arini baru ada sedikit mood untuk jari jemariku menari menaip sepatah dua kata.Walau aku tau blog ni tak gemilang pun dan aku just dapat menaip bagi kepuasan sendiri pun dah cukup.Macam aku kata tadi takde mood kebelakangan ni,dah kenape?Huhukhuks....aku sebenarnya moody campur stres berat badan belum nak turun-turun.Ala 4kg je lagi nak sampai berat asal,tapi yang 4kg tu gak yang sukar aku lupuskan....uaargghhh,nyampahnyer!
Memang.....aku ada amalkan satu produk tu.Ada gak perubahan,tapi yang masalahnya bila aku punya selera makan berganda-ganda takde maknanya gak semua tu.Aku tak salahkan produk tu,yang salahnya aku.Aku ni haa,sedap ati sangat,harap produk tu dapat hapuskan lemak-lemak degil aku sedangkan dalam waktu yang sama aku, top up lemak lain berganda-ganda dari yang sepatutnya....haru cenggini.
Aku pun tak pasti kenapa selera makan aku skang mak ooiii nak jee....Ada-ada jer menu-menu best yang terbit kat kepala seolah memberi inspirasi untuk aku melantak.Yang lebih teruk,aku sekarang dah mula minum minuman berais,berkarbonat,berkafein seolah dah jadi tabiat.Sedangkan dulu aku tak minum minuman kategori sebegini.Nah skang walau aku cuba kawal pun tetap jugak kalah.
Cara makan aku kini memang tak terkawal,takde disiplin.Semua ni bermula seingat aku masa start ngandungkan si bongsu tu sampai la sekarang still begini.Sekarang aku payah nak baiki balik,jaga cara makan.Akibatnya badan gelebeh sana sini,perut moncit ke depan.Azam nak kurus dah ke laut.Azam aku cenggini je aku letak,kaya,berjaya dan bergaya...lalalaa..
Tapikan...tapikan bila tengok orang lain slim baru aku nak insap...hehehhh,hati siapa yang meruntun masa tu bila tengok body orang cam kerengga?haku gak kan...padan muka,makan lagi,makan lagi dan lagi..huwaaa tak nak dah.Aku nak jugak cuba untuk KURUS dan kembali ke berat asal 47kg.Mampu kau?Errkk...konpius jap,nak angguk ke geleng.
Okey buat permulaan skang ni aku cuba mengtiadakan stok-stok makanan kat dafur.Yang ada hanya buah-buahan je.Dan aku kini tak lagi gigih buat kuih muih yang lemak bersantan,manih-mahih tu.Kek dan miskut pun tak buat dah,sebab kalo aku buat semua tu gerenti-gerenti aku jugak yang kuat mencekik.Lagi sedap lagi banyak aku hadap.Bab masakan berkaitan ngan nasi plak aku masak lauk pauk sesimple yang boleh tapi berkhasiat tuk semua orang dalam umah ni.Juga kurangkan penggunaan minyak.Dan masak dalam kuantiti cukup-cukup makan.Takut ada lebihan aku sayang,dan aku gak yang mencekik.Alasan takut membazir,baik tak aku?
Okey tu je sedikit sebanyak titik permulaan diet aku untuk slim balik.Nak kaya,berjaya(azam ni untuk poket) dan bergaya(azam ni tuk penampilan) kena berani berkorban.Tapi ayat ni takde kaitan ngan peribahasa biar papa asal bergaya.Biarkan makanan-makanan sedap itu berlalu bak angin lalu..cehhh.Aku boleh!
Memang.....aku ada amalkan satu produk tu.Ada gak perubahan,tapi yang masalahnya bila aku punya selera makan berganda-ganda takde maknanya gak semua tu.Aku tak salahkan produk tu,yang salahnya aku.Aku ni haa,sedap ati sangat,harap produk tu dapat hapuskan lemak-lemak degil aku sedangkan dalam waktu yang sama aku, top up lemak lain berganda-ganda dari yang sepatutnya....haru cenggini.
Aku pun tak pasti kenapa selera makan aku skang mak ooiii nak jee....Ada-ada jer menu-menu best yang terbit kat kepala seolah memberi inspirasi untuk aku melantak.Yang lebih teruk,aku sekarang dah mula minum minuman berais,berkarbonat,berkafein seolah dah jadi tabiat.Sedangkan dulu aku tak minum minuman kategori sebegini.Nah skang walau aku cuba kawal pun tetap jugak kalah.
