ASSALAMUALAIKUM ..........

Rabu, 31 Disember 2014

WARNA WARNI 2014

Aku pun tak terlepas dari buat entry last year.Kebetulan,masa ni tengah free.Safiya dan Acik tidur awal siket malam ni.Belum pukul 9 dah lelap.Abe Am plak duk ngadap movie kat tv3,citer Real Steal.Syok habes la tuh,sampai tak toleh sikit pun kat maknyer ni!Abahnya plak ada kat kedai tuh,layan customer.

Dari angka 2014 esok dah jadik 2015.Mungkin sekarang ni ramai yang tengah banyak duk mengatur azam,yang debom punya.Dan aku pun ada azam gak untuk tahun 2015.Cuma.....mood dan semangat aku dihujung taun ni agak hambar la.Azam ada,tapi seolah azam tanpa jiwa.Mungkin banyak sangat perkara-perkara sedih menimpa penghujung Disember.Bermula dengan kabar mengejut tentang arwah abang ipar mati lemas(masa dpt brta ni menggigil 1 badan),bersambung ngan bencana banjir yang keluarga aku sendiri terlibat.Owhhhh,ia sesuatu yang cukup menggoyahkan semangat aku.

Pasal family aku,mungkin dah ok kot.Sempat bersms ngan abang aku dah.Nak call takde line kot tu yang dia sms je.Takpe aku nak balik jengok mereka dah ni,barang keperluan pun dah ready dah.Siap beli untuk mertua dan kak ipar sekali.Harap boleh meringankan beban mereka.Kite orang pun bukannya kata banyak uwang sangat,tapi bolehla........Tak cukup untuk kami takpela janji mereka okey.

Apepun,harapanku agar semua orang baik-baik ajer.Warna warni tahun 2014 kita tinggalkan.Yang elok kita jadikan kenangan,yang buruk jadikan pengajaran.Jom sama-sama realisasikan azam baru kita agar tercapai dengan jayanya di tahun 2015.Selamat malam semua.Salam kasih sayang dariku.......






Isnin, 29 Disember 2014

SEISI PERSEKOLAHAN 2015 SELURUH NEGARA DITANGGUHKAN

Kehilangan pesawat AirAsia QZ8501......?Macam mana lah plak nasib mereka penumpang-penumpang dan kru pesawat ni.Huhhh...macam-macam,cukup menjentik hati dan perasaan orang yang emosi macam aku ni.Tapi kalau ikutkan hati ni kesedihannya lebih menebal dan lebih terkesan terhadap bencana banjir yang berlaku di pantai timur ni.

Tengok berita lam tv seisi persekolan tahun 2015 telah dilanjutkan seminggu lagi.Elok sangat la tu,tapi lagi elok kalau ditangguhkan lagi lama,cam 2 weeks ke...heheheee.Bagi betis nak peha kan?Bukan ape kalau di pikirkan macam banyak sangat kerosakkan harta benda yang berlaku di merata-rata,sempat ke mangsa banjir ni nak pulihkan keadaan mereka.Tu tak campur ngan emosi lagi.Setengah mangsa tu plak sampai hilang rumah terus.Acaner tu?



Sekolah telah diumumkan akan bermula 11 Januari 2015 bagi negeri Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor.Untuk lain-lain negeri plak bermula 12 Januari 2015.Sila amek perhatian yer.

Macam aku ni,fikir-fikir balik mujur la jugak barang-barang keperluan sekolah anak dah ready awal-awal.Kalau tak memang tak hader mood pun nak soping dengan keadaan skang nih.Ditambah plak sekarang Abe Am budak sekolah yang bakal naik darjah 3 taun depan tu demam.Dah 3 ari demam,bawak gi klinik dah.Tapi lambat la nak sembuh kalau dah jenis payah telan ubat.Minum air masak pun tak nak,makan lagi tak mau,selera dah kelaut kot.Hiii...Abe Am ni susah sangat nak bagi kerjasama.Awak tak sihat,maa jugak yang susah hati.

Sebelum dia demam,Safiya yang kena demam dulu.Tapi 1 ari je tempoh Safiya demam,coz dia rajin makan ubat.Orang nasihat suruh minum air masak,dia ikut je.Kadang dia sendiri yang mintak.Kan senang mcacam tu.Apepun hope Abe Am laju-laju sembuh dan cergas serta bersemangat sebelum sekolah dah open balik.Huhuuu macam tak percaya tahun depan anak sulung dah darjah 3.Kelas ngaji Al- Quran dah banyak ari tak hadir.Sila cepat sembuh yer.

Ahad, 28 Disember 2014

AZAM 2015?

Catatan untuk arini......semalam ke rumah kenalan untuk memberi sedikit sumbangan buat membantu urusan petugas-petugas banjir kat Bukit Panau.Dia tinggal tak jauh pun dari rumah kami.Kenalan tu anak jati Bukit Panau jugak.Dialah wakil pemberi info buat anak perantau tentang keadaan semasa banjir kat tempat kami.Dia masih ada di Terengganu sekarang,tapi dia ada informer yang masih boleh berhubung di sana.Dah kebetulan jumpa duk sembang-sembang la kan.Ada beberapa cerita yang menyayat hati kami dengar,yang dia tak tunjuk pun dalam fb.Takut memburukkan keadaan.Sedih,pilu sangat.....

Kami dimaklumkan jalan balik ke Tanah Merah menuju kampung kami hanya kereta 4x4 je yang boleh lalu.Sebab struktur jalan ada yang elok ada yang still berselut dan ada air.Agar sukar untuk kereta biasa menempuh laluan tersebut.Aku tak sabar nak balik dah ni.Untuk arini masih lagi tak dengar suara mak dan abah.Hope bantuan makan minum untuk mereka sampai ke perut seperti yang di khabarkan.Ada terbaca komen-komen orang dalm fb,mangsa banjir bagitau ada petugas banjir memberi bantuan makanan dengan mendahulukan anak beranak dia dulu.Ada jugak macam tu ekk!

Okey,sumbangan kecil yang kami beri harap membantu mereka semua,walau nilainya tak sebesar mana.Saat ni la yang buat aku sedar perlunya kami bekerja keras,cari duit banyak-banyak supaya boleh bantu keluarga yang susah,saudara islam yang susah.Ini sebab yang kukuh kenapa aku perlu jadi kaya.Bukan kerana tamak haloba,bukan kerana untuk kepentingan peribadi.Aku hanya ingin berkongsi.Memang duit bukanlah segala-galanya,tapi segala-galanya memerlukan duit.Ya Allah murahkanlah rezeki kami.

Kalendar untuk 2014  beberapa ari lagi akan menutup tirai lalu menjengah ke tahun baru iaitu tahun 2015.Di mana bagi aku penghujungnya cukup menyentap hati dengan musibah yang berlaku di pantai timur.Takpe,kita masih diberi peluang untuk bernafas.Sama-samalah kita mulakan hidup baru.Perbaiki segala amalan.Semoga sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.




Untuk tahun 2014 banyak memori suka duka ditempuh.Namun alhamdulillah ada beberapa impian kami suami isteri telah tercapai.Suker sangat....Untuk azam tahun depan aku sasarkan untuk mencapai tutttttttt.......tak bleh citer.Dah tercapai bru blh cakap.Besar target aku tu,mampu tak?Insya Allah...moga diberi rezeki kesihatan dan hati yang cekal untuk aku merealisasikan azam ni.Berjuang untuk  kehidupan di dunia selagi masih bernyawa.

Semoga bekalan untuk akhirat aku tak lupa.Ya Allah jadikan aku insan yang beriman kepadaMu.Hapuskanlah aku dari sifat-sifat mazmumah.Jauhkanlah aku dari seksa api naraka....





HANYA MIMPI

Sudah sekian lama aku simpan semua kisah ni dalam hati.Tak pernah citer kat sape-sape pun.Lepas berkahwin,baru aku kongsi semua ni dengan suami.Yer,hanya dia sorang jer tau.Lagipun ia sekadar mimpi.....yang aku rasa tak perlu nak dipandang serius sangat.Just dream....Mungkin sebab tidur tak basuh kaki dulu..hiiihiii..

Sekarang ni pun aku citer sekadar mencatat secebis kenangan dan meluah ape ada dalam hati je.Kalau ikutkan aku tak berani nak kongsi semua ni ngan orang.Tapi untuk dalam blog ni ok kot sebab aku bukan ada ramai folower pun.Bukan orang kesah pun....

Okey,dimulakan cerita...masa tu aku dalam umur 19 tahun.Aku dapat mimpi ni masa musim hujan penghujung bulan Disember.Masa tu biasalah,hujan memang tak berhenti-henti.Satu malam waktu tidur aku mimpi tengok air penuh sekeliling aku.Air aku kira cecah takat pinggang orang dewasa.Suasana masa tu cerah tanpa hujan.Tiba-tiba aku nampak manusia bergelimpangan.Tak bergerak.Ramai....tak terhitung,sedang terapung dalam air.

Aku kira semua mereka tu dah mati dan yang aku hairan kenapa badan mereka aku tengok hitam?Macam melecur.Aku takut sangat masa tu.Takut yang amat.Kenapa dengan mereka semua ni?Aku menangis ketakutan.Dan tetiba aku tersedar dari tidur dan mimpi aku automatik lenyap.Namun rasa penuh ketakutan dalam mimpi tu tetap lagi aku rasa.Terbuai sekali ngan perasaan sedih yang aku sendiri sukar nak ungkap.Aku menangis teresak-esak pagi tu.Serta merta mood aku aritu kosong,dan disulami persaan tak sedaphati.

Dalam kepala tertanya-tanya,tentang mimpi tu.Mati lemas ke mereka semua?tapi kenapa mayat hitam?kenapa air melimpah banyak,sedangkan cuaca cerah?Dan masa terus berlalu....dan aku anggap mimpi tu mainan tidur sahaja.Seterusnya,setahun kemudian 26 Disember 2004 dunia digemparkan dengan kejadian tsunami.Kejadian tu telah meragut ramai nyawa manusia.Yang pasti semua orang takkan lupa.Yang aku terkejut keadaan mayat mangsa tsunami dan suasana lepas tsunami sama dengan mimpi aku alami tu.Ya Allah..hanya Kau yang mengetahui segala yang tersirat itu.

Cerita seterusnya,mimpi ni dapat dalam tahun ni jugak.Tapi tak ingat bulan berapa.Aku mimpi angin,ribut dan hujan di tepi pantai  yang aku kira suasana macam di pantai Terengganu.Tak macam tsunami,tapi ombak tu kuat memukul pantai.Dengan hujan lebat,angin yang kuat.Semua orang sibuk larikan diri.Rasa takut tengok tu semua terbawa-bawa sampai aku tersedar dari tidur.Mimpi ni terus aku biarkan berlalu...

Dalam musim bah ni jugak tengok dalam paper kalau tak silap di pantai rusila,marang pantainya terhakis dipukul ombak.Aikkk,kenapa...kenapa lebih kurang sama ngan mimpi aku....ah biarkan,perasaan ku je kot.

Selepas dari mimpi tu,aku mimpi plak yang menakutkan lagi.Kali ni takut yang amat.Rasa macam dalam suasana nak kiamat.Rasa macam nyawa di hujung tanduk.Mimpi cam ribut,hujan,air yang makin naik dan manusia semua berlari ke tempat tinggi.Anak ,ibu,bapa,isteri terpisah.Masing-masing kalut nak selamatkan diri.Dalam pada tu nampak ada bayi.Aku nampak kereta tenggelam.Aku tengok air yang banyak,naik ke tahap bangunan tinggi bertingkat-tingkat.Setingkat demi setingkat air naik.Tiang elektrik patah menjunam ke bumi,hampir menimpa manusia.Dan manusia lari dalam huru hara.Habis bangunan diselami air,manusia cuba memanjat bukit pula.Dan yang memanjat bukit itu juga termasuk aku.

Dan aku tersedar dengan linangan air mata.Sedih dan takut yang amat.Menggigil dan takut pada Pencipta.Jiwa datang rasa insaf yang amat.Susah nak gambar perasaan masa tu.Bila teringat balik rasa nak nangis.Kali ni pun aku tertanya-tanya tentang mimpi ni.Dan kebetulan jugak kawan suami aku pun ada mimpi sama ngan aku.Okey dia pasti faham apa aku juga rasa.

Kini.....berlaku banjir besar di belah pantai timur.Astargfirrullah halazim,gambarannya hampir sama dengan mimpi aku.Subhanallah....Apa rahsia disebalik semua ini Ya Allah....

Ahhhh.....semua ni hanya mimpi,yang hanya mimpi....Mungkin ia sekadar kebetulan......lupakan......

AMBIK KESEMPATAN

Ni dapat tau pun dari fb jer,tengok orang punya status,punya komen maka dapat la jugak sedikit info tentang kampung aku.Nak berhubung ngan family tak dapat,elektrik still takde lagi.Mereka-mereka yang masih boleh jadi informer(dlm fb) tentang situasi di kampung,....coz tepon diaorang bercas.Cas guna bateri kereta dengarnye.So dapatla jugak mereka kongsi info-info terkini keadaan mangsa banjir di sana.Terima kasih banyak-banyak.

Info aku dapat untuk arini  jalan ke Tanah Merah dah boleh lalu untuk semua kenderaan.Semua penduduk dah balik ke rumah masing-masing.Cuma yang tak best aku dengar kat sana takde bekalan air bersih.Bekalan makanan dalam kedai terdekat pun takde.Setengah orang yang ada kenderaan akan kuar cari bekalan untuk dibeli kat Jerteh nun.Nak isi minyak kereta plak kena ke Machang.Urrrmm,sukar jugak tu.Harap kat umah mak masih tersimpan elok beras dan bahan makanan yang lain.

Aku pun teringin nak balik,tapi suami kerja.Nak mintak cuti pun,segan plak.Baru je cuti masa arwah abang ipar meninggal.Takkan nak cuti lagi...Arrggh jiwaku tersiksa terkenangkan family kat sana,dapat makan dan minum ke diaorang?Sabarlah hati...berserah pada Allah moga mereka tidak berada dalam kesempitan.Insya Allah hujung minggu ni akan kami usahakan untuk balik.Balik bersama sedikit bekalan ikut yang termampu.4 hari lagi.....

Dalam keadaan terdesak dan penuh kesulitan ni dengar citer kat Tanah Merah nun ada peniaga yang ambek kesempatan.Jual sardin tin kecik dengan harga RM 7 setin.Owner kedai tu cina.

Tak dinafikan sebelum ni kedai tu memang fofular kat Bandar Tanah Merah ni.Dalam orang tak suka pun tetap juga masuk.Tapi kalau kau da buat orang macam ni time terkepit,terdesak aku rasa tak lama.Dalam fb dah tersebar pasal cerita ni.Orang pakat nak boikot dah.Aku setuju,memang patut pun.Orang tengah susah bukan nak di tolong makin cekik darah ada.

Bila dah cina ni tunjuk belang cenggitu,baru masing2 bukak cerita ketidakpuasan hati yang sekian lama kat kedai ni.Mcam-macam story pasai kedai tu.Ngan kisah tokey dia aniaya pekerja la.Okey takpe mulai arini kita boikot sama itu kedai.







Sabtu, 27 Disember 2014

SYUKUR AIR DAH MULA SURUT

Alhamdulillah,dapat perkabaran terkini dalam fb kawasan penempatan pemindahan tempat mak aku duduk dah surut airnya.Begitu juga dengan keadaan sekitarnya.Syukur sangat-sangat,rasa lega sikit hati ni.Mangsa-mangsa banjir kebanyakkan nya dah balik ke rumah masing-masing.Mungkin balik meninjau kediaman memasing sambil mengemas kot.Lega....tapi diaorang kena beringat jugak ni coz dapat info, cuaca 28-31Disember hujan akan ada lagi.Tetap kena berjaga-jaga gak.

Ni nak cerita tentang aku punya perasaan plak.Dari semalam aku gelisah memikirkan keluarga dan seluruh mereka yang terlibat dalam banjir.Aku tau korang anak perantau yang family mereka terlibat sama pasti paham apa aku rasa.Risau sangat,takut nanti ada nyawa yang melayang.Itu yang aku tak sanggup nak dengar.Nak makan pun tak berselera,nak pejamkan mata tuk tidur pun tak boleh.Tambah-tambah tetiba kat rumah aku malam tadi ujan di sertai angin.Makin bertambah risau takut kat sana ujan gak,nanti makin naik plak air.Dekat nak subuh rasanya baru mata ni terlelap.

Malam tadi datang perasaan takut yang amat dalam diri aku.Sampai rasa menggeletar seluruh badan,sebak dalam hati.Mengenangkan mereka yang berdepan musibah di sana.Lemahnya aku untuk berhadapan semua ni.Mereka apatah lagi.Dalam tengah layan perasaan tu mari terlintas jugak perasaan negatif dalam kepala,bahawa adakah semua umat manusia ni akan mati ditelan air?Adakah semuanya...tak kira Kelantan ke,mana ke sedang menuju penamat kehidupan kita sebagai manusia di bumi yang tua melalui bencana banjir ni?