Cara makan aku kini memang tak terkawal,takde disiplin.Semua ni bermula seingat aku masa start ngandungkan si bongsu tu sampai la sekarang still begini.Sekarang aku payah nak baiki balik,jaga cara makan.Akibatnya badan gelebeh sana sini,perut moncit ke depan.Azam nak kurus dah ke laut.Azam aku cenggini je aku letak,kaya,berjaya dan bergaya...lalalaa..
Tapikan...tapikan bila tengok orang lain slim baru aku nak insap...hehehhh,hati siapa yang meruntun masa tu bila tengok body orang cam kerengga?haku gak kan...padan muka,makan lagi,makan lagi dan lagi..huwaaa tak nak dah.Aku nak jugak cuba untuk KURUS dan kembali ke berat asal 47kg.Mampu kau?Errkk...konpius jap,nak angguk ke geleng.
Okey buat permulaan skang ni aku cuba mengtiadakan stok-stok makanan kat dafur.Yang ada hanya buah-buahan je.Dan aku kini tak lagi gigih buat kuih muih yang lemak bersantan,manih-mahih tu.Kek dan miskut pun tak buat dah,sebab kalo aku buat semua tu gerenti-gerenti aku jugak yang kuat mencekik.Lagi sedap lagi banyak aku hadap.Bab masakan berkaitan ngan nasi plak aku masak lauk pauk sesimple yang boleh tapi berkhasiat tuk semua orang dalam umah ni.Juga kurangkan penggunaan minyak.Dan masak dalam kuantiti cukup-cukup makan.Takut ada lebihan aku sayang,dan aku gak yang mencekik.Alasan takut membazir,baik tak aku?
Okey tu je sedikit sebanyak titik permulaan diet aku untuk slim balik.Nak kaya,berjaya(azam ni untuk poket) dan bergaya(azam ni tuk penampilan) kena berani berkorban.Tapi ayat ni takde kaitan ngan peribahasa biar papa asal bergaya.Biarkan makanan-makanan sedap itu berlalu bak angin lalu..cehhh.Aku boleh!
Sabtu, 26 April 2014
SoFa ImPiAn
alahai.....cantik sangat,berkenan sesangat!Uurrmmm.....mesti mahalkan.Eeee....aku kalo tengok sofa jenis L shape memang dup dap dup dap.Nakkk sgt.....(jerit kuat-kuat)Ada duit ke?Tak pun.....(ngan nada slow) tapi tak salah kan untuk suka,untuk memasang impian dan untuk cuba memiliki...yess.Setiap insan perlu ada impian,ada matlamat baru ada tujuan dalam mencapai sebuah kejayaan.
Insha Allah nantilah aku cuba cari duit banyak-banyak,simpan bawah bantal pastu dah cukup aku beli...hiiii......Hokeh tetiber terdetik plak pasai ni,aku kadang-kadang kecewa gak jenis manusia yang suka pandang rendah tentang impian orang lain.Bajet diri dia tu hebat,cam dia jer mampu.Memang aku jenis jiwa mudah sensitif, so luluh gak ati jumpa orang yang cenggini.
Bila kita kongsi impian kiter,dia caras.Bila time dia bla..bla..bla kiter tak kata aper,dengar jer.Redha jer la.....Untuk peringatan diri sendiri,jangan sesekali pandang rendang diri orang lain.
Khamis, 24 April 2014
AnAk BoNgSu Di UsiA 11 BulaN
Ammar yang terkini...tengah tidooo....eh tak la seringkas tu cerita terkininya.Memang dia tengah tidur ni,dapatlah menaip-naip jap.Kalau dia tak tidur tak mampu i nak hadap pc ni ngan tenang.Kerana yang pasti jika dia tak zzzz... dia akan tumpang taip sekali dan siap duduk atas keyboard ni.Baru tampak ganas kan hiiii.
Dah masuk 11 bulan pun umur dia,syukur alhamdulillah.Skang dia tak bam bam dah.Timbangan yang terbaru 9.3kg....Bab makan plak tak seberapa mana ku tengok.Tapi dia suka minum air masak,selalu je minum.Dahaga kot,skang kan musim panas.Susu ibu tak cukup kot wak penghilang dahaga tambah-tambah kuat main,selalu arr kering tekak.
Masih agi ngan hobinya yang sama,main air.Aku boley cakap 10 kali sehari sampai kot dia mandi dan main air.Setiap kali sesape masuk toilet nak mandi dia terkocoh-kocoh follow masuk sekali.Kalo buat tak bagi masuk nanges, kemahen meggelupur kat depan pintu tandas.....kesian so hangkut gak masuk mandi sekali.Selalu yang layan camtu abahnye lah.
Dapat mandi,main air senyum je dia...hiiii geram nak cubit pipit dia masa tu.Comel ngat nengok muka hepi nya tu.Tapi yang seramnya time nak angkat kuar bila dah lelama sangat lam bilik air.....mengamuk sakan tak nak berenti dan berpisah ngan aktiviti dia tuh huuuuhhhhh.