Tapi syukur kepada pencipta Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada umatnya untuk terus bertaubat.Peristiwa banjir besar di Kelantan ni benar-benar banyak mmberi hikmah pada kita semua.

Khamis, 25 Disember 2014

BANJIR BESAR DISEMBER 2014

Hati aku rasa tak tenang memikirkan keadaan keluarga kat kampung.Tak senang duduk risau dengan famili kat sana.Air mata mula berlinang teringat-ingat kat kampung.Banyak info dalam fb menunjukkan banjir di Kelantan masih parah.Ya Allah...aku takut,aku risau dengan semua mereka di sana.Aku di sini,di Wakaf Tembesu ,Gong Badak masih okey lagi buat masa ni.Dari kemarin kat sini tak hujan.Sesekali ada mentari muncul....Tapi entahlah,keadaan sekarang memang tak boleh dijangka,kena jugak beringat.




Nak berhubung dengan keluarga kat kampung tak boleh dah,semua terputus hubungan.Last semalam dapat bercakap ngan abang aku,katanya dia dan mak dah duk kat pusat pemindahan Sekolah Maahad Tahfiz kat kampung kami.Sementara abah dan adik aku duk di penempatan banjir SK Bukit Panau.Yang aku risau tengok dalam fb pagi tadi orang post gambar SK Bukit Panau dah masuk ke perkarangan sekolah tu.Ya Allah....selamatkanlah keluargaku dan semua mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini.Ampunilah dosa kami Ya Allah.

Aku sebenarnya baru minggu lepas balik kampung kerana mendapat perkabaran tentang abang ipar meninggal dunia akibat mati lemas.Masa dapat berita sedih tu pun kami terpaksa tunda perjalanan balik sebab beberapa jalan ke Kelantan di tutup.Esok ari baru bergerak pulang dengan keadaan tergesa-gesa.Alhamdulillah sampai jugak walau ada beberapa jalan digenangi air.Malah kami bersyukur sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.Sebak dan sedih jugak mengenangkan arwah yang pergi secara mengejut dan meninggalkan isteri dan 4 orang ank.






Tragedi malang itu ada tersiar dalam Sinar Harian 20 Disember 2014.


Alfatihah,semoga arwah berada dalam keadaan tenang di alam sana.Sesungguhnya....setiap yang hidup pasti akan mati.DARINYA KITA DATANG,KEPADANYA JUA KITA KEMBALI......ALLAHHUAKBAR


Rabu, 17 Disember 2014

KAMPUNGKU DILANDA BANJIR

Tadi baru sempat aku tepon mak kat kampung,ikutkan dari semalam nak call .Tapi tula,duk tangguh-tangguh nak buat itu ini jap-jap lupa daa nak call.Nak tau jugak perkembangan mak abah aku kat sana sebab tengok dalam fb ramai duk post Kelantan banjir teruk.Tempat yang tak pernah naik air pun dah boleh naik ke paras pinggang.Tak sedap ati plak aku,pikiran dah menuju ke kampung.Risau gak ngan family.

Kat tempat aku ni okey jer,hujan pun memang lebat di sertai sekali ngan angin lagi tapi still berhenti.Tak memanjang turun.Masih dalam keadaan terkawal,tak sampai tahap cam aritu.Alhamdulillah....Cuma musim hujan-hujan cenggini ni kureng la skit customer aku yang datang,mungkin orang pun malas nak kuar kot.


Bila call tadi tu mak aku bagitau skang dia dah ada kat penempatan banjir kat Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.Baru lepas sarapan pagi makan biskut tawar dan teh o.Dah pindah sana dah dari petang kemarin.Terkejut aku.Suara mak sayu je bunyi duk cerita pasal air yang hampir masuk rumah.Macam sedih jer.Macam mana tak sedih,balik dari tempat kerja penat-penat terus ke tempat pemindahan banjir.

Jalan kaki plak tu nak ke tempat pemindahan,dekat 3 km gak nak sampai.Takde kenderaan mai ambik,sebab mungkin pihak mereka dahulukan orang yang lebih memerlukan lagi kot.Yang mungkin tempat diaorang sampai tahap tenggelam.Sambil angkut kain baju yang perlu.Mak citer masa tengah lalu kat depan masjid Bukit Panau arus deras sangat.Tengah mak aku redah jalan kaki tu dia hampir nak terjatuh dibawa arus katanya.Aku tau sejak dulu kawasan tu memang laluan arus air dia deras sangat biler banjir.Kenderaan lalu lalang plak banyak,habes bersimbah air kat mak aku.Basah lencun seluruh badan dia.Dengan hujan lebat lagi.

Malam tu campur ngan sakit belakang,ngan kebas kaki lagi berjalan jauh tak boleh tidur langsung.Kesian mak,abah pun.Kiter jauh,tak boleh nak tolong-tolong picit kaki pun.Semalam tidur kat sana tu katanya tak selesa,sakit-sakit habis belakang.Hujan lebat tak berhenti kat sana.Ramai jugak mangsa-mangsa banjir yang dari kampung berlainan ditempatkan kat situ.Kesian plak dengar.Harap la sangat banjir kat sana cepat reda.Semoga semuanya selamat dari musibah ini.

NAK BUAT KEK UNTUK ORANG

Keputusan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand semalam bagi merebut Piala Suzuki AFF 2014 dah terjawab.Kecewa sikit sebab Malaysia dibelasah dengan 2-0 oleh pasukan lawan.Apapun sila beri tepukan jugak untuk pasukan negara sendiri yang dah berjuang dan mengerah keringat bagi meraih kemenangan.

Perancangan untuk arini ingat nak ke kedai bakery,mungkin petang-petang sikit kot.Nak beli barang buat kek besday untuk anak saudara pompuan,yang belah suami.Okey jangan heran anak saudara kami ni bukan kecik tau,dah sebaya suami aku pun 30 tahun dah.Anak kakak suami aku,kakaknya(yg no. brape ekk,xcorfirm) ni yang sama ayah lain mak.Kakak suami duk menetap kat Pahang,cuma anaknya ni dah kawin orang Ganu ,so dia pun menetap kat sini la.

Nak gi bakery nak buat kek untuk dia la ni,besday dia esok.Baru nie dia wassup kat suami mintak aku buatkan kek tuknya.Aritu aku ada post kat fb gambar kek Red Velvet Cheese Cake yang aku buat tuk Safiya.So dia berkenan la tu kot.Aku pun tak konpiden gak nih bila nak buat kek tuk orang.Tuk diri sendiri ,tak kisah ler sedap ke tak.Okey takpe aku cuba,tak nak caj apepun.Demi tak nak kecewakan permintaan anak sedara.Hope dia akan menghargai kasih aku padanya.




Ni la dia kek yang aku buat pastu post kat fb ari tu..Safiya kemain suke ngan kek tema frozen ni.Frozen ni kegilaan dia tau.Sekarang mabuk frozen punya pasal semua benda nak ada gambar frozen.Ala sebut pasal frozen semua budak gegirl pun suke kan.Elsa dan Anna dah jadi fenomena.



Bergambar ngan kek hasil air tangan seorang ibu buat anak tercenta.Aku sendiri pun puas ati dengan kek ni.Sebab kebetulan buat tu menjadi.Kalau ikutkan bukan nya aku teror sangat bab baking membaking nie.Ada jugak time-time gagalnya.Ke tong sampah jawabnya kalo kek tak menjadi.

Untuk bikin kek kat orang ni agar gugup la,takut tak seperti yang diorang tu harapkan.Plan nak buat dua biji,satu lagi nak buat tuk Safiya.Aku kenal anak aku ni,nanti bilaku rias kek tu comel-comel kot nanti dia jeles.So kena ready jugak kat dia.Lagipun dia memang minat bab buat kek ni.Naseb baik abang nya jenis tak peduli.Kalau tak nanti si abang pun nak suh buat kek tema kegemaran dia,pitam aku.

Ni ada satu hal lagi,member aku yang duk Kajang ada balik sini.Cuti seminggu katanya.Aku tak sempat-sempat lagi nak jumpa mereka sekeluarga.Busy memanjang,biler ntah nak ada masa free nak jumpa.Ari Sabtu ni dia nak balik Kajang dah.Sedangkan aku maseh ngak punya masa.Nak ajak datang umah petang-petang customer ada,tak sempat plak aku nak layan dia.Nak ajak datang pagi anak-anak aku still tidur sampai tengahari.Aku sendiri pun sibuk duk buat kerja rumah.Alahai...serba salah jadinya.

TUGAS MENDOBI TERTUNGGAK

Keadaan sunyi sepi sikit malam nie.Suami aku duk sorang-sorang kat depan jaga kedai.Dua orang ank sedang tidur,awalnyer tidur.owh tak boleh tertipu ngan budak-budak ni.Memang tidur awal,tapi sekejap lagi bangun berjaga la tuh,gerenti!Abangnya ada kelas ngaji nie,sejak cuti sekolah bermula jadual kelas mengaji bertukar ke jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.

Kalau sebelum ni time cuti sekolah tiba je...ustazah buat kelas pagi,nie malam la plak.Agak leceh bagi aku,coz kalau time ada customer terpaksa tinggal diaorang jap sebab kena bergegas nak pergi ambik anak.Yang ambik tu kadang aku,kadang suami.Tapi acap suami la.sebab haku malas nak drive memalam.


Dalam kepala tak senang hati pikir kain baju masih berlambak tak basuh.Yang ni bukan sebab malas.Tengahari tadi mesin kain.Cukup timer bunyi nit..nitttt.niittt,aku  pun bukak la mesin nak ambik kain tu nak jemur.Tengok-tengok,aik apsal kain tak berapa kering ni?Pastu mesin basuh tu plak bau hangit semacam jer.

Sah,dah rosak plak.Hishh,hujan-hujan gini wak onar plak dier.Kerja mendobi pun akan tertunggak.Nak kena baiki la nie.Entah,ambik masa berape ari plak nak siap.Kali ni jawabnya duit lagi.Kalo cenggini,biler la aku nak cukup duit beli telefon Lenovo tuh,huarggghh.Mesin ni nak kena aku hempuk nie,opss gurau je.

Eh malam ni ada lawan bola kat tv kan?Malaysia lawan Thailand,hope Malaysia menang la kan.Aku tak minat bola ni,tapi still menyokong dan doakan yang terbaek tuk Malaysia tercinta.







Ahad, 14 Disember 2014

TERINGIN NAK TEPON LENOVO

Aku....dah hampir setengah tahun takde telefon sendiri.Sebab lepas ipad,dan telepon aku yang sebelum ni rosak dek anak-anak aku dah hilang mood nak guna tepon.Tawar hati dah,asyik beli je rosak jugak.Aku dah cuba beringat dari tangan-tangan kecil yang bermain ngan tepon aku,tapi apakan daya.Tugas aku ari-ari bukan nak jaga tepon je,banyak lagi nak kerja nak dibuat.

Namun kerana kelekaan itulah kekadang sampai jugak kat tangan kecil.Tangan itu kadang menghempas teponku tanpa apa-apa perasaan.Pang,lalu berderai.Adusss... sadis aku nengok,Kalau dah berulang kali,maka teponku terus menemui ajal.So sad.

Sepanjang takde telefon ,aku kalu nak call family kat kampung pinjam suami punya jer.Kadang biler ada member-member nak berhubung  pun aku bagi nombor henpon suami jugak.Kadang tak best gak,sebab dapat pinjam time dia ada rumah je la kan.Nak guna ikut time kiter tak boleh plak.

Now skang aku punya hati terasa kembali nak pakai henpon.Terliur wei telefon jenis Lenovo tu.Ramai aku nengok orang pakai Lenovo skang.Bila ntah dapat beli ni.Aku kalu beli telefon yang aku selalu utamakan kualiti kamera dia.Sebab aku suka ambek gambar,so aku perlukan jenis kamera yang terbaek.Yang jenis Lenovo model aku nak tu,tampak ok.Biler boleh beli niii...eeiii nak sangat.Kena kumpul duit nih.Nak tunggu duit BRIM lambat agi hiihiiii...Tu pun masih perlu tambah rm lagi.Okey,cakap bab BRIM,sudahkah anda mengemaskininya untuk tahun 2015?




SAUNAKU

Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung.Balik pun satu ari jer,maklumlah ari Jumaat sahaja cuti suami.Sempatlah tidur dua malam kat kampung.Macam biasa ari Khamis malam Jumaat,malam tu lepas tutup kedai terus bertolak ke kampung.Ari Sabtu tu plk,pas solat Subuh terus berangkat balik Ganu,sebab ari tu sampai jer suami akan terus masuk kerja.Alahai...tak puas duk kampung,tapi ada tanggungjawab ngan kerja nak buat camne ken.

Masa bertolak pagi sabtu tu sempat tapau nasi bungkus tepi jalan kat bandar Tanah Merah.Nak buat bekpes bila sampai Ganu.Aku beli nasi kerabu untuk aku dan untuk derang semua nasi berlauk.Lama tak makan nasi bungkus dari kelate,super sedap puas hati dapat makan.Kat Ganu ni pun ada jual setakat nasi bungkus ni tapi sori,nasi bungkus area aku duduk ni buat masa ni semua tak kena ngan selera aku.Kwangg...kwanggg kwanggg..

Masa balik kampung tu sambil ziarah mak abah,aku nak pergi ambik barang sebenarnya.Nak gi beli sauna,harga tengah promosi so kena cepat,kan dah sold out plak nanti hatiku gak yang kuciwa.Memang dah lama plan nak beli,untuk bisnes kecik kami.Simpan duit sikit-sikit,akhirnya dapat jugak.Kebetulan plak beli time promosi,jimat banyak tuuu...Naseb baik dulu tak buat gelojoh nak beli terus,kalau tak memang menjerut hati la bila tengok harga promosi ni.Alhamdulillah berkat kesabaran.Sauna ni boleh beli online sebenarnya,tapi untuk kepuasan hati baik aku terjah stokis tu terus.Stokis dia kat Kedai Mulong.



Haaa...aku beli sebijik rupa bentuk dan warna camni,jenis Pearl Sauna.Untuk periuk stemear yang aku dapat ni(yang terbaru) lebih cantik dan kemas dari dalam gambar tu.Yang dalam gambar kat atas tu periuk jenis lama.Pastu dia ada sekali ngan kerusi lipat,dan jugak dapat rempah untuk sauna.Aku ingat nak try guna dulu untuk diri sendiri sebelum buat caj perkhidmatan tuk customer.Nanti bila dah tau lebih terperinci kesan dan cara nak guna benda alah ni baru kita war-warkan.



Sabtu, 22 November 2014

JEJALAN HARI PERTAMA MYDIN MALL GONG BADAK DIBUKA

Alhamdulillah....cuaca sejak kelmarin dah semakin baik.Mentari dah muncul semula.Tenang sikit nak basuh kain baju,sebab cornfirm boleh kering laju-laju.Ni time hujan leceh bila basuh baju nak kering tu lambat.Pesan awal-awal dah kat anak-anak jangan suka ati asyik nak bertukar baju kerap sangat.Nanti kalau semua baju yang dibasuh tak sempat kering baru tau.Banjir tahun ni teruk gak,sampai kena tutup untuk sementara bagi UMT dan UNISZA.Air naik melimpah sampai cecah paras pingang.Takut.....

Anak jantan pun dah start cuti sekolah.Hari terakhir persekolahan aritu abahnya kena hadiri Majlis Penyampaian Hadiah kat sekolah Abe Am.Wajib abahnya hadir tau,coz anak jantan kami pun dapat hadiah sama.Dia dapat no 2 dalam kelas.Tahniah buat anakku yang tersayang.Dalam malas-malas dia tu pun tak sangka gak aku result peperiksaan tu tetap terbaik malah  lebih tinggi dari ujian sebelum ni.Tahun depan naik kelas,Alhamdulillah......gembira hati seorang ibu.Moga akan lebih cemerlang dalam pelajaran.Insya Allah....



gambar tak berapa clear,biarkanlah....Masa majlis tu Safiya ikut gi sekali.Dia plak lebih-lebih,bangun punya awal dari biasa semata-mata nak mengekor.Ada sedikit keterujaan disitu hahaaaa.Tapi kan kesian dia,abahnya cerita masa abang naik pentas ambik hadiah tu pun dia nak bangun naik pentas gak.Tapi abahnya sekat la kan.Teruja anak gadis ni nak hadiah gak.Balik umah ngadu kat aku sambil nangis kata dia tak hader dapat hadiah pun.Kesian plak...Last nak basuh emosi dia tu aku beli buku mewarna dan pensil warna.Hadaplah dia ngan benda tuh,tekun je menunduk syok mewarna.Tengok-tengok,la tak sangkanya aku Safiya dah pandai mewarna,alhamdulillah.