Salah satu perangainya yang aku senang hati bangat,dia boleh duk atas car seat masa aku drive ngan sopan tanpa banyak ragam.Sebenarnya dah hampir 2 minggu aku mulakan aktivit ulang alik ambik Abangnya kat sekolah.Selama ni time rehat abahnya akan ambik abang Am kat sekolah tapi lambat sikit,jadi mengadu la si anak boring menunggu.Kesian plak dengar aku terpaksa la gi ambik ngan bawa anak-anak yang lain sekali.
Memulanya takut Ammar janggal duk atas car seat sesorang...tapi sebenarnya dia good sangat!Tentang Safiya takyah pikir banyak,dia duk diam je kat belakang.Asalkan aku pastikan pintu kena tutup dan kunci jew.Now senang aku nak gerak ke mana-mana tanpa bergantung pada husband,letak je Ammar sebelah dah boleh jalan.Dapat bawak anak-anak kuar window shoping,bawak gi playground,gi klinik macam-macamlah... seronokkkk,boley berdikari gitu maknya.
Rabu, 23 April 2014
TaHniaH SaFiYa!
Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan ku mengajar Safiya untuk FREE DIAPERS dalam umur tak sampai 3 tahun.Yes,dia dah free diapers....sesuatu yang aku fikir sukar namun Allah telah mempermudahkan.Tahniah sangat-sangat buat anak gadis maa coz tak menyusahkan maa pun dalam proses nak membiasakan diri dengan situasi baru.
Maa bangga dengan cara Safiya,walaupun kalau nak dibandingkan anak-anak orang lain yang mungkin lebih awal lagi free diapers.Yer kalu ikutkan abang Am dulu-dulu umur 2 tahun dah free diapers dan hanya ambil masa 3 ari untuk betul2 free diapers.Sepanjang 3 ari 2 adala masalah terkucil n terberbuang lam suar.Tapi alhamdulillah dalam masa yang cukup singkat je dah boleh biasakan diri.
Tapi yang aku banggakan tentang Safiya stop je tak pakaikan pampers memang tak bikin masalah langsung pun pada aku .Takde masalah terkucil or melabur merata.Memam nak kencing ker,berak ker dia bagiatau awal-awal dan berkejaranlah kami berdua lari ke tandas......Aku mula-mula tu fikir sukar tapi sebenarnya ia jauh lebih senang dari apa yang aku fikir.
Sebenarnya dah lama aku nak ajar dia bab ni tapi aku masih kekurangan masa tuk fokus kat dia.Dah pernah cuba sebelum ni tapi ntah aku yang tak confident nak teruskan.Takut susahkan aku plk andai dalam proses dia free diapers nanti asyik mengemop lantai gara-gara terbabas lam suar.Lagipun masa tu adiknya sukar nak berenggang ngan aku.Nak bertempek kat aku je,jadi agak sukar la nak uruskan si kakak plak.
Kali ni entah dari mana datang nekad secara tiba-tiba dari dalam diri aku.Kebetulan Safiya pun selalu duk sebut nak sekolah dan nak masuk kelas mengaji.So aku gunakan ayat ni untuk pujuk dia,aku katakan kalo nak sekolah,nak ngaji dah tak boleh pakai pampers.Dia plak ngan muka hepi dan teruja nak sekolah tahun depan punya pasal,on kan je.Dan aku ajarlah cara-cara hidup dengan free diapers,nak kencing or berak kena kat tandas dan bla bla.......yes,dia mudah sangat terima ajaran.Cerdik sangat......,memuji jer kan bunyinya....untuk anak-anak baik lebihkan pujian dari kutukan.Baru dia ada keyakinan dan keberanian diri.Lagipun Safiya suka dipuji,dan dia mudah dengar kata bila setiap suruhan aku disulami pujian.
Sekarang boleh jimat dah duit tuk beli pampers.Hanya beli tuk Ammar je la pasni.Teringat lagi kata-kata yang mencuit hati dari Safiya....Angah cerdik sebab tak pakai pampers,acik je tak cerdik agi kencing dalam pampers!Uuuuu...sedap dia mengata adiknya,mentang-mentanglah kan dia dah lulus.Si adiknya dengar melopong sambil terkebil-kebil dengan muka tak paham haper...hiii
Jumaat, 18 April 2014
MeNgErTiLaH
indahnya tarbiyah dari Allah
yang jauh Allah dekatkan
yang lalai Allah ingatkan
ketika aku memohon kekuatan
Allah memberikanku kesulitan....