Okey ni plak story kemarin.Kemarin dengan rasminya Mydin Mall Gong Badak telah dibuka.Wowww...ramai bangat orang.Lagaknya...cam tak pernah  gi Mydin  korang ni hiiiihiii...sampai sesak-sesak dan bersumbat...Eh takpe-takpe aku pun terlibat sama dalam keterujaan itu.Bukannya ape kali ni feel gi Mydin felling tu lain sikit maklumla kan tempat baru bukak.Tambah-tambah dekat ngan umah,lagi teruja.Ishhh...orang ramai giler,datang dari pelusuk mana ntah.Abe Am pun jadi pening sampai boleh silap ikut bontot orang len.Terkejut aku tengok pandang belakang dah takde.Tengah-tengah aku panik tu dia muncul dari tepi.Katanya dia ikut orang tu yang pakai baju hitam ingatkan tu aku,camne dia boleh blur aku kan pakai baju biru.Takut aku walau dia lesap hanya 1 minit je masa tu...haaiiiihhh.

Waktu kitaorang pergi tu pagi.Lepas balik dari pasar baru singgah sana.Tempat yang baru ni bagi aku hebatlah la kan.Tak sangka tempat yang aku ulang alik ari-ari dah jadi tumpuan.Rasa cam duk bandar lain dah plak.



Orang ramai sangat,sampai hilang mood nak beli belah.Sanggup engko nak beratur kat kaunter bayaran yang panjang cam keretapi.Tapi budak-budak ni tetap jugak ambik barang jadi nak tak kena jugak beratur.Tu pun dah kawal ambik barang untuk 10 yang ke bawah.Just untuk kaunter ekpress je.Tapi tetap jugak lama beratur situ.Acik dah mula buat onar.

Selesai tu ingat nak makan nasi ayam penyet,tapi budak-budak ni nak main so makan kat food court je sebab dekat ngan tempat main tu.Cari meja pun betul-betul boleh hadap makanan sambil hadap diaorang.Setle semua terus balik.


Budak Acik ni lapar,patut meragam.Abang Am ngan Angah terus gi main,tapi dia duk slurrp mee soto.Berselera nampak...tak pandang kiri kanan dah.Nak makan sendiri plak tu,eksyen cam dah besar sangat.

Nak di jadikan cerita malam tu terpergi plak kat Mydin.Sebabnya nak cari kasut untuk Acik.Masa pergi pagi tu tak jumpa yang elok.Malam tu try cari kat kedai lain,tapi bila berkenan takde saiz la,kadang keras la,semua tak sesuai.Lalu aku pun teringat la masa lalu kat ruang parking(pagi tdi masa nak balik) dalam bangunan Mydin tu ternampak kedai kasut.Tu yang boleh ke Mydin semula tu.Okey naseb cantik.Terus beli tuk Acik.Laa..laa.laaa misi dah tercapai.

Isnin, 17 November 2014

CERITA SANTAI DI MUSIM HUJAN

Dah lama rasenya aku xbersua muka ngan blog aku sendiri nih.Nak kata sibuk idok ler jugak,cuma mood dah kelaut.Blog orang lain aku boley plak bukak hiii,suka baca blog orang nih!.Boleh terhibur hati aku ngan kisah-kisah kehidupan derang,tumpang seronok katakan.Boleh hilangkan stress jugak bila menjengah blog mereka ni.Kadang dengan baca blog orang banyak benda yang aku boleh belajar secara tak langsung walau dari segi cabang mana pun.

Memang mood aku nak berblog dah kelaut ni.....sebab mood yang ada dalam diri aku skang pikir nak berjalan2 je.Nak kuar dari zon yang sama,yang aku buat ari2.Aku kalu boleh nak sangat pi bercuti.Nak segarkan dan lapangkan minda sket ececehhh.Lagipun elok dah ni,budak sekolah pun nak start cuti panjang.

Tempat yang aku pilih nak makan angin adalah...mana yer?....jeng....jenggg...adala.....Dapat pergi 2,3 ari pun jadikla.Yer la nak tinggal kedai lama-lama pun sayam,nanti customer cari plak.Kata tutup merajuk plak kang.Tak mau gitew....

Tapi nak bercuti dengan keadaan cuaca hujan memanjang je nih tak best jugak.Aku tengok hujan pun makin melarat-larat.Dalam berita TV pun dah tayang sana naik air,situ banjir.Ermm.....kena tunggu cuaca elok dulu.Okey...sabar dulu wahai hati.

Ni pun aku ingat minggu ni nak balik kampung,tapi dengan cuaca begini takut gak.Kot-kot jalan utama tak boleh lalu,sangkut nanti.Aku ingat lagi ngan satu pengalaman ni,kalau tak silap aku dua tahun lepas,air naik kat atas jalan raya sampai semua kenderaan xboleh lalu.Arus deras giler masa tu.Terpaksa bermalam kat masjid(nasib baik kawasan masjid tu tinggi) beramai-ramai tunggu air reda baru boleh lalu.Masa tu kami dari kampung nak balik Ganu.Nak balik kampung semula pun tak boleh jalan yang kami lalu sebelum tu pun dah ditutup gak.Banjir teruk sangat masa tu,rumah sekitar situ nampak bumbung je.

Kat umah aku kat kampung pun apa kurangnya.Musim banjir gini ni air boleh cecah lantai rumah.Kesian mak aku,biasanya sampai kena menumpang tidur umah abang dia...hiii..Dah...... kalau aku balik gak time ni,rumit gak ngan ank-anak lagi.Jawabnya tak boleh balik selagi cuaca tak okey.(dalam kepala sekarang terbayang-bayang mak aku rebus ubi siap ngan teh o sekali)                                                                                                    



                                                                sumber dari google





Rabu, 24 September 2014

DRAMA MELAYU

Aku skang dahla mood tak berapa nak helok,alih2 tetiba plak dapat ujian cenggini.Kami tak kacau orang pun,kenapa plak tetiber ada orang nak kacau kami.Sesaje nak tutup periuk nasi kami dengan tabur fitnah sebegitu.Keji sungguh hati si pelaku.Tak boleh tengok orang bangkit dan maju sikit dah cuba nak kondem.

Manusia sebegini memang aku tengok sakit jiwa,busuk hati.Takpe,aku pun bukan manusia kejam nak balas-balas balik ni.Sebab aku yakin Allah SWT tu ada,setiap baik atau buiruk perlakuan kita pasti ada balasannya.

Bisnes yang aku buat ni baru setahun jagung,tak sangka ada gak orang yang tak senang hati lihat kami bangkit.Ni yang aku takut sangat ni,kadang-kadang benda sebegini pun boleh menjatuhkan tau.

Biarlah,mungkin ni sebagai pengajaran untuk kami supaya beringat di lain masa.Apepun moga yang keruh menjadi jernih.Okey...la ni duk pikir sal nak gi kursus urut tradisional tu.Penginapan 2 ari kat sana dah jumpa,tunggu nak laksanakan jer.Aku tak sabar dah ni.Moga berjalan lancar...INSHA ALLAH.

Ahad, 21 September 2014

TAK HADER MOOD

Rasanya cam dah agak lama jari jemari aku tak menari kat blog ni.Tu la aku.....bila takder mood,semua benda jadi malas nak buat.Segala semangat yang ada pun bagai runtuh.Malas nak buat apepun.Kalau nak masak pun jadi blur habes,jadi buntu tak tau nak masak haper.Kuar jejalan sana sini nak bagi mood okey,tapi tetap hambar jugak rasa.

Aku rasa dah dekat 2 minggu perasaan ni datang,rasa cam tak happy langsung,rasa sedih tapi sukar nak diungkap cemana feelingnya yg sebenar-benarnya...Aku rasa cam ada someting yang tak kena,dan aku memang tau apa puncanya.

Semua ni takde kaitan pun ngan masalah keluarga,kami okey jer...alhamdulillah.Aku just tertekan sikit oleh sebab beberapa perancangan untuk merealisasikan impian aku tergendala.Yup...atas beberapa sebab.Memang dalam keadaan murung dan kecewa gak hati aku ni.Jalan penyelesaian takde lagi...Sedangkan dalam kepala semua aku dah rancang memacam.

Aku kecewa,sedih coz aku memang dah buat perancangan,tapi tertunda lagi sampai sekarang ni.Sedangkan hati aku sebelum ni berkobar-kobar nak jugak bagi jadi.Aku hanya mampu merancang....Allah yang tentukan...Harap setiap kesulitan ini ada jalan penyelesaiannya.Ku memohon,bantulah hambaMu ini Ya Allah.


Ahad, 7 September 2014

PeRaNcAnGaN BuLaN 9

Okey,anak-anak masih tidur...rasa lapang ler siket.Anak yang sulung plak cam biasa gi sekolah.Abahnya plak sambil hantar anak yang sulung tu ke sekolah terus je sambung 'kerja' dia sebelum tul2 masuk kerja.Now di pagi yang sunyi ni baru rasa damai nak ngadap laptop.Yer la bukan selalu ada masa tuk aku buat aktiviti sendiri.