sehingga aku kuat
ketika aku memohon kebijaksanaan
Allah memberikanku masalah untuk dipecahkan
ketika aku memohon kesejahteraan
Allah memberikan aku akal untuk berfikir
ketika aku memohon keberanian
Allah memberikanku bahaya untuk aku atasi
ketika aku memerlukan cinta
Allah meng`adakan mereka buatku
ketika aku memohon bantuan
Allah memberikanku kesempatan
ketika aku tak pernah menerima
apa yang aku pinta
tapi aku menerima apa yang aku perlukan ....
yang jauh Allah dekatkan
yang lalai Allah ingatkan
ketika aku memohon kekuatan
Allah memberikanku kesulitan....
sehingga aku kuat
ketika aku memohon kebijaksanaan
Allah memberikanku masalah untuk dipecahkan
ketika aku memohon kesejahteraan
Allah memberikan aku akal untuk berfikir
ketika aku memohon keberanian
Allah memberikanku bahaya untuk aku atasi
ketika aku memerlukan cinta
Allah meng`adakan mereka buatku
ketika aku memohon bantuan
Allah memberikanku kesempatan
ketika aku tak pernah menerima
apa yang aku pinta
tapi aku menerima apa yang aku perlukan ....
Rabu, 16 April 2014
AkTiviTi TiMe bAlek KaPung (part 3)
Sambungan dari part 2......suami aku kuar kerja ari ni.Tinggal aku ngan anak-anak kat umah mak aku.Time tak kuar gini aku tolong-tolong mak masak untuk makan tengahari.
ni yang kami masak menunya ikan bawal masam manis,ayam goreng kunyit,sayur air tembikai kecik(ia berbentuk kecik,cam tembikai gak aku fisrt time gak tengok),ulam-ulaman,yang wajibnya budu.
bukan air sirap tu yer,ni air roselle buatan sendiri.Spesel tuk suami yang aku buat,waktu panas-panas gini dapat minum air ni aaahhhh....nikmatnya.Pokoknya abah aku tanam kat belakang umah,geram gak aku tengok bunga-bunga dia,terus aku kutip buat jus.
atuknya melayan cucu,buat wau untuk Abe Am.Skang kan musim orang main wau.Dah aku belinya sebelum ni satu kat Ganu(gambar angry bird lagi),tapi aku sorok sebab ritu gaduh ngan Safiya.Kira ugut la,selagi perangai tak elok aku tak kasi.Now atuknya layan permintaan cucu,tu gambar kecik kat bawah tu susu getah tau.Atuknya tak guna gam pun......amacam kreatif tak?
Safiya tekun menunggu,mulut pot pet pot pet bercakap ngan atuk tak berenti-renti
sambil tengok atuk derang buat wau aku terpandang motor abah aku ni.Sayu tengok,dah uzur.Dalam hati aku terdetik,moga makin murahlah rezeki kami anak beranak,nanti dapatlah aku beli motor baru kat atuk mereka ni.Kalau boleh nak beli yang start ngan tangan jer,macam motor Ego S aku,tak perlu la abah aku guna kudrat sangat masa nak hidupkan enjin.Motor ni selalu meragam tau kata abah aku.Tengoklah nanti abah,ada rezeki lebih....Insha Allah jadi.Doakan anakmu sob sob sob......
sambil buat wau sambil nasihat cucu,menunduk je Abe Am dengar...tuk seketika jer tu atuk oooiiii budak tu insaf,pahni.....
gigih anak jantan aku ni main,orang duk tengok atuk buat wau dia duk main kereta antik kepunyaan Abe Am dulu-dulu.Tengok la pelapik punggung kete pun dah takde,Pak Cu layan jee....Pakai pampers saje masa ni,panas sangat.Ayuh Pak Cu tolak lagi,lagi..lagi..dan lagiii....hahaaaaa
wau atuk buat tadi dah siap Abe Am main sorang-sorang je.Safiya boring masuk rumah main kucing.Anak-anak aku semua suka kucing.Kucing ni ada 3 ekor anak,dan anak-anak aku plak dah bahagi sorang satu,buat anak angkat kononnya.Yang hitam ni anak kucing Safiya punya,Negro namanya sebab dia hitam hahaaaa...garang cam tuan dia gak si Negro ni.
Lebih kurang kul 2.00 ptg baru abahnya balik kerja.Makan hidangan tengah ari sama-sama ramai-ramai best ngat.Pastu rehatkan diri jap.Lepas Asar kuar gunting rambut Abe Am dan Ammar.
Malamnya selepas Maghrib bertolak la kami semula ke Terengganu.Tempoh cuti yang singkat tapi bermakna.
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)