Entahlah,walau kata suri rumah tapi aku tetap jugak rasa sibuk memanjang.Ada saja benda yang perlu aku buat.Takde masanya nak berlenggang kangkung,bergolek sakan time suami kuar kerja.Kerja aku sebagai suri rumah adalah tentang perkara yang ada dalam rumah ni.Semua nak kena handle.Anak-anak plak selalu sangat bagi aku 'job'.

Aku plak jenis pantang rumah tak kemas,berselerak.Sampah walau secubit atas lantai pun aku tak sanggup tengok.Mungkin kerana nak semua ni perfect dalam umah,maka itu yang buat 'kerja' aku tak pernah habis.Aku...cukup serabutttt kalau rumah tak kemas,rasa tak tenang.

Orang kalau datang umah aku dan tengok segalanya tak kemas korang boleh tau la aku dalam mood 'jem' dah tu.Takdan nak handle sangat dah tu.Kalau sesajer nak biar berselerak itu bukan kehendak aku.Takkan....Bukan kata aku rajin sangat bab-bab urus dan kemas umah ni.Aku pun kadang ada time malas gak,tapi hati tak rela membiarkan segalanya tak perfect dan teratur.Anak-anak plak alahai.....takpe korang tadah je telinga di atas 'job' yang korang beri kat Maa ni sebagai bonus hihiii....

Tutup bab urusan sebagai suri rumah,ni nak selit bab perancangan tuk bulan September.Bulan ni banyak benda yang nak dibuat.Aku sendiri tak pasti boleh capai or sebaliknya.Positifkan fikiran 'AKU BOLEH'!.Semuanya memerlukan ongkos hihiii.Okey plan pertama aku kira setle dah ni,iaitu nak tambah barang peralatan bekam.Dah order dan Insha Allah sehari dua nanti sampai la barang tu.Kami macam ni la,ada duit masuk tu dapatla top up barang kedai mana yang patut sikit-sikit.lagi 

Dan ada beberapa hal lagi aku nak buat adalah...duk rancang nak bawak anak-anak berjalan cuti sekolah ni.Insyaallah....Seterusnya nak penuhi jemputan jemputan kenduri sedara mara cuti sekolah ni.Jauh gak...ongkos lagi.Tapi demi mengeratkan hubungan silatulrahim kami ikhlaskan diri gak tuk hadir.Huhuhuuuu....

Plan seterusnya ni plak aku duk harap sangat jadi.Kena ready duit siap-siap la ni.Ni penghujung bulan nak join.Aku nak join kursus secara personal tentang bidang yang aku cukup minat.Teruja habes beb,berdebar pun ada.Ni pun tempat agak jauh gak.Kursus makan masa 2 ari.So kena spare duit lebih.

Aku tak nak ulang alik dari rumah.Kena cari tempat penginapan la jawabnya sebab aku memang kena hangkut 1family pergi.Acik masih menyusu badan.hope sepanjang kursus ni dia ok jer.Aku pikir panjang gak bab Acik ni,tapi aku kena nekad.Aku kena banyak berkorban,dari segi kewangan,masa dan emosi juga.

Semoga berjalan lancar.Kalau dah setle semua ni baru aku cerita nanti kursus apa aku join ni.Bukan ape,kan cerita gempak hasil sebaliknya....Yang pasti aku nak belajar dan manfaatkan kemahiran tu.Tak sabar nak tengok sekeping sijil di tangan.






Ahad, 31 Ogos 2014

KeRjA Ku.....

Assalamualaikum......
Dah masuk bulan September dah kiter,cepat sangat masa berlalu.Kelmarin 31 Ogos adalah sambutan hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta untuk kali ke 57.Alhamdulillah.....masih lagi dapat kita semua meraikan dengan penuh rasa syukur dan damai.Nikmat kemerdekaan yang tak terhingga,terima kasih banyak-banyak buat mereka2 iaitu pejuang-pejuang yang bertungkus lumus,bersabung nyawa bagi meraih kemerdekaan yang kita semua dapat kecapi sehingga generasi kini.

Malam sambutan aku ada kuar gak.Meriah sangat,kuar dalam kul 11 lebih.Berderu-deru ngan kereta motor anak-anak muda berarak sambil kibarkan bendera Malaysia.Aku tumpang gumbira dan bangga ngan semangat derang.Ramai sungguh orang malam tu sampai jem jalan.Aku just tengok dari dalam kereta je pun,tak turun coz Abe Am ngan Acik tidur.Safiya je cerah butir mata.

Tapi nasib jugak tak turun,Safiya tu takut sangat bila dengar bunga api berdentam dentum.Dalam 3 tempat suami bawak pusing-pusing tengok sambutan merdeka.Tempat pertama tuju,kat Pulau Warisan.Pahtu gerak plak ke Dataran Shah Bandar dan last sambil balik tu tengok-tengok kat Stadium Gong Badak.Dekat dahtu ngan rumah kami.Semua tempat yang aku gi ni memang ramai giler orang,bukan ramai orang giler k.Kesimpulannya semua tempat meriah....orang plak mari dari ceruk mana ntah ramai siot.

Okey habis cerita tentang merdeka,skang nak ulas tentang keja plak.Alhamdulillah dah setahun 2 bulan dah aku usahakan perkhidmatan bekam ni.Owhhh...kadang rasa macam tak percaya aku boleh bertahan sampai kini.Aku kan pengecut,penakut.Bermula semua ni pun atas paksaan suami.Paksaan tau,tapi kerana terpaksa lah aku gagahkan diri walau hati cukup kecut.Terima kasih bebanyak kat suami tersayang kerana buat aku bangkit.Kerana bantu aku,beri sokongan untuk cekal dan kuat.

Semoga cita-cita yang kami berdua impikan akan tercapai.Insha Allah.....Aku sedar banyak lagi rintangan yang perlu di tempuhi,harap kami kuat.Bertahan kami sekarang ni pun atas sokongan custumer jugak.Yang sudi datang berulang kali,buat promosi percuma dari mulut ke mulut hiiii.Terima kasih banyak-banyak.

Aku tak nafikan ada gak ragam yang menyentap emosiku,yang sedikit propa tapi masih ditahap tak keterlaluan.Tapi jarang-jarang je jumpa jenis cenggini.Kebanyakkan custumer yang datang baik sangat.Tapi segala cabaran yang datang aku cuba pandang ia sebagai sesuatu yang positif.Cuba baiki segala apa yang patut dari sudut apa customer mahu.Kadang,kalau aku rasa cam aku sendiri tak puas hati ngan perkhidmatan aku,aku akan kurangkankan kos yang sepatutnya mereka bayar.Kurang dari pihak aku takpe janji bukan dari pihak customer.

Bukan saje aku perlu berdepan ngan kerenah custumer,ngan ragam anak jugak.Ye la tengah kiter sibuk bertugas tuh,ade je perangai diaorang buat.Mak aii....penat,stres sangat.Tapi kena jugak tabah.rezeki yang di cari pun memang tuk derang gak. 

Kadang ngan kepala tengah stres ada gak rasa cam OK STOP,AKU DAH TAK NAK TERUSKAN SEMUA NI!!!!.Sampai gitu sekali.Pastu tenangkan diri jap,bangkit balik...hihiii...aku kena teruskan apa yang aku mulakan.Aku cuba ingat balik pujian-pujian pelanggan.Supaya aku kental.Aku cuba baiki segala kelemahan.

Banyak pengalaman bermakna yang aku belajar sepanjang buat bekam ni.Amat bermakna sekali.Dari tak tahu ape-ape jadi tahu.Aku belajar.Dari barang -barang perkhidmatan yang gitu-gitu kami cuba naik tarafkan secara perlahan-lahan.Secara sedikit demi sedikit.So aku tak boleh kalah.Aku kena gak panjat tangga menuju kejayaan.Walau ramai pesaing ada sekeliling,aku tak perlu gentar.kan?

Aku yang dulu-dulu,mula buat bekam niat nak cari rezeki lebih,tapi bila dah buat aku tahu bukan hanya duit semata-semata yang jadi tujuan hidup aku.Tapi....lebih kepada nak membantu menyelesaikan masalah kesihatan orang agar mereka boleh sihat walafiat dengan izin Allah S.W.T melalui kami.Bila mereka sihat aku cukup gembira.Itu matlamat sebenarnya.Itu kepuasan sebenarnya....orang sihat aku bahagia.

Now aku makin sayang dah ngan kerja aku ni.Sayang ngan kedai aku duduk ni.Tapi sampai bila boleh still sini tak tau la.Takut gak,kan hak orang.Bila-bila masa je kena out.Buat masa ni tuan punya kedai okey,takde masalah.Bagi aku la...special tempat ni tau ,pembangunan makin laju.Pasaraya besar dua tiga tempat tumbuh kat kawasan ni.Lokasi kedai aku tepi jalan,jadi satu tuah kalu aku boleh still sini.Okey berserah je pada Dia.

Apapun harapanku agar Pesona Kijang Enterprise akan terus maju.Kalau boleh aku nak  perkhidmatan kami kekal teguh dan diwarisi dari satu generasi ke generasi,Insha Allah.Doakan yer...










 

Rabu, 27 Ogos 2014

ReNdaNgKu

Nak citer dan tempek gambar makanan lagik ni.Orang kalau dah berselera,makannnnnn jer pikir...erkr aku la tu.Mood skang nak makan menu raya balik.Raya aritu perut melampau je kenyang memanjang.Tak berapa nak hadap la sangat biskut yang bermacam spesis,ketupat,lemang,nasi himpit,kuah kacang,rendang,tapai dan macam-macam lah...

Now Syawal pun dah undurkan diri.....dan tekak aku terliur nak makan menu-menu raya yang super sedap tu balik....huhuuuu.Gi umah terbuka  kawan-kawan baru ni dekat dua tiga tempat takde ler plak menu ala raya,frust i...Nak beli.... sesetengah makanan aku sebut di atas ada la di jual.Tapi sesetengahnya susah nak dapat. 

Cam lemang lak,nak jumpa yang orang jual still panas-panas tu tak hader oiii,kat tempat aku ni aku kata.Kat tempat korang tak tau ler.Sob...sobb...sobbsss (sambil kesat hingus kat baju) kempunan den.Nak hilangkan terliur tu cari la gak kat Pasar Batu Enam,jumpa lemang yang dah siap potong seketul seketul,Lemang yang tak bersarung buluh.Satu rm 2.00.Lemang tuh takder rasa lemak santan pun.Okeyla dari tak merasa langsung.

Dan kalau ada lemang tak sah nikah lah kalau takde rendang,tul tak.Sebenarnya malam sebelum beli lemang tu aku dah gigih buat rendang ayam.Berpeluh tau duk mengacau rendang tuh.Raya aritu tak buat pun,malas.Ni buat sebab nak makan sangat,nak beli takde plak owang jual.Buat sendiri je kan...kalau ikutkan dah bertahun tak buat rendang ni.Last dulu buat tak jadi,sememeh tul.Aku merajuk terus.Sedangkan buat untuk kali pertama dulu2 tip top rasa die.Tekstur pun cun.Alih-alih buat untuk kali ke seterusnya tak jadi,hampehh.

Tapi....tapi...tapikan...untuk kali ni...perutku gumbira sebab usahaku menjadi.Wowww...sedap sungguh rendang ayam yang aku buat kali ni.Tepuk tangan untuk untuk diri sendiri.I bukan Chef uools,tentulah hidung i kembang sikit biler masakan i mantap,ngeeeee....sekor ayam i guna,dalam satu ari habes.Budak-budak yang bukan kaki makan ni ratah habes,suka ati i..



Sabtu, 23 Ogos 2014

DaH 29 TaHuN RuPeRnYE

HEPY BESDAY TO ME....yeaahhhh....yang ke 29 tahun,yup dah makin meningkat umur aku.Tapi still nampak muda,uweeekkss.....ayat perasan nak mam... kan?hiiii....Alaa...jangan ada yang tersentap dengan keperasaanan ku.Tak nak tau cenggitu,kiter gurau-gurau je tadi.Takde nak bangga diri pun.

Diri kita adalah anugerah Allah S.W.T,miliknya yang abadi....usah bangga diri sangat,terima je dengan redha setiap apa yang diberi sama ada baik @ sebaliknya.Usah mendabik dada jika dikurniakan keistimewaan lebih dari orang len.Walau dari segi paras rupa,harta,pangkat dan macam-macamlah....,semua nih hanyalah pinjaman okey!Contoh kalau duit banyak,kereta besor,rumah besor,anak comel sekalipun,sekelip mata je pun Dia boleh tarik.Ingat!!!(pesanan tuk diri aku gak).

Alhamdulillah,syukur Allah S.W.T masih memberi kesempatan untukku bersama insan-insan tersayang.Okey,dah 29 tahun umurku,cepatnya masa berlalu.Harapanku semakin meningkat umur ni,ku harap aku akan jadi lebih mengenali dan mentaatiNya.Insha Allah....

Dah umur cengini ni takde lor celeberate ape pun.Potong-potong kek pun takde.Sibuk ngan kerja ada la.Kemarin pelanggan yang datang ramai dari kebiasaan.Oooo....rezeki sempena ari lahir sendiri kot.Dan specialnya kemarin,aku bagi free perkhidmatan untuk seorang pelanggan yang memula sampai.Tu rezeki dia la tu.

Kenapa bagi free?aku just nak bersedekah sebagai tanda syukur dan terima kasih kat mak aku yang susah payah lahirkan aku kat dunia ni.Tu jer.Apapun hope perkhidmatan kami ni akan terus menjadi pilihan orang ramai dari serata ceruk.Ya Allah jika ia baik untuk kami dan untuk mereka-mereka.maka perkenanankanlah.Maka berilah kekuatan untuk kami meneruskan semua ni.Semoga ia akan membawa kebaikan kepada kami semua.Amin.

Orait sambung citer agi.Teringat satu kali tu,duk sembang-sembang kosong ngan suami.Aku sampaikan suara hati aku.Aku cakap kat suami yang aku akan rasa berbunga-bunga hati sepanjang buat perkhidmatan ni jika  ada custemor yang seperti berikut datang.Aku nak paling kurang sorang pun takpe.Targetnya aku nak dapatkan seorang customer luar dari Malaysia.Okey yang ni dah tercapai.Iaitu yang datang 2 orang dari Aceh,mereka pensyarah dan seorang buruh binaan dari Suryalaya Indonesia.

Yang seterusnya aku berhajat nak customer bergelar VIP,yang ni pun dah tercapai.Seorang engku dan seorang Dato.Macam tak percaya plak.Ada yang sudi berurusan ngan kami.

Dan yang ketiga ni je masih belum terlaksana.Aku target nak seorang selebriti.Ade ke yang sudi?Tungguuuuu..Harap ke depan ari Insha Allah diperkenankan.Amin.









Sabtu, 9 Ogos 2014

SekOLaH baRu,sEkoLAh KEbAngSaaN koMpleKs tEmBEsu

Arini adalah minggu ke 2 Abe Am belajar di sekolah yang baru di buka iaitu Sek Keb Kompleks Tembesu.Wahhhh...teruja anak jantan aku masa mula-mula dapat surat notis dari cikgu yang bahawa lepas raya kena daftarkan diri kat sekolah yang baru siap di bina.

Abe Am kena tukar sekolah baru ni pun atas faktor sekolah asal,SK Tok Jiring terlalu ramai pelajar sampai kena buat dua seisi iaitu pagi dan petang.Pelajar yang dipindahkan ni pun atas persetujuan ibu bapa dan penjaga memasing.Guru besar dah awal-awal bagi suh isi borang sape setuju dan tak setuju nak tukar sekolah.Ada gak yang tak setuju maka still kat sekolah lama.Mungkin mereka ada alasan tersendiri.

Aku no hal,sekolah baru bukak beb,bukan selalu dapat merasa masuk sekolah yang orang lain belum jejak agi.Masa raya tempoh ari pantang orang tanya darjah berape terus je dia selit cerita nak masuk sekolah baru,teruja le tu.Nak jugak kasi orang tau heheeee...
 
Aku agak terlewat selitkan cerita ni kat blog,bukan ape tercari-cari manalah satu gambar yang Abe Am posing betul-betul kat pintu masuk sekolah yang tertera nama sekolah sekali.Ingat nak abadikan kat dalam n3 nih.Gambar tu kitaorang ambik masa sebelum sekolah bukak lagi.Abe Am teruja ngat dia ajak aku tengok sekolah tu sebulan yang lepas lagi.Sempat la ambik gambar sikit kat situ.

Biarlah,tempek gak la gambar yang mana ada.Ni kat bawah ni gambar masa daftarkan diri kat sekolah baru tu,ari pertama k.



my boy,harapan Maa nak tengok anak ma berjaya


 muka jakun ngan suasana baru



segak ke?




moga kat sekolah baru ni anak lelaki tersayang Maa akan lebih maju dalam pelajaran.Doa seorang ibu moga dapat memberi keberkatan hidup buatmu Muhammad Afi Amsyar.Love Abe Am sangat-sangat.Maa selalu marahkan Abe Am bukan kerana benci tapi nak anak Maa jadi manusia yang baik-baik.Bagi Maa biarlah Maa dulu yang tegur, yang marah bila Abe buat perangai tak elok.Sebelum orang lain tegur dan kutuk Abe.Harap Abe Am faham.....

Khamis, 7 Ogos 2014

IKaN bAkaR PoK RaSHId mEMaNG tErbAek!


Cer teka saya duk menunggu ape?ha......ni nak story mori ni.Kemarin aku kebetulan terasa nak makan ikan bakar.Kalau sebut pasal ikan bakar automatik kepala akan terbayang ikan bakar kat area Bukit Tunggal ni.Ni adalah kali ke 3 aku jejak kaki kat sini.
 
Okey nak tau macam mna aku boleh tau tentang kedai ikan bakar ni?Cam biasa saat boring suami selalu bawak meronda-ronda.Dalam duk meronda tu lah aku tengok satu kedai tu selalu jer penuh orang.Dua 3 kali lalu pun camtu,tengok-tengok rupanya kedai ikan bakar.Pahtu try la masuk,bila dah try tu ya ampunnnn......sedap bangat.Dan aku boleh kata ni adalah ikan bakar yang paling terbaekkkkk...

Tapi datang sini korang kena banyakkan bersabar,kalau kebetulan orang tengah ramai memang order akan lambat sampai.Aku pernah kena,sejam menunggu baru boleh melantak.Tapi makan kat sini memang berbaloi,harga bukan cekik darah.



Tu dia muka hepi orang tak sabar nak makan.Kedai ni bukak lam pukul 5 ptg.Alhamdullilah kemarin tepat pukul 5 dah gerak ke sini,bila sampai kedai lengang agi just ada 1 family je.Cantekkk...takyah tunggu lama.Oww,lupa nak cakap ari Rabu kedainya tak operasi,giteww.


Safiya layan Acik yang merayap je keje dia sejak boleh jalan.Tak duduk diam langsung.Abahnya....sila layan ekk,Maa dah tak kuasa....


Tengok...kedai sempoi jer tapi memang top dikalangan penggemar ikan bakar.Orang luar pun ramai datang terutama time cuti.Layanan kat sini pun ok.


Air dah sampai....budak-budak ni cam tak penah jemu.Setiap kali kuar makan  mana tempat pun laici ais je minuman pilihan.


Haa....tu dia ikan bakarnya.Kecur air liur bila tengok gambar ni semula.Kat sini memang fokus ikan bakar dan ada gak pilihan lain cam sotong,kerang,udang...Ikannya berbagai jenis pilihan,fresh dan boleh pilih sendiri. Lalu ia hidangkan ngan nasi putih beserta sos kicap campur cili yang dalam tu gak ada hirisan timun batang.Korang jangan mintak tom yam ke,kailan ikan masin ke memang takde menu tu semua.Apa yang diaorang sediakan ni dah cukup berbaloi.Just fokus dan hayati ikan bakar tu je.


Ikan bakar makan ngan nasi ni je.Makan dengan tangan lagi best, i kampung girl.


nyum...nyum....


Tenangnya makan masa ni Acik tak buat perangai


tengok tu,gumbira je muka.Acik pun sekali aku suap ikan tu ke mulut dia,huhhh...berkali-kali mulut dia mintak suap agi.Takdan aku.


Alhamdulillah kenyang....lalaalala....Okey harga semua santapan kami ni ngam-ngam rm 50.Yang di order,2 gelas air laici ais,1 gelas teh ais limau,4 pinggan nasi putih,seekor siakap dan ikan selar.Tengok,harganya baru rm50, berpatutan kan?Sedap pun sedap.Berbaloi-baloi katakan.....tak cayer cuba gi try sendiri.

Selasa, 5 Ogos 2014

AnUgErAh SyAwAl 2014

assalamualaikum..........
salam sejahtera dan selamat hari raya.....mohon ampun maaf pada semua jika ada kekhilafan yang tak disedari.Kosong-kosong yer!

Alhamdulillah tahun ni masih lagi diberi anugerah dan nikmat untuk menikmati Syawal bersama insan-insan tersayang.
ermmm.....kitew raya sakan sampai skang baru aku ada masa tuk blog nih.Ahh,takde la sakan sangat sebenarnya,saje ayat nak bagi gempak huuuu.....Tapi cuma nak kata cuti raya seminggu tu cam tak cukup je.Suke raya,meriah tau.Kerana kemeriahan tu la aku tetiba rasa sugul dan sayu bila balik Ganu semula.Sepi je biler berada di sini.Ah...rindu dengan kenangan bersama mereka.Aauwww acaner tuh.

Sebelum balik kampung tu bincang ngan suami ingat nak balik 4 ari je selebihnya jaga kedai.Maklumlah target nak tarik customer yang perantauan.Kiranya masa tu hati dah nekad la tu,tapi bila dah ada kat kampung berat hati la plak nak balik.Alih-alih 6 ari beraya kat kampung baru balik Ganu.Sampai sini memang seperti yang dijangka,rezeki bertalu-talu masuk.Alhamdulillah...syukur walau penat.

Okeylah rata riti orang cerita pasal raya,kita pun nak story gak.Aci lagi kan walau cerita dah lapuk sikit...alaaa  kannn ke masih dalam bulan Syawal lagi.Ok la kan kalau masih cerita bab raya agi kan?Raya pertama kali ni giliran rumah aku dulu.Tapi kali ni kami tak terikat ngan giliran masing-masing.Kali ni bergerak ikut keadaan.Kampung kami dekat je,so senang nak ulang alik.Ari pertama raya di pagi Syawal tu kami bersama keluarga belah aku.Siap semayang raya,pergi jengok rumah pak saudara.Pahtu balik umah suami,raya sama-sama ipar duai aku.Dalam 6 buah rumah kami pergi,pahtu balik rehat umah aku.Sambung beraya plak kerumah keluarga belah mak pak aku.Kiranya separuh ari giliran alik suami,separuh ari giliran belah aku.Raya ke 2,ke 3 pun dan seterusnya macam tu la.



nilah tema biru pilihan kami taung ni.Ni gambar dipagi raya,Acik muka taknak senyum,ngantuk agi.Bergambar lepas pulang dari solat sunat Aidilfitri.


 

bergambar ngan atok plak.



haa ni masa beraya bersama k.ipar aku(baju pink) dan bersama biras.Bergeraklah kami serombongan dari rumah ke rumah.



ni time menjengah ke rumah kakak suami aku,sama bapak lain mak.Kat sini kami dihidangan ngan nasi minyak.Apsal taun ni ramai sangat yang buat nasi minyak?Safiya dan Abe Am bersama sepupu sepapat.Walau jarang jumpa tapi mereka mesra sangat sesama mereka.Bagus ler camtu.


yang baju putih tu abang kepada suami aku yang no 2 dan sebelah kanan tu wife dia.



 tiga teruna

Safiya ngan Bella,orang Pahang dak Bella ni.Masa ni pagi raya ke 2 melawat kubur arwah Hj Hamad iaitu ayah suamiku.Seperti kebiasaan,orang kat sini selalu buat makan-makan untuk orang ramai pada raya ke 2.Memang ramai sangat la masa ni.Jalan masuk ke tanah perkuburan ni sampai jem.Kereta sampai kena parking luar.



 kitaorang bertiga menantu yang tulus...kah..kah....



bergambar ngan mertua siket..


masa ni plak seisi bergambar ngan mak i,gi raya rumah adik abah aku.Bergambar skit masa tuan umah ke dapur mihmihmih...


ralit Safiya tengok burung puyuh kat sini,tangan tengah menggaru kena gigit nyamuk masa tolong atuk ambik manggis kat belakang rumah ni.Suka sangat dia bila Pok cik Kodir suruh ambik manggis sebab tu buah kegemaran dia.





raya ke 3 sempat ke rumah terbuka untuk Dun Tanah Merah.Sedap tul kambing bbq kat sini walau ciput je dapat.Ramai giler orang,tu la tujuan datang sini saje nak tengok kemeriahan warga Tanah Merah.Tul tak Dato Ikhmal?


okeh,seterusnya pekena gulai kambing kat umah mak saudara suami dia buat kenduri kesyukuran.Oooooo,bertambah-tambah la lemak saya....bab makan-makan ni memang tak boleh tolak.


 abang suami yang no 3 makan disamping wife dia.



sedap mengunyah tetiba gigiku....urghhhh...sakittt...aku punya masalah gigi sensitif skang.Kacau...



ringkaskan cerita,cukup 6 ari beraya kat kampung kami terpaksa pulang semula ke sarang kami di Terengganu.Bertolak lepas solat Subuh nak elak jem.Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar.